KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pelajar jurusan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) memanjat bilik rakannya untuk mengambil telefon bimbit dan dompet yang tertinggal mengundang padah apabila dia maut setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut semalam.Kadang-kadang aku kurang faham kenapa ada yang sanggup mengambil risiko sebegini. Bukankah ini yang dimaksudkan oleh peribahasa "mati katak"? Menggadai nyawa hanya kerana sebuah telefon bimbit dan dompet? Daripada laporan berita, aku bayangkan dia cuba beraksi seperti Jackie Chan sebab cuba masuk ke bilik sebelah melalui balkoni. Kalau aku, jangankan tingkat 5, tingkat 1 pun aku belum tentu berani nak mencuba. Kenapa tidak cuba hubungi saja rakan tersebut? Apa pun, takziah kepada keluarga mangsa.
Menurut seorang pelajar yang enggan dikenali, selepas itu, Allahyarham kemudian telah menyeberangi ke bilik tersebut menerusi bilik seorang lagi rakannya yang terletak bersebelahan.p/s : teringat zaman belajar di UM dulu, walaupun sekadar menumpang tempat saja. Setahun di Kolej 5, dan setahun lagi di Kolej 11.
"Ketika dia cuba menyeberangi balkoni belakang bilik tingkat lima itu, Zulkhairi Azmi telah tergelincir dan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," ceritanya ketika ditemui semalam.
SOURCE : Kosmo
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
2 feedbacks:
Kononnya shortcut ke bilik member rupanya shortcut ke alam barzakh.
hi faizal, nice post & good blog, i think u must try this site to increase traffic. have a nice day & keep blogging!!!
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan