Monday, July 12, 2010

Tom Mystar LG kena belasah, Biar Betik?

Tom Mystar LG atau Raja Farah Afzal


Ahad yang baru lepas dapat menonton Melodi setelah sekian lama. Biasanya hari Ahad jarang ada di rumah. Kalau tak berjalan, fotografi, makan luar atau sebagainya. Tempoh hari agak terkejut tengok kisah Tom Mystar LG muncul dalam Melodi. Mula-mula tak ambil port, tapi bila ada laporan Tom Mystar LG kena belasah, nampak macam ada yang tak kena dengan cerita di Melodi itu.

Jadi terjumpalah artikel di Murai.com.my. Sungguh detail penjelasan kronologi cerita yang berlaku di Damansara itu. Tapi kelakar juga, kenapa pihak Polis tidak aware kejadian yang berlaku hanya 50meter dari Balai Polis?

Khabarnya kisah ini meletup bila si Artis dikatakan ada hubungan dengan suami orang. Balik-balik dunia artis di Malaysia dicemari lagi dengan kes sebegini. Di Indonesia tengah meletup dengan Ariel, Cut Tari dan Luna Maya. Di Malaysia sekarang dengan kisah Tom Mystar LG, dan sepasang suami isteri. Yang lebih dramatik, wartawan ada bersama di lokasi kejadian dan merakam video dan gambar ketika bergelutan belaku. Dasyat kan?

Nak buat spekulasi macam tak reti sangat. Tapi bila baca komen-komen semua pedas belaka. Apa yang sebenarnya cuba disembunyikan oleh mereka semua ini? Cepat-cepatlah terjah dan selesaikan, takut nama Tom si kucing ini pun terkena tempias kes ini. 


p/s : Lama tak tulis tentang dunia hiburan Malaysia. World Cup dah habis, boleh la layan sekali dua kan? Ingatkan mereka ni bergaduh pasal Netherlands kalah, tapi ia berlaku hari Ahad. So maybe mereka ini penyokong Uruguay kut? 

2 feedbacks:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ahad lepas ke semalam bro?

he he he~

Bukan Eciz said...

mmg patut pun dia kena belasah

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails