Saturday, July 24, 2010

Tekken is in the Cinemas!!


Wah wah, dalam diam-diam yer. Tekken nak keluar movie. Eh, ke aku yang tak tau? Walaupun aku mengalami trauma selepas movie Dead Or Alive, aku rasa movie Tekken ni sepatutnya lebih baik dari itu. Balik rumah hari ini silap-silap aku on balik PS2 yang dah berabuk sebab nak layan Tekken. Ambil feel sebelum keluar movie la kononnya. Sambil itu boleh layan Tekkenpedia (ada special wiki untuk Tekken je..haha)

Tekken movie ini pasal apa sebenarnya? Biasalah, mesti ikut jalan cerita macam video game. Tak pastilah nanti jadi macamana, tapi Jin Kazama yang mencari pembunuh ibunya. Dia menyertai "The Iron Fist Tournament". Dari situ dia akan mengetahui pelbagai rahsia tentang dirinya. Harap-harap banyak karakter Tekken akan beraksi dalam movie itu nanti. Nak tahu apa cerita, kenalah tengok Movie Tekken nanti. 

Hi, nama saya Rain, eh Hwoarang

Kalau tanya aku, sudah tentu teringin nak tengok secara live karakter Hwoarang. Dari dulu sampai sekarang, favourite character aku dalam Tekken ialah Hwoarang. Bukan sebab dia hensem (aku tak gay), tetapi aku suka moves dia dalam Tekken. Tapi Hwoarang ni muncul dari Tekken 3 kalau tak silap. Sebelum tu aku selalu juga pilih sensei dia, Baek Doo Sang. Tapi lepas Hwoarang ada, aku pilih dia je all the way. Kalau time aku main Tekken Tag kat arcade sebelum pegi tuition class dulu (haha) aku akan pilih Baek dan Hwoarang. Peh mantap. Oh, Hwoarang ni berasal dari Korea dan bertarung dengan skill Taekwando. Sapa lagi suka Hwoarang? Angkat Kaki! (oh moves Hwoarang banyak guna kaki je)

p/s : Nak tengok movie free lagi? cepat-cepatlah cuba nasib :)

5 feedbacks:

J. Love said...

setakat ni gua tengok semua movie adaptation from video games macam hanjeng.

even reputable producer macam jerry bruckheimer tak dapat selamatkan.

Faizal The Newscaster said...

as long as the ticket is free...apa aku kisah..hahahaha

i agree with u, all the previous adaptation including mortal kombat, dead or alive, street fighter...semua fail!

harapkan awek pakai bikini berlawan je nak jadi modal tarik nerdy fans datang tengok..haha

Hazzy Ishak said...

motif FTN nak pegi tengok movie ni sebab awek pakai bikini je.hahaha

Faizal The Newscaster said...

Hazzy >
Aku reffering to Dead or Alive. Masa promo dia memang sengaja tunjuk awek pakai bikini. But the fact is cerita itu fail habis.

aku sampai sudah tak tengok cerita tu, sebab ramai kata lebih teruk dari Mortal Kombat

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

I love Hwoarang... stylo betul..
Kalau pmpn... suka Anna... cute n seksi!

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails