Ok. setelah sibuk bekerja di sebelah pagi. aku akhirnya ada sedikit masa nak selesaikan review movie paling dasyat setakat ini (dalam sejarah blog FTN - hah macamlah rajin buat review). Movie yang menjadi mangsa, semestinya yang baru ditonton semalam iaitu The Sorcerer's Apprentice. Terima kasih kepada Nuffnang (peh macam iklan penaja pula)
Sebelum itu, keadaan cuaca hujan dan lebat menyebabkan aku tiba agak lewat di One Utama. Parking pun jauh nun di hulu banat old wing, memaksa aku menapak agak jauh ke GSC. Selesai maghrib, aku terkejut tengok tiada seorang pun yang beratur kat meja Nuffnang, padahal jam sudah hampir pukul 8pm. Lepas dapat tiket, aku terus beredar nak cari makanan untuk dinner. A&W is the nearest fast food, dan tak sangka pemilihan itu menyebabkan aku menyirap semalaman. It's the slowest Fast Food Restaurant ever! And the workers didn't even bother to apologize for their mistake.
+ + + + + + +
About the movie, kalau korang rasa nak pergi tengok better jangan baca review ini. Penuh dengan spoiler tau. Disebabkan kemarahan aku pada A&W, movie ini menjadi mangsa. Ok, selepas tengok trailer berkali-kali sebelum ini, semestinya aku expect satu movie yang gempak dan macho habis with a bit of humour (nama pun Disney). Tapi seperti biasa, indah khabar dari rupa (except Monica Belucci, and Teresa Palmer). Lebih menyakitkan hati, watak Dave rupanya jelmaan Steve Urkel dari sitcom Family Matters. Tak percaya? Percayalah. Aku menyampah dengan Hero yang mempunyai suara dan gaya cakap sejiban dengan mamat spek mata besar ini.
Jalan cerita, typical Disney adventure movie. Unsur magikal, betrayal, cinta, and lot's of nerd stuff. Main plot ialah Balthazar yang merantau bertahun-tahun nak mencari waris kepada Merlin, iaitu the Prime Merlinian. Prime Merlinian saja yang boleh tewaskan orang jahat Morgana. Bila dah jumpa, dia ambil sebagai apprentice, dan bermulalah cerita training mereka sambil diganggu oleh Horvath yang nak merampas kembali Grimlock yang menyimpan Morgana.
At times, aku ingat aku tengok cerita Spiderman pula, sebab villainnya pelakon Dr. Octopus tu plus hero nerd dapat awek cun selepas menjadi power (sorcerer's apprentice). Ada ala-ala cerita Transformers, Enchanted versi lelaki pula tu. Ah dem, aku cuma syok time car chase antara Balthazar dan Horvath. Balaci Horvath, Drake Stone macam pelawak Senario dalam movie ni, tapi pelawak yang penuh dengan tatoo dan kuku cat itam. Lagu One Republic - Secrets bape banyak kali repeat dalam cerita ini, sebab itu tanda pertemuan cinta Steve Urkel dan Awek hot Becky (gila nama nerd habis). Ending predictable gila, tapi aku tak nak cerita. Nanti jualan tiket Sorcerer's Apprentice jatuh.
Aku conclude review aku dalam bentuk Graf macam report Sains tingkatan 4
+ + + + + + +
2/5 Stars for The Sorcerer's Apprentice
1 for Monica Belucci, and 1 for Teresa Palmer
The only reason to watch this movie is this babe.
Eventhough muncul untuk beberapa babak saja.
p/s : Lain orang lain taste, bagi aku Sorcerer's Apprentice biasa-biasa saja.
p/s, I love u : next week tengok Salt pula! Angelina Jolie tuh..Wohoo, thanks Nuffnang!
6 feedbacks:
tak dak yang tertidor ker...?
filem terburuk ke? tapi raafik cakap best, dia bagi 4*.heeee
maslinamansor >
hehe tak tertido pulak..hehe
Hazzy >
Lain orang lain pandang..ecehh..
well, ok je la bagi aku. takde lah outstanding sangat compare to Inception..kekekeke
gua dah agak citer ni agak tahpape. gua cakap kat brader lep-lep pun dia tak caye. dia pcaya sangat dengan adanya nicholas cage, citer ni akan gempak.
hahaha gua bangga dapat tekadengan tepat movie merepek.
ok bile nak belanje gua tengok inception?
J.Love >
bape kali nak tengok Inception daa..
ini bukan cerita Titanic nak tengok sampai 11 kali..haha
but inception is 11x better than titanic. so kene tengok 11 x 11 kali la kot.
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan