Sunday, July 25, 2010

Yassin, Yassin..Tak Serik ke?

"Macam pernah kulihat wajah ini..tapi di mana ya?" - Inspektor Polis

Kalau di Indonesia sekarang artis menjadi "popular" dengan video porno macam Ariel dan Luna Maya, atau ciuman "luar kawalan" Kris Dayanti dan Raul Lemos, di Malaysia pula berkali-kali artis melibatkan diri dengan najis dadah. Terbaru, yang berlaku awal pagi tadi Yassin bekas pelawak dengan kumpulan Senario ditangkap lagi dipercayai menghisap ganja. Rasanya ini bukan kali pertama atau kedua pelawak tersebut di tahan.
SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Yassin,32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.
Yassin, oh Yassin..kenapalah mendekatkan diri dengan dadah? Kalau kamu maintain seperti dulu, sudah tentu sekarang dah jadi pelawak yang hebat. Baru-baru ini juga Apek Senario di tahan akibat disyaki mengambil dadah.

Apakah bidang hiburan ini terlalu menekan diri sampai terjebak dengan dadah? 

SOURCE : MStar Online

2 feedbacks:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tak faham kenapa orang hisap dadah.
Sama tak faham kenapa orang hisap rokok.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kenapa vic baca mstar online dia kata Saiful Apek. Benci betul kalau berita ni nak rahsia2 nama artis. Dedahkanlah... takdela org yg tak bersalah plak dispekulasikan.

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails