Monday, July 5, 2010

Siapa Juara Mentor Sebenarnya? Mohd atau Ziana Zain?

As expected, Mohd si Protege Ziana Zain menjadi Juara Mentor musim ke-4. Pada aku ada something funny about the result. Obviously ini semua adalah disebabkan faktor Ziana Zain dan peminat-peminat fanatik beliau. Termasuklah peminat special berbaju kuning semalam. Mungkin dia sms beratus-ratus ringgit. Aku rasa Nani lebih special semalam. Suaranya memang unik. Cuma persembahan ada katil tu agak kacau ah. Kalau takde mungkin better.

Aku paling tak suka bila Mohd nyanyi lagu Estranged. Itu part paling hancur pada aku. Dengan ekspresi muka seolah-olah nyanyi lagu biasa-biasa je. Aku peminat Estranged okay. Tapi kalau setakat pusing-pusing mic stand macam Tomok, takkan jadi lagu tu. Lagu dengan Fiq tu better.

Aku tak faham kenapa TV3 nak tayang muka dia 
setiap kali persembahan Mohd. Nak tarik undi??

Ziana Zain berjaya menjadi "Mas Idayu" Mentor 4. Kontroversi menukar protege mungkin penyumbang. Atau mungkin disebabkan peminat berbaju kuning itu yang menyebabkan semua orang nak undi Ziana Zain? Kalau Ziana menang, mungkin ada segmen khas untuk peminat itu barangkali? Itu yang semua nak tengok kut.

Ya, aku tak minat Mohd. Dan inilah realitinya. Realiti show yang selalunya tidak adil. Selagi ada undian awam, selagi itulah bakat orang takkan nampak. Dalam kes ini, aku rasa populariti Ziana Zain banyak pengaruhnya. Apapun, tahniah kepada Mohd sebagai Juara Mentor 4. Harap-harap jangan masuk Cold-storage lepas ini. Dan hopefully, janganlah keluar muka peminat "no 1" Ziana Zain itu di TV lagi. Boleh tak TV3?

p/s : masih rasa Protege Mus May paling mantap. Suara dia memang rocker! Boleh ganti Fiq

12 feedbacks:

azieazah said...

Huh! Dah agak orang akan undi Mentor lebih dari Protege...

memang ada yang tidak adil.

saya tak tengok pun semalam.

Admin said...

Mentor yang saya harapkan dalam siaran seterusnya Ella,Amy Search,Salem,Jamal Abdillah dan Datuk M Daud Kilau...ha ha ha

FTN said...

Kak Azie >
Hehe gitulah kalau dah namanya rancangan realiti..hehe

Miey >
Fehh kalau betul barisan macam tu, sure gempakk.. Amy Search menarik wehh

maslinamansor said...

tengok semalam pun patutnya nani yang menang tapi pelik juga kenapa markah dia lagi rendah dari Adi...

Juri siap ada kata kat Mohd, tak pasi sorakan yang kuat tue adalah penyokong Ziana atau Mohd...

FTN said...

maslinamansor >


kan? kan? Markah dia sikit..cuba la letak Siti ke Anuar Zain jadi Mentor lepas ni. Konfem juara lah.

Kadang-kadang kesian pada protege tu, ada bakat..tapi kalau mentor tak popular, xpandai menangis depan kamera, tak kontroversi.. takkan menang nye..betul tak?

Matjoe said...

fan ziana has something to do with the result

Nazz@Purple said...

Aala..Mohd memang mentor..tak semesti nye Nani tak leh jadi artis..sifu dia azmeer beb..dia mesti jadi penyanyi yg unik ar pas ni..kalo diberi peluang..

Sharinginfoz said...

tak kisahlah janji dua-dua dapat hadiah RM100K tu boleh le share kan

ceksumolek's said...

sempat tgk gitu2 jer smlm dekat kdai mkn.. kena plak time si "gadiis" berbaju kuning tu sibuk2 nyanyi jugak.. hahaa.. tak sangka kat ziana punyer protege yg menang..

Anonymous said...

mohd tu mmg bagus.ziana ajr dia sungguh2.tgk masa minggu awl2 dlu mohd dpt markah paling rndh. dr situ ziana berusaha nak asah bakat mohd biar smpai final. xde kaitan lgsung dgn ziana popular atau ape. dlu mentor dato' siti pon xde la org undi gila2 stakat masuk final dan dpt no.3 je.skg senyap je. siape2 pon yg jd juara tgk lepas ni dorg boleh x bwk diri nak dpt tempat kt persada seni. yg juara x semestinya berjaya lps ni, byk juara realiti tv akhirnya snyp sunyi sepi je.

so x pyh la pertikai kan isu ni. kecik punye hal ma..

FTN said...

.sweet-ants. >
terima kasih atas pendapat anda. ya ini memang isu kecik, dan ia sekadar pendapat peribadi saja.

suhaisweet said...

Adi the BEST !!!Nice blog..Not Bad..My Hot topic 4 the day.. Hot!

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails