Friday, July 16, 2010

Access Your Mind Through Your Dreams : Inception Screening

"Access your mind through your dreams.."

Itu antara dialog yang terdapat dalam filem Inception lakonan Hero pilihan awek ramai, Leonardo Di Caprio. Semalam aku dapat tengok preview screening filem itu. Ihsan dari Nuffnang, dapatlah aku dua keping tiket. Baris tengah, just nice.

Masa sampai di lobby GSC, aku tengok ramai gila orang. Aku bajet dah terlewat beratur. Mesti dapat seat melangut. Tapi rupanya banyak lagi yang buka booth selain Nuffnang (or should i say Nufnag..hehe). Ada Harian Metro, My FM, Fly FM, dan Sinar FM pun ada. Nasib baik di barisan Nuffnang tu masih tak ramai.

"Oh ada harapan seat best!"



Beratur punya beratur, sekali dia tulis Nufnag pula. Aku ingat dah salah tempat beratur. Tapi bila nampak ada badge Nuffnang beratur dengan banyak..betul la tu!

+ + + + + + +

Cerita Inception. Barisan pelakon semua mantap. Biasanya cerita yang Leonardo Di Caprio berlakon semuanya menarik, eg. Catch Me If You Can, Black Diamond, The Departed dan banyak lagi. Aku check rating movie ni boleh tahan. Ramai kata movie ini gempak, dan makes us think.

Ya aku setuju. Filem ini memang best. Mengenai seorang bernama Dom Cobb, pencuri terhebat dan berkebolehan mencuri rahsia dari minda orang dalam keadaan separa sedar (melalui mimpi). Apabila satu misinya gagal, Cobb cuba melarikan diri dari agensi yang mengupahnya. Tapi dia diberi peluang untuk mendapat kembali kehidupan yang diinginkan apabila menerima tawaran dari Saito.

Tak best la kalau aku cerita detail. Nanti tak fun pula kalau korang nak pegi tengok. Movie ni mengingatkan aku dengan The Matrix, di mana dunia rekaan boleh dicipta ikut suka je. Tapi dalam filem ini dia guna elemen mimpi.

Aku nak bagi Inception 4/5 bintang-bintang berkelipan. It deserve good ratings from the movie critics. Must watch!! (but avoid midnight - unless you had enough sleep before watching)

p/s : aku risau masih bermimpi lepas tengok movie semalam.

8 feedbacks:

Jard The Great said...

lama tak dpt tiket free.. eeheh...

Ken Wooi said...

so nice get to watch for free.. i've never experienced that..

hope to watch inception soon! =)

hudhud said...

yah jangan tengok movie ni time mengantuk, atau mamai, atau blur. sebab memerlukan pemahaman yg tinggi ! :D

b4r1n4 said...

tahniah!

ku pun dapat, malangnya terlepas sebab salah sendiri - tak check yahoo mail. ermm..entah rezeki siapa agaknya.

maslinamansor said...

aku nak pergi tengok.....!!!

Hazzy Ishak said...

boleh pekena orang tu belanja wayang.
hehe

Anonymous said...

ah dapat tengok free ka? apsal gua macam jeles nak mampus ni?

gua nak tengok lagi! tapi kene free la!

Anonymous said...

lepas tgk movie ni kena pi beli gasing...pastu main depan panggung wayang...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails