Selamat Ulang tahun ke-25 buat PROTON. Dari idea cetusan mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Dr. Mahathir, PROTON lahir dan telah membuka peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Malaysia. Walaupun melalui pelbagai rintangan dan zaman kemerosotan, PROTON tetap bangkit dan semakin membuka mata ramai pihak. Sejak kemunculan model Persona, Saga, dan Exora nama PROTON semakin mendapat tempat.
Harapan aku, semoga PROTON lebih gah menuju ke depan dan aku pasti sabar menanti kedatangan Model gantian Waja, Perdana, Persona dan pastinya kereta elektrik/hybrid nasional yang pertama (Proton EMAS). Tahniah PROTON! Saksikan video mengenai sejarah 25 tahun PROTON (seperti yang ditayangkan semasa acara Gala 25 tahun yang ditayangkan di RTM 9 Julai lalu)
SOURCE : www.proton25years.com
1 feedbacks:
memang video yg memberikan inspirasi :)
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan