Sorry, kali ini entri penuh tulisan. Harap sabar membaca hingga habis. Lebih-lebih lagi sedang Monday blues kan?
Ini isu yang berulang kali berlaku. Ia melibatkan kesedaran sivik. Masalah yang berlaku di negara kita ini ialah undang-undang lansung tidak diendahkan. Tak perlu sibuk tentang Wawasan 2020, 1Malaysia dan sebagainya. Even the simplest road law pun rakyat Malaysia tidak mahu patuh, apatah lagi yang lebih besar dari itu. Aku pun hairan kenapa masih ada mentaliti sebegini di negara yang menuju kemajuan.
Ini antara situasi-situasi yang berlaku di sekeliling aku (aku tau ini baru ciput je), dan aku melihat dengan mata aku sendiri.
Situasi 1 :
Tak reti-reti nak ikut lampu isyarat. Terutamanya di simpang 4; paling selalu aku lihat di flyover Federal Highway/Batu 3. Walaupun kenderaan di arah bertentangan sedang bergerak, mereka tak peduli dan menyelit sesuka hati (paling kerap motosikal). Walaupun ketika itu ada kelibat Polis Trafik yang memantau pergerakan trafik. Selalu berlaku waktu pagi 7am ke atas. Apa tugas Polis Trafik berada di situ? Aku pun tak tahu. Kadang-kadang sampai ada 3 orang Polis Trafik dalam satu-satu masa. Namun ia berlaku seperti sudah biasa.
Situasi 2 :
Pemandu kereta yang tak tahu guna turn signal. Sorry to say, kebanyakan yang aku temui memandu kereta mewah eg. BMW 5 series, HONDA Accord, Merc, SUV dan sebagainya. Yang memandu kereta "Ah Beng" berspoiler tinggi pun tak kurang hebatnya. Terbaru berlaku pagi tadi. Sebuah kereta HONDA Accord yang degil dan bebal, nak tukar lane tetapi tak reti guna turn signal. Membahayakan aku dan menaikkan darah. Memang menyirap. Pada aku, sesiapa yang tak beri turn signal sebelum tukar lane aku akan buat tak tahu. Lantak kau lah.
Situasi 3 :
Sedang menunggu lampu isyarat di persimpangan KESAS. Sebuah van di hadapan aku. Penuh dengan stiker kereta mengajak kita membuat kebaikan. Ada gambar ulama tersohor lagi. Tetapi 2 orang penumpangnya memakai kupiah dengan selamba membuang sampah plastik buah-buahan di luar tingkap. Satu di sebelah kiri, satu lagi sebelah kanan. Lepas itu meluncur laju tanpa ada rasa bersalah. Apa guna tampal ayat-ayat suci Al-Quran dan slogan-slogan berunsur keagamaan di kereta kalau sendiri tak tunjuk contoh baik? Hairan..
Dalam restoran, nak bayar duit makanan. Beratur di kaunter. Depan kaunter ada poster dilarang merokok sebesar kertas A4. Jelas dan nyata. Tetapi di depan aku, seorang lelaki dengan tanpa rasa segan silu sedang hisap rokok sambil menunggu giliran nak bayar. Peh, aku tak tahu nak kata apa. Lemas aku. Kemaruk sangat ke sampai tak boleh nak tunggu keluar kedai untuk hisap rokok? Lansung tak peduli kehidupan orang lain!
Situasi 5 :
Lebih kurang Situasi 4, tapi berlaku di dalam lif. Kalau dah tau nak naik lif, kenapa nyalakan rokok? Lepas tu, tak reti-reti nak padamkan sebelum naik. Sanggup pegang rokok yang menyala sampai atas. Berasap satu lif. Habis berbau baju aku. Kalaulah aku Increadible Hulk, dah lama aku sumbat rokok dalam mulut insan bertuah itu. Tetapi realitinya, terpaksalah pendam. Sekadar buat gestures dan body language harap-harap ada yang faham.
+ + + + + + +
Itu mungkin sedikit. Tetapi berlaku setiap hari dan tiada penghujungnya. Malaysia bukanlah negara yang mundur. Kemajuan dari pelbagai segi. Tetapi lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Sebab itu rakyat negara sendiri tidak peduli tentang undang-undang. Itu belum kira warga asing yang berada di negara kita.
Jadi sampai bila kita nak dibelenggu masalah ini? Kenapa rakyat Malaysia tak boleh jadi maju? Teringin sangat nak lihat Malaysia setaraf dengan Jepun dari segi kesedaran sivik. Tiada masalah memandu, Polis Trafik yang tegas, mematuhi undang-undang larangan merokok dan sebagainya. Kempen tak payah cerita, dah berbuih mulut orang berceramah. Harap-harap geng-geng blogger tak ada yang berkelakuan macam ini.
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
5 feedbacks:
paling tak suka situasi no 4 dan 5... banyak kali dah aku kena...
lagi hairan bila dah tahu bahaya merokok tapi tak reti2 berhenti jugak...
gua drive kat JB je. KL tak. so.. err eh gua lupa la gua nak merapu ape tadi.
Nak bagi org tu berubah anda sendiri harus bertindak, jgn hanya berdiam diri sahaja. Tunjukkan bahawa anda tidak suka dengan tindakan mereka.
Saya sendiri pernah bagi 'high beam' pada sebuah kereta yang kurang ajar selepas empunya kereta tersebut beri high beam kepada saya byk kali.
Padahal dia tu tak tahu ker depan kereta aku tu ada 3 biji kereta (bmw,honda.estima) dan sebelah kiri aku pula ada sebuah kereta pula. Mcm mana aku nk tukar lane dlm keadaan tergesa2? Dah tu dia xnak nampk ker sign blkg kereta aku ada sign baby on board! Ada baby dlm kereta aku ni. Cam celaka je...Dah tu kereta aku ada adik, mak, isteri dan abah aku.
Menyirap aku, aku cucuk blkg bg high beam balik sepanjang jalan. Nah rasakan apa yg aku rasakan...tahu plak ko marah..cam sial je driver tue..
Bro Miey,
bukan tak pernah bagi high beam. dah letih dah horn, high beam semua. dapat pulak driver yang kurang ajar, dia himpitnya kereta kita.
kadang-kadang nak ajar diorang pun takut juga..sebab most of them macam road bully!
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan