budak ini pandai, tak buat bising.
sebab itu dia sokong Germany!
Germany menang besar semalam. Ya bagus. Tahniah. Aku suka.
Disebalik kemenangan besar itu, aku rasa World Cup kali ini sedikit annoying lah. Bukan sebab aku takde ASTRO/ASTRO beyond, atau tv aku kecil tetapi sebab bunyi bising macam lebah mengawan tiap kali tengok live game kat TV. Oh ya, game ulangan pun tetap ada bunyi lebah mengawan tersebut. Tapi ada juga orang kata bunyi macam belalang juta serang padang bola. Entahlah, yang pastinya bunyi itu annoying.
Bingit sampai ke angkasa lepas
(tujuan dia hala ke atas)
Benda alah yang menghasilkan bunyi-bunyian itu ialah Vuvuzela. Ia sejenis "trompet" atau "horn" yang terkenal di South Africa. Vuvuzela ini sangat sinonim dengan bola sepak di South Africa. Tapi masalahnya Vuvuzela ini mengeluarkan bunyi yang sangat bingit sekali. Macam twisties bingit. Ia juga dikaitkan dengan masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang diukur dari Vuvuzela mencapai 131 desibel! Sungguh tidak menyihatkan telinga.
Ketua kampung membuat panggilan kecemasan
Baru-baru ini ada laporan mengatakan usul untuk mengharamkan Vuvuzela semasa perlawanan World Cup 2010. Ini kerana ada pasukan yang komplen prestasi merundum kerana bunyi Vuvuzela. Mungkin sebab itu Robert Green boleh terlepas bola lemah gemalai, Messi gagal jaringkan gol, France sekadar seri, dan Greece tewas kepada Korea Selatan. Penyampai sukan juga tidak puas hati kerana suara lunak merdu mereka tenggelam dek bunyi kuat Vuvuzela. Pengadil juga memberi komen pemain tidak dengar wisel ditiup. Paling tak boleh blah, ada yang kata air liur macam hujan tempias kat tepi padang. Haha sungguh penuh dengan tipu muslihat.
Apa pun, kita nantikan saja perlawanan seterusnya hari ini.
+ + + + + + +
khabarnya Vuvuzela akan digantikan dengan trompet
party semasa perlawanan akhir World Cup
Tapi kalau mereka yang tiup...AKU TAK KISAH!
SOURCE : gambar semua dari google.com
FormSpring FTN - Jangan tanya di mana boleh beli Vuvuzela!
4 feedbacks:
Vuvuzela boleh diberli di Venezuela Shop..ha ha ha
sampai ada yang nasihatkan pakai ear plug, takut ter'pekak' pulak nanti.HAHAHA
suka gak germany menang..yay!
tau xpe memang bising gler bnda2 alah tue..haish. yg aku heran asal lak diowang x penat2 meniup ekk..hhehe
hahaha..tak bole blah air liur tempias kat diorang..lawak2..hahaha..
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan