Sambungan kisah semalam. Gathering Gengblogger. Ini kali ke-2 aku join gathering dengan manusia-manusia yang aku belum pernah jumpa. Kali pertama dekat Rawang anjuran bro Mazidul. Setakat berkenalan dalam alam siber, jadi bila ada gathering macam ini barulah mata bertentang mata. Tapi sebagai manusia yang normal, sifat pemalu amat tegar sekali. Haha
Aku tiba lambat. Terus terang aku ada banyak aktiviti nak kena selesaikan dalam satu hari. Jadi untuk memuaskan hati semua termasuk diri aku sendiri, singgah juga untuk bersua muka. Disebabkan kelewatan itu, mungkin tak semua kenal, sebab aku tak sempat join sessi berkenalan. Yang sempat aku berjumpa dan sembang sikit termasuklah Kak Jie, Ariffshah, Joegrimjoe, Azrul. 2 daripada mereka aku pernah jumpa sebelum ini, manakala Ariffshah dan Joe terlalu mudah untuk dicam dan al-maklumlah, famous..hehe.
Pengalaman Gathering GB aku kali ini dimulakan dengan kisah suspen. Dimana sedikit kekalutan berlaku akibat kemudahan awam yang tidak diselenggara dengan baik di Taman Cabaran Putrajaya. Mungkin Joe, Ariff ingat lagi kejadian tu. Nasib baik ada worker dengan tools yang boleh bantu. Kalau tak mahu pecah satu lagi pintu tandas di situ. Vandalisma! Haha
Aku tak dapat join sampai sharing session. Lepas menjamu selera (nasi goreng, roti sardin, twisties, air teh, laici, epal), dan selesai solat zohor, aku pun beransur pulang. Dan tengok pada laporan geng lain nampaknya sangat meriah. Mesti banyak ilmu yang Ariff, Joe, Kak Jie share dengan semua. Jeles juga, tapi nak buat macamana, tak ada rezeki.
Apapun, adalah sekeping dua gambar aku sempat ambil. Link website aku mungkin tiada dalam list kehadiran. Sebab aku datang lambat kut. Hehe.
Mana boleh lepas peluang ambil gambar dengan Kak Jie & Intan
Sempat juga dengan Ariff (busy dengan Handphone dia..haha)
Semua yang hadir (setakat sessi pagi) - tq to wifey tolong snap
+ + + + + + +
Kepada semua yang hadir, maaf kalau tak sempat berkenalan. Aku agak segan sebab datang lewat, jadi tak sempat memperkenalkan diri. Lepas ni aku akan pastikan sempat datang waktu sessi perkenalan diri.
5 feedbacks:
macam besh gila lak. hishhh
mesti seronok sakan kan
Spain Juara Piala Dunia
FTN yang berbaju belang tu ke? tak sempat jumpa...
ooo baru perasan kamu ..tulah pasal..semua mcm segan ajer nak bercakap dan beramah mesra..kalau idak tentu lagi best kan.
eh eh
x sempat kenal
(cehhh)
nnt ade event join la lagi
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan