Friday, July 9, 2010

Paul The Octopus Lebih Popular Dari Lady Gaga

Lady Gaga, gelaran yang diberi kepada kucing peliharaan 
Encik Abdul (bukan nama sebenar) 

Tahap kebencian terhadap Paul the Octopus semakin meningkat sejak kekalahan Germany kepada Spain tempoh hari. Lebih hebat daripada populariti Lady Gaga dan Facebooknya. Sebelum ini, Paul ada menerima ancaman tetapi ia hanya datang daripada penyokong Argentina (kaum kerabat Maradona barangkali). Namun keadaan terkini menjadi lebih kritikal apabila penyokong Germany sendiri sudah bertindak di luar tabii dengan menghantar resepi-resepi berkaitan masakan Sotong kepada Sea Life Oberhausen, tempat di mana Paul tinggal sekarang. Cafeteria dan semua pekerjanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang kemungkinan seperti Paul dicampak dengan sengaja ke dalam air mendidih dan sebagainya. Mereka khuatir Paul tidak dapat bertahan sehingga Euro 2012 nanti.

Antara resepi yang paling banyak dihantar oleh penyokong Germany :

Paul Celup Tepung
Sumber photo
Resepi "Paul Celup Tepung"
Bahan-bahan :
2 Sudu Tepung jagung
2 Sudu Tepung gandum
2 Sudu Tepung beras
3 biji telur (dipukul seperti memukul Paul)
Paul the Octopus (potong ikut suka)

Cara-cara :
Bersihkan Paul (tak nak pun tak apa)
3 jenis tepung (dicampur, gaul)
panaskan miyak sepanas yang boleh, celup Paul ke dalam telur kemudian gaulkan dengan tepung dan goreng hingga kekuningan (hangit pun tak mengapa). Sedia Untuk dihidangkan.

Cadangan hidangan :
Makan begitu saja, atau cicah dengan Sos sambil menonton perlawanan tempat ke-3 antara Germany dan Uruguay. Kunyah banyak kali, sampai letih. Boleh juga buat makanan sampingan ketika menyertai demonstrasi jalanan sebagai protest kepada Paul.


+ + + + + + +

Sorrylah kawan-kawan, aku tengah ketandusan idea. Hentam Paul pun best juga. Haha. 

4 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

sotong celup tepung. terbaik.lebih2 lagi paul the octopus.hehe

FTN said...

Hazzy >
haha..cepat je kamu.
Uuuu lepas tulis entri ni..tekak rasa nak rembat sotong goreng lah..haha

Sharinginfoz said...

sotong tepung sodap rasanya

Sotong vs Akidah

Ken Wooi said...

famous octopus! =D

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails