KUALA LUMPUR 28 Julai - Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.Itu kata-kata Tun Dr. Mahathir ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square semalam. Dan walaupun aku rasa secara mostly directed to blog-blog berunsur politikal dan media alternatif, kita sebagai blogger pun perlu mempunyai kod etika. Tak kira menulis diari hidup, tips-tips, gossip artis atau sekadar copy paste berita dari akhbar. Setuju?
+ + + + + + +
Isu Racism Dalam Blogging?Hajat nak tulis semalam, tetapi terlelap di tengah jalan. Ok, I'll go straight to the point. Malam tadi blogger kecoh dengan isu "Racist" oleh Nuffnang. Jadi entri "Janganlah Racist Sangat Bro!", "Betulke Nuffnang Racist???", "Tak Puas Hati Dengan Nuffnang?", "Anda Rasis Tak?" dan banyak lagi.
Apakah punca semua ini? Setelah aku baca dan terus baca, ia semua berpunca daripada contest yang dianjurkan oleh Nuffnang. Dan kebetulan contest terbaru dimenangi oleh 3 orang blogger berbangsa Cina. Aku turut menyertai contest tu, dan mencuba sehabis baik. Tapi gagal. Namun bila aku tengok kembali entri yang menang, memang jauh lebih hebat dari entri aku. Nampak mereka berusaha untuk menang hadiah.
Isu pemilihan pemenang, kalau ikutkan apa yang dibaca dari entri-entri dirujuk serta komentar dari pembaca lain menyatakan advertisers yang memilih pemenang. Nuffnang hanya shortlist calon-calon sahaja. Jadi secara pemahaman aku, untuk setiap contest berlainan sponsor, judge pun berlainan. Jadi tidak mustahil jika seorang blogger itu hebat seperti The Eggyolks dengan skill design mereka, entri mereka menjadi pilihan. Aku pun envy kehebatan mereka, tetapi aku mesti terima hakikat they entries are way better. So I must try harder next time.
Lagi satu sebab kenapa kita tak perlu kecewa sangat ialah, setiap aktiviti/contest yang kita join dengan Nuffnang, sebenarnya tak menggunakan wang satu sen pun. Betul tak? Kita hanya menulis blog (dan ramai melakukan semasa waktu kerja which is not good), dan mendapat invitation, menang hadiah, in fact dapat duit lagi. Bila dapat check bukan main seronok lagi kan?
So why kita perlu mengeluh?
p/s : ini sekadar pendapat peribadi aku. harap mesej yang cuba aku sampaikan ini dapat difahami. Moral of the story, janganlah kita pun terjebak macam wakil rakyat yang melalak tak tentu pasal. Kalau gagal, kita kena terus mencuba lagi.
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
3 feedbacks:
hehehe.. aku punya entri tiada kaitan dengan nuffnang..
aku pun sama macam jard jugak. malas lah nak bising2 pasal ni. kalau nak berjaya kena lah ada usaha tak gitu.
Jard >
ye ke jard..macam kebetulan je keyword sama di waktu yang sama.
topik aku blogging dengan etika.
sub-topik nuffnang..hehe
sub-sub-topik racism in blogging
so that covers all kut.. :P
hazzy >
tu la, aku tulis sempena Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010..hehehehe
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan