Dua hari tanpa perlawanan bola di TV. Tenang sikit boleh tidur awal. Nasib baik rumah aku tiada ASTRO, kalau tak pasti aku mengadap highlights. RTM ada highlights, tapi sangatlah bosan dengan naration macam baca buku sejarah tingkatan 4. Lain kali, kalau nak buat highlights, gunalah suara latar Hasbullah Awang. Sekurang-kurangnya dia lebih semangat bercerita, teruja sikit kami mendengar. RTM, oh RTM..jangan salahkan kami tak menonton saluran korang. Presentation skill out! Oh ya, tukarlah iklan World Cup featuring personaliti-personaliti RTM tu, mengarut je aku tengok. Nak kata lawak pun tidak..apa motif pun aku tak tahu.
Ada yang lebih popular dari mamat ni
Eh, aku nak bercerita tentang lain. Emo pulak dengan RTM. Ini kisah keyword yang masuk ke blog aku. Walaupun sekarang tengah hangat dengan isu World Cup, namun banyak juga keyword lain yang membawa orang ke blog ini. Antara keyword kedua tertinggi ialah Alias Ismail. Ramai juga yang mencari Alias Ismail. Siapa Alias Ismail? Tipu ah kalau korang tak tahu.
Cikgu Alias Ismail
Personalannya sekarang, kenapa korang masih search tentang Cikgu Alias Ismail?
A) Nak masuk kelas tuisyen dia
B) Nak minta autograph dia
C) Nak tanya rahsia kejayaan dia
D) Nak cari downline
E) Nak tanya sokong team mana
F) Nak tanya tengok bola tak masa World Cup
Jawapannya, aku pun tak tahu. Suka hati koranglah nak search tentang Alias Ismail. Yang best tu, tak ada pula orang search Christiano Ronaldo. Haha
p/s : mungkin tak tengok world cup lansung?
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan