Wednesday, July 28, 2010

Musim Panas Jepun Memang Membunuh

TOKYO: Sekurang-kurangnya 66 orang maut manakala 15,000 lagi dirawat di hospital kerana tidak tahan dengan cuaca panas sejak dua bulan lalu di Jepun.

Suhu luar biasa tinggi bermula sejak berakhirnya musim hujan awal bulan ini dengan suhu mencapai 35 darjah Celcius atau lebih tinggi di 90 peratus daripada 920 kawasan yang dipantau pihak berkuasa. Laporan itu disiarkan oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun mengenai kesan kepanasan melampau sehingga Ahad lalu.

Peh, nasib baik aku dah pulang ke Malaysia. Summer time di Jepun memang menyeksakan badan. Panas terik dan kering. Rumah di Jepun bukan semuanya dibuat dari batu. Bahang dari dinding kayu+foam memang membakar. Termometer yang ada pada unit aircond di rumah aku dulu pernah "ERROR" sebab suhu dalam rumah melebihi 40 darjah celcius. Balik dari kuliah, kena bukak ventilation fan, bukak tingkap dan pintu, on aircond at least 10 minit baru boleh masuk rumah. Kalau terus terjah (especially time sakit perut), boleh pening kepala macam migrain.
lebih kurang begini layout rumah aku dulu

+ + + + + + +

Kawasan mencatat suhu tertinggi ialah daerah Tajimi di wilayah Gifu dengan 38.1 darjah Celcius diikuti Sakuma di wilayah Shizuoka (37.9 darjah Celcius).
Secara rasminya, suhu tertinggi pada bulan Julai direkodkan di Okazaki, wilayah Aichi dengan 37.7 darjah Celcius dan Kyotanabe di wilayah Kyoto, 37.3 Celcius.
Sepanas-panas Malaysia, rasanya tidaklah seteruk cuaca "Summer" di luar negara. Dengarnya di negara Iran, waktu bekerja bagi kilang hanya setakat 7am - 1pm sahaja. Kerana cuaca terlalu panas, bekalan elektrik kilang dihentikan selepas 1pm untuk memastikan bekalan elektrik ke rumah-rumah/hotel dan shopping complex yang hampir kesemuanya memasang air-cond.

p/s : jangan cerita tentang "panas neraka" ya.

SOURCE : gambar dari BBC
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

8 feedbacks:

Miss Izah Mohamed said...

kite kat sini 37 tu normal je kn.. dorang dah biase idup sejuk.. adeh

Anonymous said...

dah nak same macam suhu badan manusia plak. panas gile tu.



err miss izah, mane ade 37 tu normal? range suhu kat m'sia ni 21 to 33 je kot. 33 tu pun dah boleh buat orang sakit kepala. kalau sampai 37 tu, memang dah boleh tahap mencarut hari hari.

Hazzy Ishak said...

malaysia panas dan lembab.

FTN said...

suhu Malaysia tak sampai 37.
lagipun Malaysia panas lembap. Jepun panas kering. Memang tak boleh blah punya panas.

Pukul 10-11 pagi dah terik..pulak siang jadi panjang bila summer. Berpuasa di Jepun time gini memang mencabar wehh

maslinamansor said...

rupanya tak sama dengan suhu m'sia erk...
Patut la dekat US pun sekarang rakyatnya dok sengsara tahan panas... mesti lain gak kepnasannya dengan m'sia...

Lily said...

Saya berbangga berada di Malaysia xD

Ken Wooi said...

imbalance weather.. last year in UK.. the winter was the worse ever.. =/

suhaisweet said...

Syukurlah negara kita ni suam2 suku je...Nice entry friend...visit my latest entry today..;D

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails