Sunday, July 25, 2010

Japan 101 : Dekotora, Another WTF Japan Stuff

Dah lama tak buat entry Japan 101. Kali ini lain sikit. Nak cerita satu hobi orang Jepun yang sangat unik tapi agak bling-bling. Mungkin ada yang akan kagum bila melihat hobi ini, dan ada juga yang akan berkata "Oh My Wadefak Japan!". Tak pasti sama ada hobi ini menjadi ikutan di Malaysia, tapi sejak aku balik dari Jepun, belum pernah lagi tengok ada orang Malaysia yang cuba hobi ini.


Hobi apakah yang dimaksudkan? Sebut betul-betul..."D-e-k-o-t-o-r-a". "Dekotora" bermaksud singkatan dari perkataan English Decoration Truck. Ia merupakan satu hobi menghias truck/lori dengan kadar melampaui batas, iaitu dengan lampu-lampu neon, custom body bling-bling, warna yang terang, serta banyak lagi. Dalam erti kata mudah, bayangkan Optimus Prime masuk I-City Shah Alam. Tengok sajalah contoh-contoh "Dekotora". Kagum seh.

+ + + + + + +

Ini Atuk Optimus Prime

Ini boleh lawan I-City Shah Alam

Ni mau silau mata time tengahari terik

Sejarah "Dekotora" bermula sejak tahun 1976 apabila satu siri filem bertajuk トラック野郎 (Torakku Yarou) disiarkan. Sejak itu, ia menjadi ikutan di Jepun, dan modifikasi Trak-trak itu pun berubah mengikut peredaran masa. Kehadiran anime Gundam sejak awal 90-an telah mempengaruhi "Dekotora" dengan design yang lebih moden.


Ini intro cerita トラック野郎, Old Skool gila

Trak-trak ini semuanya road legal tau, selagi mereka mematuhi spesifikasi dan lulus pemeriksaan. Tapi bayangkan kalau 10 biji "Dekotora" lalu dekat Highway PLUS waktu malam, mau terang-benderang jalan macam Hari Raya.



Apa pun, ini antara satu lagi culture unik di Jepun. Mereka sentiasa kreatif dan ada saja idea untuk dijadikan hobi. Walaupun masa aku mula-mula tengok trak macam ni di Jepun dulu dan berkata WTF??, namun akhirnya aku kagum dengan kreativiti dan usaha pemilik trak itu untuk produce "Dekotora" yang macho.


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

2 feedbacks:

diraja22 said...

dh macam alam robot plak..

Nadiene said...

i like dis posts!

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails