Gambar hiasan
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos yang akan melangsungkan perkahwinan dengan dan Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober depan enggan meuar-uarkan kos perkahwinan mereka.
Sheikh Muszaphar juga turut meminta semua penaja dan perunding perkahwinannya iaitu Butik Cosry, Jakel, Bibah Songket dan Datuk Bernard Chandran agar tidak mendedahkan jumlah perbelanjaan majlis berkenaan.
- Dipetik dari Mstar Online
Aku masih tak pasti apa tindakan aku harus ambil lepas baca artikel di atas. Nak cakap tahniah? Pada aku semua orang dah tahu tentang majlis mereka. Dah pernah keluar feature article dalam paper pun. Tapi sekali baca, aku rasa banyak betul silap pada petikan di atas. Korang perasan tak?
Pertama, penulis ulang dua kali nama Dr Halina dalam ayat yang sama. Ok itu memang fail. Mungkin typo error. Jadi aku nak skip rage tentang part tu.
Kedua, Datuk Angkasawan kita menyatakan dia enggan membongkarkan kos majlis perkahwinan mereka, yang obviously akan bernilai ratusan ribu ringgit considering dia seorang "Wira Negara" dan of course "Angkasawan Terulung" Negara. Satu tindakan yang bijak. Niat tak nak riak la kut. Low-profile, bagus juga.
Tibalah ke rangkap ke dua, di mana kehebatan Datuk Angkasawan kita yang pada mulanya enggan memberitahu kos majlisnya dengan terbuka menyebut semua nama penaja beliau. Wah, ada Butik Cosry, Jakel, Bibah Songket, Datuk Bernard Chandran dan aku pasti berbondong-bondong lagi akan cuba menaja majlis itu nanti. Biasalah ambil peluang kan? Dalam nak low-profile tu, sempat lagi yer Datuk? Agak-agak Habib Jewel nak sponsor sekali tak?
Aku bukan apa, tajuk artikel dengan isinya tak tally lansung. Jadi pembaca macam aku ni, mulalah cari bahan. Nak ucap selamat, awal lagi yer. Puasa pun belum lepas lagi. Jadi semoga segala persiapan majlis Datuk Angkasawan kita berjalan dengan lancar.
20 sen dari aku saja. To Infinity, and Beyond!
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
5 feedbacks:
nanti gua pun tanak riak bila dah kaya. gua tanak tunjuk gua beli villa besar, gua beli X6, gua beli hummer, gua decorate rumah guna gucci punya perabot.
ha tak menunjuk nunjuk kan? gua cakap brands je, bukan harga.
konon nak cover tapi terdedah gak... heheeh
Masa kat sekolah dulu cikgu ajar ejaan yang mengwar-warkan, tapi kenapa skang ejaan menguar-uarkan. Sudah tukar ka?
untunglah dia kan..sebab ada nama..klu idak tak ingin sponsor dia.
tulah pasal..kita patut terima kenyataan. Keputusan juri muktamad..tak yahlah di pertikaikan lagi.
Secara umumnya, sesiapa/mana-mana pihak yang mendapat penajaan, wajar sekali menyebut nama penaja dalam sidang promosi..
sebagai penghargaan, dan itu pun tujuan tajaan.
Publisiti @ promosi.
Untung badan, kan?
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan