Showing posts with label SEO. Show all posts
Showing posts with label SEO. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Cikgu Alias Ismail Lebih Popular Dari Christiano Ronaldo

Dua hari tanpa perlawanan bola di TV. Tenang sikit boleh tidur awal. Nasib baik rumah aku tiada ASTRO, kalau tak pasti aku mengadap highlights. RTM ada highlights, tapi sangatlah bosan dengan naration macam baca buku sejarah tingkatan 4. Lain kali, kalau nak buat highlights, gunalah suara latar Hasbullah Awang. Sekurang-kurangnya dia lebih semangat bercerita, teruja sikit kami mendengar. RTM, oh RTM..jangan salahkan kami tak menonton saluran korang. Presentation skill out! Oh ya, tukarlah iklan World Cup featuring personaliti-personaliti RTM tu, mengarut je aku tengok. Nak kata lawak pun tidak..apa motif pun aku tak tahu.

Ada yang lebih popular dari mamat ni

Eh, aku nak bercerita tentang lain. Emo pulak dengan RTM. Ini kisah keyword yang masuk ke blog aku. Walaupun sekarang tengah hangat dengan isu World Cup, namun banyak juga keyword lain yang membawa orang ke blog ini. Antara keyword kedua tertinggi ialah Alias Ismail. Ramai juga yang mencari Alias Ismail.  Siapa Alias Ismail? Tipu ah kalau korang tak tahu.

Cikgu Alias Ismail

Personalannya sekarang, kenapa korang masih search tentang Cikgu Alias Ismail?
A) Nak masuk kelas tuisyen dia
B) Nak minta autograph dia
C) Nak tanya rahsia kejayaan dia
D) Nak cari downline
E) Nak tanya sokong team mana
F) Nak tanya tengok bola tak masa World Cup

Jawapannya, aku pun tak tahu. Suka hati koranglah nak search tentang Alias Ismail. Yang best tu, tak ada pula orang search Christiano Ronaldo. Haha

p/s : mungkin tak tengok world cup lansung?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Wednesday, April 14, 2010

Saya Mahu Blog Saya Di Jelajah Oleh Ben Ashaari

Sebenarnya dah lama aku berhutang entri ini (takda hutang siapa-siapa pun). Sejak mula-mula projek jelajah blog oleh bro Ben Ashaari ini bermula aku draft satu entri untuk turut serta memeriahkan lagi blog Ben. Tapi lupa punya lupa, ralik punya ralik sampailah ke hari ini aku terdetik nak mencari balik draft entri yang lama-lama untuk disempurnakan hari ini.

Okay. Kali ini aku nyatakan dengan jelas dan nyata. Aku mahu blog FTN dijelajah oleh Ben Ashaari. Kenapa? Penting sangatkah blog ini sampai nak dijelajah orang? Mari aku senaraikan sebab-musabab aku :
1. Aku ingin turut serta memeriahkan idea jelajah blog dari Ben.
2. Aku masih seorang blogger baru dan blog FTN baru saja berusia lebih kurang 7 bulan. Perlukan tunjuk ajar dari yang lebih tahu, lebih lama bertapak.
3. Sebagai blogger baru, aku perlu mencari peluang-peluang untuk mempromosikan blog.
4. Cara paling bagus untuk promosi ialah "word of mouth". Ini memang terbukti berkesan. Apabila seseorang itu suka dengan sesuatu, dia pasti beritahu rakan-rakan.
5. Dalam kes ini, bila Ben jelajah blog FTN dan menulis di blognya, pasti ada rakan-rakan Ben yang sudi jelajah sama.
6. Dalam konteks win-win situation, disamping nak dapat promosi dari Ben, aku juga sedang promosi blog dia juga. Kedua-dua pihak dapat manfaat.
7. Dengan tertulisnya entri ini, maka aku sudah berjaya post satu lagi entri baru untuk FTN hari ini. Hehe (tak mampu menulis selaju Ben - ini saya kagum)

Sudi-sudilah melawat Ben. Aku pasti nama Ben Ashaari mesti ada dalam blog list korang semua. Sharing is power. Lagi banyak kita kongsi, lagi banyak kita dapat.

Tolong jangan bagi Ben membebel, bagi Ben jelajah je..hehe

p/s : lepas ini nak settlekan satu lagi hutang entri > menjawab tag azrulsham

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Sunday, March 28, 2010

(TIPS PILIH DSLR) Minat Tapi Tak Tahu Yang Mana Satu


Trend zaman sekarang ialah DSLR. Ramai yang mahu memiliki DSLR. Tak pasti sama ada betul-betul minat, sengaja nak ikut kawan beli, nak guna sebagai snap tool atau mungkin duit banyak tak tahu nak buat apa. Itu terpulang pada masing-masing.

Tapi bila tiba masa nak memiliki satu DSLR, persoalan yang timbul ialah :
Yang Mana Satu?? Brand apa yang best? Apa beza yang itu dengan ini? Nikon? Canon? Sony?

Wednesday, March 24, 2010

Ini Bukan Entri Tentang Nombor Ekor Apatah Lagi Jualan Lelong Kereta


Pertama sekali, ini dipetik dari akhbar The Star Online. Di atas adalah satu "print screen" daripada laman online The Star mengenai satu laporan kes penipuan jualan kereta. Sekali baca memang tiada masalah laporan tersebut. Ia adalah satu laporan jenayah yang normal.

Tapi jika korang prihatin dan sangat "particular", pasti akan rasa ada kesilapan dalam laporan ini. Boleh teka? Kalau tak boleh, sila teruskan membaca.

Tolong Ajar Pakcik Zhao Cara Bermain Tali Skip Dengan Betul! PLEASE!

Selamat Pagi. Mulakan hari anda dengan tenang dan gelak ketawa. Kalau tak cukup ketawa, mari sini aku sajikan satu kisah yang mungkin membuatkan korang ketawa. Tapi aku pasti akan ada segilintir yang mengerut muka membayangkan kesakitan.

Terlebih dahulu, aku nak terangkan tentang satu alat permainan dipanggil tali skipping, atau "skip rope" dalam Bahasa Ibunda David Beckham.
A skipping rope is the primary tool used in the game of skipping played by children and many young adults, where one or more participants jump over a rope swung so that it passes under their feet and over their heads. This may consist of one participant turning and jumping the rope, or a minimum of three participants taking turns, two of whom turn the rope while one or more jumps.
Ok? Jelas? Kalau tak faham, aku ringkaskan sikit. Tali skipping ini orang pakai untuk lompat. Tapi yang kelakar di sini, ada juga orang yang tak reti-reti menggunakan tali skip untuk tujuan kebaikan.

Ini Tali Skipping, bukan Tali Perut

Tuesday, March 23, 2010

Kepada Fanatik Sekalian, Nah Ambik Kau!


Ini versi terbaru Farmville untuk korang semua. Menggunakan ciri-ciri CGI tahap tinggi, membuatkan watak-watak nampak lebih dekat dengan realtiti. Teknologi yang hampir sama juga digunakan dalam produksi filem-filem antarabangsa seperti BeoWulf, Transformers dan Jangan Pandang Belakang Congkak. Permainan versi terbaru ini juga akan dikeluarkan dalam bentuk 3D, dimana pemain perlu memakai cermin mata 3D untuk melihat watak-watak timbul seolah mahu keluar dari skrin komputer.


p/s : gambar dari facebook

Kalau Tak Pandai Loghat, Baik Cakap Biasa Saja


"Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,
kudung ekor perok lapar, jale cari make,"
Seminggu dua ni selalu dengar iklan yang menggunakan lagu dikir barat popular ini sebagai lagu latar. Untuk mempromosikan acara yang bakal diadakan di negeri Kelantan Darul Naim.

Tapi yang paling haru sekali bila muncul dua watak/selebriti yang sering muncul di TV cuba berbual dalam loghat Kelantan. Aduh sangat tak kena. Nampak sangat "palsu". Pelik pun ada..haha

Mesti korang semua tahu iklan yang mana satu kan?

Sunday, March 21, 2010

Puas Aku Pusing Mencari, Rupanya Memang Tiada!!


Pendek saja. Aku cuma nak berkongsi sesuatu yang menarik hari ini. Mungkin ramai sudah tahu barangkali. Ketika aku berlegar-legar, (doraibu bak kata orang jepun) di Putra Heights hari ini, aku baru perasan yang tiada nombor rumah yang ada nombor 4! Selama ini tak pernah perasan pun..haha

Puas aku bilang; 2, 2A, 6, 8, 10, 12, 12A. Hah..mana 4? Tiada! Semuanya diganti dengan A.

Begitu skeptikal?

Aku Rela Beli Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Jumlah Wang Itu


KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan.

Satu Soalan. Berbaloikah?

Sebab :
1. Yang membawa kita dari A ke B ialah Kenderaan itu sendiri, bukan No Plet
2. Gunalah nombor plet apa sekalipun, kalau eksiden ia akan patah dulu dan nyawa anda mungkin melayang
3. Gunalah nombor plet apa sekalipun, kalau bukan jodoh kamu awek hot itu takkan minat dengan kau.

Setuju?

p/s : mungkin duit lebih dari blogging kut? tak tahu nak buat apa, beli nombor plet mahal-mahal..haha

Saturday, March 20, 2010

Sedikit Gambaran Daripada Pengembaraan Aku Di Putrajaya Pagi Tadi

Salam Semua pembaca FTN. Pagi tadi aku telah berjaya pergi ke Putrajaya untuk memuaskan nafsu fotografi aku. Bertolak seawal 7.10am, rupanya sudah penuh parkir di berhampiran tapak event. Nasib baik terjumpa satu, dan terus bergegas ke kawasan belon panas.

Aku paling excited nak ambil gambar Balloon Darth Vader. Memang cun sangat. Kreatif siapa yang reka belon tu. Walaupun pengunjung yang sangat ramai, sampai bertolak-tolak nak ambil gambar dan cuaca agak kurang baik (mendung sikit) namun aku dan wifey gembira. Sempat berjumpa beberapa rakan fotografi lain.

Enjoy dulu beberapa gambar untuk malam ini. Yang lain dan lebih jelas akan dipapar di blog yang satu lagi. Hehehe


Wednesday, March 17, 2010

Bila Tak Suka Sesuatu, Kita Buka Facebook Dan Luahkan Saja..begitu?

Sejak disiarkan pada awal Januari ini, program Terjah menerima banyak maklumbalas negatif sehingga ada yang menyarankan program itu dihentikan segera. - mStar 
Suka sangat terjah orang, kali ini anda di terjah! Bagaimana? Mampukah menanggung terjahan?

Semalam, akhbar MStar ada melaporkan aduan dari persatuan Seniman berkenaan program terbitan TV3 iaitu Terjah. Dikatakan ia menerima banyak maklumbalas negatif dan meminta rancangan itu dihentikan.

Aku adalah salah seorang daripada mereka yang kurang bersetuju dengan program ini. Bagi aku, terjahan mereka keterlaluan. Dengan bahasa yang agak kasar dan menumpu kepada isu-isu peribadi yang mengaibkan artis.


Tuesday, March 16, 2010

Aku Kesian Kat Azizah, Jadi Aku Tulis Lagi Pasal Asmaradana

So, last week kali terakhir melihat watak Narimah dalam drama Asmaradana (barangkali). Mungkin kalau dia muncul pun, dalam mimpi Aziza kut. Atau dalam bentuk Memey? Tapi seperti dijangka, Azizah akan tinggal bersama keluarga Tengku Malia, Rafeah, Tengku Farouk serta anak-anak angkat dia dalam rumah besar gila yang ada 8 bilik!! (ntah betul ke tidak).

Puteri Sarah sebagai Mimi


Monday, March 15, 2010

Kalau Sudah Diragui, Kenapa Tiada Tindakan Selanjutnya?

Dah banyak sangat Kopitiam..naik bosan pun ada
(photo dari Google)

KUALA LUMPUR 14 Mac – Umat Islam diminta menggunakan kuasa pengguna dengan mengelakkan diri daripada mengunjungi kedai kopi atau kopitiam yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, umat Islam harus sedar ketiadaan sijil halal Jakim akan mendedahkan mereka untuk makan atau minum bahan-bahan yang tidak dapat dipastikan, sama ada ia halal atau sebaliknya.
Sudah banyak kali aku lihat laporan berita mengenai status halal kopitiam di Malaysia. Sejak setahun lalu, bilangan kopitiam di Malaysia makin bertambah. Di Perak sendiri, macam cendawan tumbuh. Pusing sini ada kopitiam, pusing sana pun ada kopitiam. Pada awalnya, mungkin "culture shock" pada aku juga, sebab teruja melepak minum kopi dan makan roti bakar bersama kawan-kawan. Tapi lama kelamaan, naik bosan pun ada. Tambah lagi bila isu begini jadi panas.

Tapi kalau sudah tahu status mereka kurang jelas, dan tiada sijil halal, kenapa mereka boleh berluasa? Walaupun isu ini timbul, namun tetap wujud kopitiam-kopitiam baru. Tengok nama pun sudah boleh diragui. Belum tengok tukang masak dan pelayannya lagi.

Sampai bila Pihak Berkuasa sekadar mengeluarkan kenyataan di akhbar saja? Kalau betul-betul risaukan kami rakyat beragama Islam, jalankan tugas segera. Periksa semua premis, pastikan mereka mendapat sijil halal. Supaya kami senang hati minum dan makan di sana.

Semakan senarai terkini pengesahan sijil halal Jakim di www.halal.gov.my mendapati jumlah kopitiam yang mempunyai sijil halal di negara ini masih kekal dua iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd., dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Tempoh sah sijil halal Pak Hailam Kopitiam sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh memaksa setiap kopitiam mendapatkan sijil halal Jakim kerana ketiadaan undang-undang untuk menguatkuasakannya.

Kalau hanya dua diberi sijil halal, sudah sah yang lain-lain itu tidak halal. Ada setengah kopitiam juga menjual noodle, atau mee yang tak halal. Jadi bila pihak berkuasa berdiam diri?

Nak kena buat Aduan Rakyat baru nak jalan kerja???

Saturday, March 6, 2010

Tak Cukup Stamina nak ke Rawang? Ini Petuanya

Stamina Kuat macam Kudaku lari gagah berani

Jangan tak tahu, di Rawang ada acara menarik hari ini. Kalau dah tahu baguslah, tapi kepada yang tidak tahu sila layari blog bro Mazidul ni. Kepada bloggers yang ingin menjadi sebahagian daripada acara jemputlah beramai-ramai ke sana. InsyaAllah aku pun ke sana hari ini. Lama tak bergambar dan teringin juga nak berjumpa dengan blogger-blogger lain (minta tips..hehe)

Di samping itu, kepada yang kurang stamina, atau ingin menambahkan lagi stamina anda tak kira di waktu siang atau malam, ini ada satu petua yang dipetik dari akhbar hari ini. Pendaki solo terkenal (sejak akhir-akhir ini), Mohd Noor Mat Amin mendedahkan petua kuat stamina. Caranya? Telur ayam kampung la beb. Campur dengan halia. Cubalah..pasti power rut..eh gitu ke?

KOTA KINABALU 5 Mac - Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin hari ini mendedahkan antara petua yang diamalkannya bagi menambah kekuatan badan adalah dengan memakan kuning telur ayam kampung dicampur halia.

Polis Trafik Blog sila Halakan Trafik anda ke sini



Aisehhh sikit lagi. Untuk pertama kali sejak FTN wujud, dan sejak menyertai GB..3 hari dalam minggu ni hampir 100 unique visitors menyinggah ke blog ini (sikit je tu kalau nak banding dengan beriban sehari kan?) Dan aku yakin boleh meningkat lagi. Sebab pengguna internet di Malaysia ni ada berjuta-juta lemon. Kalau lah 1000 ribu orang datang jenguk blog aku ni kan ke best? hahaa

Tapi sebelum nak 1000 orang datang, kena lah pastikan blog itu menarik untuk ditonton ye tak? Banyak tips dah baca, so kena la usahakan. Blog FTN pasa asalnya (ketika zaman tak reti blog dan tak mengenal nuff etc), hanyalah cerita headline pasal berita dalam dan luar negara. Tapi lama kelamaan, dah berubah sikit jadi lebih kasual. Lebih open dengan gaya yang kurang formal. Apa-apa pun, as long as aku enjoy menempel kat blog ini, dan orang pun seronok baca..apa salahnya kan?


P/s : sebab nama blog ni tak best ek? takde kiut-kiut gitu? hehehe

P/s2 : nuffnang sekarang ni tengah-tengah malam buta dia muncul. sebab apa ek? target audience muncul waktu malam ek? dracula kut..hehe

P/s3 : Ada sesiapa ke Rawang hari ini?

Thursday, March 4, 2010

Minta Tolong Pro Blogger sekalian..(ini sticky post ye)


Selamat Malam (Faizal Tahir),

Aku dengan rasa rendah diri, ingin memohon pertolongan dari blogger-blogger sekalian. Aku sedang menghadapi masalah dengan template blog. Camne kah caranya untuk remove Disqus punya script? Aku try remove secara manual, tapi lepas hilang pulak link untuk post comment. Dan aku tak reti tang mana, dan apa script yang aku perlu insert dalam html.

Ish ish..camne ye? ada pakar-pakar blogger boleh tolong tak? kalau boleh aku tak mahu tukar template dulu. sebab leceh nak set up widget dan coding semua..

aku bercadang nak tukar Disqus dengan Intense Debate. Apa kata survey...TOLONGG~

(TIPS) Bercinta di Blog dengan CommentLuv?

contoh blog yang ada CommentLuv - aku pinjam blog NurIstimewa kejap

Sejak aktif melawat blog-blog lain atau nama saintifiknya "Blog Walking" (ada juga panggil Blog Hopping, Blog Jogging, Blog Crawling, Blog Flying - semua ikut selera masing-masing), aku tertarik dengan satu plugin pada comment form beberapa blog popular. Comment Luv namanya. Senang nak perasan kalau ada nampak icon Hati (Heart, bukan Love ya).

Apa itu Comment Luv? Bila kita taip saja url blog, akan automatik latest feed dari blog kita akan tersiar di bawah komen kita. Secara tidak lansung, komentar lain di blog tersebut boleh lihat tajuk entri terkini blog kita. Kalau tak faham juga, aku pinjam ayat hasil carian google aku ni.
CommentLuv is a Wordpress Plugin and it works like this… When you comment on another site, CommentLuv will visit the site you entered when you make your comment and retrieve the heading or title of your latest blog post, tweet or Digg Submission. It will then display that heading under your comment when you click submit.

CommentLuv helps to show your readers that you want to share their information with your other readers and increase comments on your site. It gives both you and your readers a chance to share information and have a mutual interest in your blog.

Jadi, lepas aku sudah yakin dengan semua ini, tambah-tambah blog-blog popular yang menjadi rujukan aku pun memasang CommentLuv, aku yakin ini mungkin langkah yang bagus. Aku masih sedar blog ini belum lagi mempunyai trafik blog dan follower yang ramai, tapi aku harap dengan penambahan plugin CommentLuv ini dapat membawa perubahan pada blog FTN.

Apa yang aku nak bagitau semua..


Tapi bukan sekarang. Coming soon ye!

p/s : nampaknya Disqus tak bertahan lama di FTN blog..hehe

Wednesday, March 3, 2010

Separuh Traffik ku...Pergi - Anang


Ketika aku sedang update blog survey (ikut nasihat eyriqazz), aku terpandang statistic blog aku ni. Alahai..sikit je lagi nak mencapai target 100 uniques! ingat tak lagi aku pernah berazam nak mencapai angka 100 dalam post bulan lepas? kalau tak ingat sila rujuk sini. Sejak aku menyertai gengblogger, tidak dinafikan lebih banyak blog trafik datang. Kalau sebelum ini purata lebih kurang 20 uniques sehari, sekarang sudah meningkat sedikit demi sedikit. Ya, aku bukan bukan orang popular dan bukan blogger tegar. Tetapi angka yang berubah ini sedikit sebanyak memberi motivasi. Ranking ALEXA juga berubah dari 3juta kepada 2juta. Komentar pun bertambah, blogwalkers pun makin ramai. Aku gembira dengan perkembangan ini. Walaupun agak risau kerana pendapatan Nuffnang nampaknya tidak berganjak seminggu dua ini. Iklan pun jarang kelihatan. Apakah jumlah blogger yang semakin ramai menyebabkan iklan semakin kurang kelihatan? Nampaknya target untuk mendapat check pertama dalam masa 6 bulan pertama gagal disitu.

Tidak mengapa. Tidak sabar itu, bukan separuh dari Iman. Jadi aku kenalah bersabar. Aku pasti capai target 100 uniques tak lama lagi. Cabaran seterusnya pula, sudah tentu untuk maintain 100 uniques setiap hari!


GAMBARE!!


Nota Kaki Ayam :
Posting aku pada 1hb Mac
1. Edisi Bincang Bersama Blogger - Kes Adik Syafiah
2. Renovation Sempena Bulan March

Soalan Masa Tambahan:
Kenapa lepas aku pasang Disqus, makin kurang pula orang datang komen. Disqus tak best ka?

Monday, March 1, 2010

Renovation Sempena Bulan March

Salam 1 Malaysia.

Aku dalam proses penambah baikan blog aku. 2 perubahan yang aku cuba lakukan pada FTN blog kali ini. Kalau ada yang perasan, bermula posting ini, aku mencuba sistem komen Disqus. Kali ini aku mencuba Disqus berbanding IntenseDebate sebab blog satu lagi sudah mencuba IntenseDebate. Jadi untuk FTN blog aku cuba sesuatu yang baru. Nak lihat keberkesanan Disqus. Mungkin kalau tidak bagus aku akan tukar kepada yang asal ataupun IntenseDebate.

mencuba Disqus comments

Satu lagi perubahan hari ini iaitu sempena bulan baru March, aku telah menukar header blog FTN kepada yang baru. Harap-harap lebih impak kepada blog ini, dan pembaca berita sekalian suka dan senang hati dengan grafik ala kadar aku ni. Ini pun salah satu tips yang aku ingin cuba. Blog mesti menarik, baru orang ramai seronok datang melawat. Tak gitu?

Header baru..Amacam? OK tak?



Apa pendapat semua? Berbaloi-baloi tak?

Tuesday, February 23, 2010

Analisis Itu Penting untuk Maju Ke Hadapan

Hari ini aku cuba buat analisis terhadap blog FTN. Ala-ala KPI juga. Sekali-sekala nak tengok prestasi blog sendiri. Apakah tips-tips yang aku baca di blog-blog otai semua membawa perubahan atau tidak?

Kali ini aku hanya melihat kepada keywords yang membawa trafik ke blog ini. Mari kita terjah blog sendiri..haha



Dikutip dari ALEXA
Yang bertanda biru tu semua keywords yang berkait. Ada 7 keyword yang hampir sama. Bermakna banyak juga yang tersesat ke blog FTN ni akibat keyword AEON MELAKA. Ataupun mungkin masih ramai yang ingin mencari cerita tentang letupan di Jusco Melaka . Kira antara topik hangat cerita letup-letup ni nampaknya. By the way, EXPLOSION dengan EXPLOTION sama tak? rasanya macam salah eja je tuh kan? Satu lagi LFA fighter jet. Setahu aku takde pulak aku buat entry pasal kapal terbang jet. Tapi bila aku check balik, rupanya mungkin tersilap dengan entry LEXUS LFA concept car. Tapi tak tau pulak ada fighter jet? Pastu cuba tengok no 6. "Orang hilang di terengganu". Hahaha kelakar jugak. Kenapa nak cari orang terengganu kat blog FTN ni? Agak konfius di situ.




Dikutip dari ALEXA jugak
Nampaknya search terms paling banyak adalah Melaka. Memang betul kisah AEON Jusco meletup tu memang MELETUP. Hehe. Aku tak pasti macamana "thenewsz" boleh ada, mungkin kebetulan bunyi dah dekat-dekat tu, termasuk sekali dalam list kut. Cuba tengok dua search terms kat bawah tu. "Pakistani" dan "Jadi". Rupanya entry aku pasal Google yang bawak term pakistani masuk blog ni. 




Dikutip dari Nuffnang 
Okeh, kali ini dari Nufnang pula. Nampak ada perbezaan dengan statistik dari Alexa. Tolong abaikan hits count tu. Sikit sangat. Tapi takpe, aku akan berusaha untuk meningkat trafik sampai 8 ribu sehari. Hahaha. (Mimpi). By the way, since baru-baru ini aku menulis pasal drama TV3 Penunggu Gunung Raya, top 4 keywords semua menuju ke entry tersebut. Mungkin ia cerita yang baru, keyword yang bakal meletup selepas NUR KASIH barangkali? Remy Ishak tu barangkali kes pukul dia dengan Umi Nazeera la kut. Yang lain-lain tu kes kemalangan BMW di senawang baru-baru ini, atau in senawang..hehe


Okeh, itu saja analisis blog sendiri kali ini. Aku tak sure apa yang boleh aku buat daripada analisis ini. Sekadar mengisi masa malam ini. Tapi objektif aku tetap nak menjana trafik sehingga 8ribu sehari. Maybe weekend lebih sikit..dalam 10ribu ke. Hahaha (Mimpi lagi)

Oh, satu lagi aku dapat dari ALEXA, blog aku load average dalam 1.718 saat. Kira ok la tu kan?

Related Posts with Thumbnails