Showing posts with label Alias Ismail. Show all posts
Showing posts with label Alias Ismail. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Cikgu Alias Ismail Lebih Popular Dari Christiano Ronaldo

Dua hari tanpa perlawanan bola di TV. Tenang sikit boleh tidur awal. Nasib baik rumah aku tiada ASTRO, kalau tak pasti aku mengadap highlights. RTM ada highlights, tapi sangatlah bosan dengan naration macam baca buku sejarah tingkatan 4. Lain kali, kalau nak buat highlights, gunalah suara latar Hasbullah Awang. Sekurang-kurangnya dia lebih semangat bercerita, teruja sikit kami mendengar. RTM, oh RTM..jangan salahkan kami tak menonton saluran korang. Presentation skill out! Oh ya, tukarlah iklan World Cup featuring personaliti-personaliti RTM tu, mengarut je aku tengok. Nak kata lawak pun tidak..apa motif pun aku tak tahu.

Ada yang lebih popular dari mamat ni

Eh, aku nak bercerita tentang lain. Emo pulak dengan RTM. Ini kisah keyword yang masuk ke blog aku. Walaupun sekarang tengah hangat dengan isu World Cup, namun banyak juga keyword lain yang membawa orang ke blog ini. Antara keyword kedua tertinggi ialah Alias Ismail. Ramai juga yang mencari Alias Ismail.  Siapa Alias Ismail? Tipu ah kalau korang tak tahu.

Cikgu Alias Ismail

Personalannya sekarang, kenapa korang masih search tentang Cikgu Alias Ismail?
A) Nak masuk kelas tuisyen dia
B) Nak minta autograph dia
C) Nak tanya rahsia kejayaan dia
D) Nak cari downline
E) Nak tanya sokong team mana
F) Nak tanya tengok bola tak masa World Cup

Jawapannya, aku pun tak tahu. Suka hati koranglah nak search tentang Alias Ismail. Yang best tu, tak ada pula orang search Christiano Ronaldo. Haha

p/s : mungkin tak tengok world cup lansung?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Monday, May 31, 2010

Pasti Ramai Yang Nak Belajar Dengan Cikgu Alias Selepas Ini


Mr Alias Ismail

KUALA TERENGGANU: Reading and having sex nightly. That, says Tokoh Nilam award winner Alias Ismail, is the secret to his seemingly boundless energy during the day.

Jadi itulah rahsianya ya Cikgu? Aku pasti selepas ini Cikgu perlu lebih aktif melayan soalan-soalan tambahan dari rakan cikgu bila tiba waktu rehat, dan mesyuarat di bilik guru (official dan non-official). Eloklah kiranya Cikgu sediakan salinan tips-tips ataupun rakaman audio supaya tidak letih mengulang suara setiap kali pertanyaan diajukan.

Yang pastinya kenyataan Cikgu tidak salah. Memang secara saintifiknya fakta itu ada kebenaran. Pastinya Cikgu sekeluarga akan menjadi popular di sekolah selepas terbitnya artikel di suratkhabar ini. Harap-harap tidaklah memberi kesan kepada psikologi anak-anak Cikgu. Takut menjadi bahan bualan rakan sebaya di sekolah pula nanti.

Err..Cikgu ada buat kelas tuisyen tak? Pasti ramai nak belajar tau..(mungkin Menteri Besar sekali)

Related Posts with Thumbnails