Showing posts with label Keywords. Show all posts
Showing posts with label Keywords. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Justin Bieber Tiada Testis

Sumpah ramai keliru dengan identiti Justin Bieber..haha
sumber roflrazzi.com

Justin Bieber memang artis yang unik. Tiada testis? Haha, seperti yang kita semua tahu, Justin Bibir (nama glamour dia dekat Malaysia) ni menyanyi kalau tak tengok muka mesti ramai ingat perempuan. Aku sendiri ingat lagu yang "Baybeh baybeh baybeh oooh" tu perempuan negro mana ntah nyanyi. Rupanya seorang budak lelaki berumur 16 tahun yang berambut lebat.

Sambil menulis entri "separa hangit" ini, aku baca gak tentang kritikan ramai terhadap Justin Bibir ni. Sampai menjadi bahan lawak seluruh dunia. Ada yang buat kempen "Justin Bieber Syphilis", buat gossip Justin Bibir maut kemalangan, dan ada yang kata Mak Justin Bibir pernah pose untuk Playboy. Ada juga yang mencadangkan Justin dihantar ke Korea Utara sebagai sebahagian daripada jelajah "World Tour"nya.

Tapi pagi ini, memang kelakar juga bila tengok analytic di Nuffnang dashboard. Ada juga insan di Malaysia ini yang search "Justin Bieber Tiada Testis" di search engine. Peminat fanatik? Agak-agak budak perempuan berapa tahun yang search ek? Or worst case, budak-budak gay nak confirm status Justin Bibir?

Nasib baik ranking terbawah

Tapi bila check balik, rupanya dalam first page google search ada link ke blog aku. Rasanya aku tak buat entri tu, mungkin ada link-link ke blog lain dengan tajuk yang sama.


Apa pun, I don't give a damn about Justin Bieber. Tapi mungkin sekali sekala nak cari bahan boleh juga..Haha! burned!

p/s : tengah melayan 4 season series "How I Met Your Mother", download 2 tahun lepas tapi baru sekarang ada masa nak tengok. Sadis gila!

Thursday, July 1, 2010

Cikgu Alias Ismail Lebih Popular Dari Christiano Ronaldo

Dua hari tanpa perlawanan bola di TV. Tenang sikit boleh tidur awal. Nasib baik rumah aku tiada ASTRO, kalau tak pasti aku mengadap highlights. RTM ada highlights, tapi sangatlah bosan dengan naration macam baca buku sejarah tingkatan 4. Lain kali, kalau nak buat highlights, gunalah suara latar Hasbullah Awang. Sekurang-kurangnya dia lebih semangat bercerita, teruja sikit kami mendengar. RTM, oh RTM..jangan salahkan kami tak menonton saluran korang. Presentation skill out! Oh ya, tukarlah iklan World Cup featuring personaliti-personaliti RTM tu, mengarut je aku tengok. Nak kata lawak pun tidak..apa motif pun aku tak tahu.

Ada yang lebih popular dari mamat ni

Eh, aku nak bercerita tentang lain. Emo pulak dengan RTM. Ini kisah keyword yang masuk ke blog aku. Walaupun sekarang tengah hangat dengan isu World Cup, namun banyak juga keyword lain yang membawa orang ke blog ini. Antara keyword kedua tertinggi ialah Alias Ismail. Ramai juga yang mencari Alias Ismail.  Siapa Alias Ismail? Tipu ah kalau korang tak tahu.

Cikgu Alias Ismail

Personalannya sekarang, kenapa korang masih search tentang Cikgu Alias Ismail?
A) Nak masuk kelas tuisyen dia
B) Nak minta autograph dia
C) Nak tanya rahsia kejayaan dia
D) Nak cari downline
E) Nak tanya sokong team mana
F) Nak tanya tengok bola tak masa World Cup

Jawapannya, aku pun tak tahu. Suka hati koranglah nak search tentang Alias Ismail. Yang best tu, tak ada pula orang search Christiano Ronaldo. Haha

p/s : mungkin tak tengok world cup lansung?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Wednesday, May 5, 2010

Kantoi Whatever Video dan Keyword Terpanjang Pernah Aku Dapat (Memang Panjang Gila)

Rentetan dari entri mengenai AIM17 yang aku miss dan Kantoi Whatever yang kelakar habis dari Afdlin Shauki, kali ini aku sertakan sekali video dari youtube (amier135) untuk tatapan mereka yang miss persembahan kelakar tersebut. Banyak lagi yang kelakar dari Afdlin pada malam itu seperti Kemarau (parody Hujan) dan lain-lain tapi aku pasti Kantoi Whatever merupakan "highlight" malam itu. Pastinya Zee Avi akan teringat lagu ini sampai bila-bila (termasuk kita semua)



Tuesday, February 23, 2010

Analisis Itu Penting untuk Maju Ke Hadapan

Hari ini aku cuba buat analisis terhadap blog FTN. Ala-ala KPI juga. Sekali-sekala nak tengok prestasi blog sendiri. Apakah tips-tips yang aku baca di blog-blog otai semua membawa perubahan atau tidak?

Kali ini aku hanya melihat kepada keywords yang membawa trafik ke blog ini. Mari kita terjah blog sendiri..haha



Dikutip dari ALEXA
Yang bertanda biru tu semua keywords yang berkait. Ada 7 keyword yang hampir sama. Bermakna banyak juga yang tersesat ke blog FTN ni akibat keyword AEON MELAKA. Ataupun mungkin masih ramai yang ingin mencari cerita tentang letupan di Jusco Melaka . Kira antara topik hangat cerita letup-letup ni nampaknya. By the way, EXPLOSION dengan EXPLOTION sama tak? rasanya macam salah eja je tuh kan? Satu lagi LFA fighter jet. Setahu aku takde pulak aku buat entry pasal kapal terbang jet. Tapi bila aku check balik, rupanya mungkin tersilap dengan entry LEXUS LFA concept car. Tapi tak tau pulak ada fighter jet? Pastu cuba tengok no 6. "Orang hilang di terengganu". Hahaha kelakar jugak. Kenapa nak cari orang terengganu kat blog FTN ni? Agak konfius di situ.




Dikutip dari ALEXA jugak
Nampaknya search terms paling banyak adalah Melaka. Memang betul kisah AEON Jusco meletup tu memang MELETUP. Hehe. Aku tak pasti macamana "thenewsz" boleh ada, mungkin kebetulan bunyi dah dekat-dekat tu, termasuk sekali dalam list kut. Cuba tengok dua search terms kat bawah tu. "Pakistani" dan "Jadi". Rupanya entry aku pasal Google yang bawak term pakistani masuk blog ni. 




Dikutip dari Nuffnang 
Okeh, kali ini dari Nufnang pula. Nampak ada perbezaan dengan statistik dari Alexa. Tolong abaikan hits count tu. Sikit sangat. Tapi takpe, aku akan berusaha untuk meningkat trafik sampai 8 ribu sehari. Hahaha. (Mimpi). By the way, since baru-baru ini aku menulis pasal drama TV3 Penunggu Gunung Raya, top 4 keywords semua menuju ke entry tersebut. Mungkin ia cerita yang baru, keyword yang bakal meletup selepas NUR KASIH barangkali? Remy Ishak tu barangkali kes pukul dia dengan Umi Nazeera la kut. Yang lain-lain tu kes kemalangan BMW di senawang baru-baru ini, atau in senawang..hehe


Okeh, itu saja analisis blog sendiri kali ini. Aku tak sure apa yang boleh aku buat daripada analisis ini. Sekadar mengisi masa malam ini. Tapi objektif aku tetap nak menjana trafik sehingga 8ribu sehari. Maybe weekend lebih sikit..dalam 10ribu ke. Hahaha (Mimpi lagi)

Oh, satu lagi aku dapat dari ALEXA, blog aku load average dalam 1.718 saat. Kira ok la tu kan?

Related Posts with Thumbnails