Ni ape kes posing-posing depan kamera ni? Nantikan full entri sedikit masa lagi. Eceh macamlah ada orang kisah ponnn..Apapun special thank to wayangjom.
Showing posts with label Special Screening. Show all posts
Showing posts with label Special Screening. Show all posts
Thursday, May 26, 2011
Tuesday, November 9, 2010
If I Had Rapunzel's Hair
Ok, apa kejadah aku nak rambut macam Rapunzel. Rapunzel tu pompuan punn kan? Aku lelaki sejati.. (itu yang kau ucapkan). Tapi dek kerana dah lama tak tengok wayang, aku pun terbuka hati nak cuba (kau cuba) nasib dengan nuffnang giveaway kali ini. Sejak tengok Inception yang best gila best tu, aku takde masa nak tulis entri contest. Kali ini tetiba jumpa masa.
Ini Rapunzel. Rambut dia gold, mata dia hijau. Macam Hulk
Dalam kes ini aku kalau aku ada rambut macam Rapunzel, bermakna aku ada rambut macam Legolas. Sebab Legolas ni tiru rambut Rapunzel. Ah merepek sudah.
Ini Legolas. Yang belakang tu ntah sapa aku tak tau
Apa yang aku boleh buat kalau ada rambut sepanjang 70 kaki? Uihh macam-macam boleh buat punn kan? Boleh buat duit. Ingat buat duit dengan Nuffnang saja ke? Rambut yang panjang aku boleh gunting-gunting buat wig untuk orang lain. Tengok lah kat bawah ni, baru suku rambut je aku guna. Bayangkan satu kepala tu aku jual RM1000, fuih untung-untung boleh beli kete Bentley. Eh dah macam MLM jual wig pulak..no no no no..say no to MLM ok. Haha
Bisnes jual rambut wig
Yang ini masih dalam fasa prototype
Sebelum ini pun aku pakai wig. Tu yang datang ilham nak jual wig RM1000 setiap satu kalau rambut aku panjang macam Rapunzel. Ini gambar aku pakai wig macam Noh Hujan.
Nice. Berjaya update blog sudah puunnn kan? Ini semua kerana adanya contest from Nuffnang nye punn. Kalau tak mesti aku no idea nak update. Hahahahahaha
Apa gelak-gelak? Aku libas dengan rambut kang!
Kthnxbye.
Saturday, July 31, 2010
How to Win Vampire's Suck Screening Tickets
Nasib baik bulan Ramadhan, kalau tak aku dah mencuba nasib nak tengok Screening "Vampire's Suck". Sempena bulan Ramadhan aku akan stop sekejap sending entries for movie tickets. Pada pendapat aku macam tak sesuai je nak tengok wayang during the month. Selama ini pun, tak pernah lagi pergi tengok wayang di bulan Ramadhan, tak kiralah siang atau malam. So I'll start back after raya, kalau ada lagi chances la..hehe
Anyway, this will surely be another stupid ridiculous parody. Tapi tema dia best sebab hentam cerita Twilight. Hahaha, tak tahan bila dalam trailer tu tulis "From the guys who couldn't sit through another vampire movie".
So kepada yang nak cuba dapatkan ticket screening filem parody ini bolehlah ke blog Nuffnang, dan tulis entri dengan tajuk "Why Vampires Suck" dan tinggalkan link di Nuffnang.
Have fun and laugh you heart out!
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
Tuesday, July 27, 2010
Cerita Yang Agak Masin dari Jolie
3/5 botol kicap untuk SALT
detail review later on. bagi peluang orang tengok dulu, nanti spoil mood pula
tapi kesimpulannya setakat all the free screenings, Inception is still the best!
Wednesday, July 21, 2010
Review Penuh Spoiler The Sorcerer's Apprentice
Ok. setelah sibuk bekerja di sebelah pagi. aku akhirnya ada sedikit masa nak selesaikan review movie paling dasyat setakat ini (dalam sejarah blog FTN - hah macamlah rajin buat review). Movie yang menjadi mangsa, semestinya yang baru ditonton semalam iaitu The Sorcerer's Apprentice. Terima kasih kepada Nuffnang (peh macam iklan penaja pula)
Sebelum itu, keadaan cuaca hujan dan lebat menyebabkan aku tiba agak lewat di One Utama. Parking pun jauh nun di hulu banat old wing, memaksa aku menapak agak jauh ke GSC. Selesai maghrib, aku terkejut tengok tiada seorang pun yang beratur kat meja Nuffnang, padahal jam sudah hampir pukul 8pm. Lepas dapat tiket, aku terus beredar nak cari makanan untuk dinner. A&W is the nearest fast food, dan tak sangka pemilihan itu menyebabkan aku menyirap semalaman. It's the slowest Fast Food Restaurant ever! And the workers didn't even bother to apologize for their mistake.
+ + + + + + +
About the movie, kalau korang rasa nak pergi tengok better jangan baca review ini. Penuh dengan spoiler tau. Disebabkan kemarahan aku pada A&W, movie ini menjadi mangsa. Ok, selepas tengok trailer berkali-kali sebelum ini, semestinya aku expect satu movie yang gempak dan macho habis with a bit of humour (nama pun Disney). Tapi seperti biasa, indah khabar dari rupa (except Monica Belucci, and Teresa Palmer). Lebih menyakitkan hati, watak Dave rupanya jelmaan Steve Urkel dari sitcom Family Matters. Tak percaya? Percayalah. Aku menyampah dengan Hero yang mempunyai suara dan gaya cakap sejiban dengan mamat spek mata besar ini.
Jalan cerita, typical Disney adventure movie. Unsur magikal, betrayal, cinta, and lot's of nerd stuff. Main plot ialah Balthazar yang merantau bertahun-tahun nak mencari waris kepada Merlin, iaitu the Prime Merlinian. Prime Merlinian saja yang boleh tewaskan orang jahat Morgana. Bila dah jumpa, dia ambil sebagai apprentice, dan bermulalah cerita training mereka sambil diganggu oleh Horvath yang nak merampas kembali Grimlock yang menyimpan Morgana.
At times, aku ingat aku tengok cerita Spiderman pula, sebab villainnya pelakon Dr. Octopus tu plus hero nerd dapat awek cun selepas menjadi power (sorcerer's apprentice). Ada ala-ala cerita Transformers, Enchanted versi lelaki pula tu. Ah dem, aku cuma syok time car chase antara Balthazar dan Horvath. Balaci Horvath, Drake Stone macam pelawak Senario dalam movie ni, tapi pelawak yang penuh dengan tatoo dan kuku cat itam. Lagu One Republic - Secrets bape banyak kali repeat dalam cerita ini, sebab itu tanda pertemuan cinta Steve Urkel dan Awek hot Becky (gila nama nerd habis). Ending predictable gila, tapi aku tak nak cerita. Nanti jualan tiket Sorcerer's Apprentice jatuh.
Aku conclude review aku dalam bentuk Graf macam report Sains tingkatan 4
+ + + + + + +
2/5 Stars for The Sorcerer's Apprentice
1 for Monica Belucci, and 1 for Teresa Palmer
The only reason to watch this movie is this babe.
Eventhough muncul untuk beberapa babak saja.
p/s : Lain orang lain taste, bagi aku Sorcerer's Apprentice biasa-biasa saja.
p/s, I love u : next week tengok Salt pula! Angelina Jolie tuh..Wohoo, thanks Nuffnang!
Tuesday, July 20, 2010
Tengok Movie : Sorcerer's Apprentice
Macam Rasengan je aku tengok..ciplak ka woi
Malam ini satu lagi peluang menonton wayang secara percuma terima kasih kepada Nuffnang. Ini semua hasil entri gampang ini yang mendapat tempat di hati mereka. Filem yang menjadi mangsa malam ini ialah The Sorcerer's Apprentice lakonan pakcik Nicholas Cage. Tapi kalau perasan kat poster tu tulis "In Cinemas 22 July"...bermakna aku tengok 2 hari awal daripada jiran sebelah rumah aku! Wah..sungguh syok. Terima kasih to Nuffnang kerana bermurah hati memberi invitation ini. Jimat duit aku tak yah beli tiket wayang dah. Terima kasih juga kepada Vuvuzela dan World Cup 2010 kerana memberi idea untuk aku buat entri gampang tu.
Jom ke One Utama! Bukan Mid Valley tau!
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
Friday, July 16, 2010
Access Your Mind Through Your Dreams : Inception Screening
"Access your mind through your dreams.."
Itu antara dialog yang terdapat dalam filem Inception lakonan Hero pilihan awek ramai, Leonardo Di Caprio. Semalam aku dapat tengok preview screening filem itu. Ihsan dari Nuffnang, dapatlah aku dua keping tiket. Baris tengah, just nice.
Masa sampai di lobby GSC, aku tengok ramai gila orang. Aku bajet dah terlewat beratur. Mesti dapat seat melangut. Tapi rupanya banyak lagi yang buka booth selain Nuffnang (or should i say Nufnag..hehe). Ada Harian Metro, My FM, Fly FM, dan Sinar FM pun ada. Nasib baik di barisan Nuffnang tu masih tak ramai.
"Oh ada harapan seat best!"
Masa sampai di lobby GSC, aku tengok ramai gila orang. Aku bajet dah terlewat beratur. Mesti dapat seat melangut. Tapi rupanya banyak lagi yang buka booth selain Nuffnang (or should i say Nufnag..hehe). Ada Harian Metro, My FM, Fly FM, dan Sinar FM pun ada. Nasib baik di barisan Nuffnang tu masih tak ramai.
"Oh ada harapan seat best!"
Beratur punya beratur, sekali dia tulis Nufnag pula. Aku ingat dah salah tempat beratur. Tapi bila nampak ada badge Nuffnang beratur dengan banyak..betul la tu!
+ + + + + + +
Cerita Inception. Barisan pelakon semua mantap. Biasanya cerita yang Leonardo Di Caprio berlakon semuanya menarik, eg. Catch Me If You Can, Black Diamond, The Departed dan banyak lagi. Aku check rating movie ni boleh tahan. Ramai kata movie ini gempak, dan makes us think.
Ya aku setuju. Filem ini memang best. Mengenai seorang bernama Dom Cobb, pencuri terhebat dan berkebolehan mencuri rahsia dari minda orang dalam keadaan separa sedar (melalui mimpi). Apabila satu misinya gagal, Cobb cuba melarikan diri dari agensi yang mengupahnya. Tapi dia diberi peluang untuk mendapat kembali kehidupan yang diinginkan apabila menerima tawaran dari Saito.
Tak best la kalau aku cerita detail. Nanti tak fun pula kalau korang nak pegi tengok. Movie ni mengingatkan aku dengan The Matrix, di mana dunia rekaan boleh dicipta ikut suka je. Tapi dalam filem ini dia guna elemen mimpi.
Aku nak bagi Inception 4/5 bintang-bintang berkelipan. It deserve good ratings from the movie critics. Must watch!! (but avoid midnight - unless you had enough sleep before watching)
p/s : aku risau masih bermimpi lepas tengok movie semalam.
p/s : aku risau masih bermimpi lepas tengok movie semalam.
Wednesday, July 7, 2010
What If I’m a Russian Spy
Bagaimana kalau aku jadi seorang Russian Spy..aku sendiri tertanya-tanya. Sudah tentu aku akan kelihatan seperti seorang Russian, berbahasa Russian dengan fasih sekali level 1, tahan sejuk sehingga (-30c maksimum), dan memiliki segala skill yang wajib ada pada seorang spy. Alahai, kalau susah sangat nak faham, baca sajalah pictorial story aku dibawah. Versi International (English), dan agak panjang..special edition tau!
Then, spread the joy to the world..oh, look at all that happy faces..
Mission Accomplished!! Back to Motherland Rrrrussia..As long as the President is happy..I take it as my job is done!
+ + + + + + +
Okay, I'm a Russian Spy (Rrrrrussian Spy). Don't ask me why, because it's all written. It's in the script. Just go with the flow. So obviously as a Rrrrrussian Spy, I'm taking orders from Mother Rrrrrrussia. So my next mission is related to the football fever that's happening around the world. However the situation is not so good. The President is not enjoying any of the games due to a disturbing sounds which identified coming from an instrument called "V-u-v-u-z-e-l-a". (but could be he's frustrated because Rrrrussia didn't quality for the finals). So my next mission objectives are :
To accomplish my mission, first need to check on my tools. Need to look tough. Vuvuzela can be a life-threatening weapon, so I must be prepared to face any circumstances. Weapons...CHECK!
Next, kidnap the suspect (easy task) and...
Finally, no more annoying sounds..no more!!
A very happy football fan!
He promised me a Sony Bloggie as a reward, but I'm not sure if he's joking or not. He said that while holding a bottle of Vodka.
+ + + + + + +
This is a special entry for Nuffnang Premiere Screening of Salt contest. All photos, captions and etc are for fun purpose only. No hard feelings ya. Hopefully nobody will mistaken me with the real spy. No I'm not a spy ok?? hehe. Hope you all enjoy my Rrrrussian Spy story.
Friday, June 4, 2010
I Munch, I Watch, I Like : Up Close With Mister Potato Rice Crisps!
Ini bukan kaunter tiket bas ye (beratur nak dapat tiket)
Minggu lepas aku dan wife telah mendapat jemputan untuk menonton tayangan khas Prince Of Persia : Sands of Time di Cineleisure Kota Damansara. Bukan itu saja, kami juga mendapat bekalan special Mister Potato Rice Crisps, edisi terbaru dari Mister Potato. Tentang kehebatan movie POP:Sands of Time itu tak perlulah aku ulas panjang, memang best sangat. Sebagai peminat fanatik siri game Prince of Persia sejak zaman game 2D lagi, aku cukup tertunggu-tunggu filem ini. Hero macho (wife aku suka), Heroin cun (aku suka), jadi filem ini sesuai untuk semua. Haha
+ + + + + + +
Okay, cukup tentang movie. Kali ini aku nak bawa korang up close and personal dengan Mister Potato. Sempena dengan special screening POP : Sands of Time, Nuffnang memberi 2 tong/silinder/pek Mister Potato Rice Crisps untuk dinikmati/dibelasah ketika menonton filem. Memang best terutamanya bila mendapat tiket free dan makanan free. Air pun diberikan. Memang best join event Nuffnang. Ini baru kali kedua.
Ribuan yang ingin mendapatkan Rice Crisps termasuk Bean Moreno
Selepas setia beratur dengan sopan tanpa potong queue, aku berjaya mendapatkan Rice Crisps dan secara selamba aku sempat membuat sedikit kajian/review.
Extra Tall! More chips!! Dah macam Twin Towers, tapi boleh dimakan!
Misteri nasi dalam Rice Crisps! Sebab itu Less Fat!
Ada sikit feel yang berlainan ketika makan Rice Crisps. Yang pastinya texture yang berbeza kerana ramuan utamanya ialah beras! Ya Beras! Tanpa MSG, 20% less fat dibandingkan dengan conventional potato chips, bebas Kolestrol & Trans Fat serta tiada pewarna tiruan! Sekurang-kurangnya kita boleh belasah Mister Potato Rice Crisps tanpa segan-silu sambil menonton Project Alpha Season 2 (amboi-amboi), atau pun World Cup 2010 yang bakal tiba tak lama lagi.
Ada 4 perisa kesemuanya. Sour Cream & Onion (my fave!), Hot & Spicy, Flame Grilled BBQ, and of course the all time favourite Original. Semuanya lazat-lazat belaka dan sudah pasti mempunyai rasa dan feel yang berbeza dari potato chips lain. Sesuatu yang patut dicuba oleh semua. Mudah saja nak notice Rice Crisps di kedai, cari saja tong berwarna putih yang striking ini.
Apa lagi! Dapatkan Mister Potato Rice Crisps terbaru!
Lanyak sampai lebam di musim Piala Dunia nanti
Terima kasih Nuffnang for the screening invites dan
bekalan Mister Potato Rice Crisps!
p/s : lepas makan Rice Crisps, pastikan buang dalam tong ya!
Keep Our City Clean!
Saturday, March 27, 2010
My Date Night
My Date Night. Semua orang pasti ada satu "Date Night" yang tidak boleh dilupakan. Termasuklah aku. Ini kisah ketika hendak menyambut hari jadi si dia yang ke ehem-ehem. (perempuan suka berahsia tentang umur..hehe). Hajat nak cari tempat yang ada suasana romantik sikit untuk sambut hari jadi. Sebagai seorang peminat fotografi tegar, aku mencari tempat yang ada scenery dan view malam yang menarik sebagai venue sambutan hari jadi si dia. Sambil-sambil tu boleh ambil gambar yang best-best dengan si dia sekali.
Survey punya survey, aku akhirnya mengambil keputusan hendak sambut hari jadi si dia di atas bukit. Untuk mencari view malam Kuala Lumpur yang cantik. Di mana lagi kalau bukan Look Out Point di Ampang. Aku memilih satu restaurant makanan ala-ala arab. Aku tak ingat nama restaurant itu.
ini photo yang aku sempat rakam dari tempat kami dinner
(seriously)
Menunya boleh tahan, dan berpatutan harganya. Memandangkan ianya "special night", aku order yang grand sikit (bagi kami la). Pizza, dan segala bagai air yang sedap-sedap. Salah satunya kalau tak silap aku Strawberry Milkshake. Sedap weh.
Tapi the best part of the night ialah semasa aku keluarkan hadiah dari dalam beg kamera aku. Suprise, suprise. Mesti dia tak expect ada hadiah. Hehe. Siap ada kotak dan reben lagi. Hadiahnya? Tak perlulah aku cerita. Biarlah rahsia. Walaupun bukan barang kemas Habib Jewel ataupun kunci kereta Mercedes SLK, namun keikhlasan itu penting. Rasanya sambutan hari jadinya itu berjalan dengan lancar, seperti yang dirancang. Nasib baik tidak sesat masa hendak ke sana.
Mungkin akan kembali ke tempat itu lagi. Mana tahu boleh mengimbau kembali kenangan itu?

Bagus juga ada contest untuk Nuffnang special screening Date Night ini,
dapat juga aku ingat kembali kisah "Date Night" aku dan si dia itu.
Hendak join? Klik saja link yang ada tu





























+Wallpapers+1.jpg)


