Showing posts with label Rambling. Show all posts
Showing posts with label Rambling. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Maka..


maka..
Samir Nasri nak beraya di Manchester. Zakat jangan lupa bayaq tau

maka..
tinggal 2 hari lagi nak kerja sebelum pulang beraya

maka..
mood dah ke laut, masing-masing makan gaji buta je..(ish ish ish..tak baik tau)

maka..
kalau nak ke sabah, janganlah naik basikal.

maka..
gitu lah gamaknya

Contoh Kejahatan di Bulan Ramadhan..

..iaitu seperti membawa Galaxy Tab 10.1 yang baru dibeli dengan harga RM999, skrin masih lagi dengan plastik yang belum dibuka ke ofis di siang hari dengan tujuan menambahkan sengsara di hati insan-insan lain. Maka dengan ini aku labelkan perbuatan itu sebagai satu kejahatan di bulan ramadhan


Sekian terima kasih. Adoi lalat, maafkan saya.

Tuesday, August 23, 2011

Tolong Jangan Cari Fasal Di Bulan Yang Mulia Ini

Kehadapan awak yang berkenaan,

Kiteww nak beri amaran, kepada pemilik-pemilik Samsung Galaxy Tab 10.1, tolong jangan bawak gajet canggih-manggih awak tu ke ofis dan tunjuk kat kiteww. Ini dah kira main kasar ni. Mentang-mentang dapat beli dengan harga RM999 jer. Pastu plastik cover pun tak bukak lagi. Hadoihh..

Kiteww hate u Samsung. Tak pasal-pasal hati kiteww gundah gulana melihatkan kehebatan gajet mu itu. Jauh lebih hebat dari iped2 buatan buah apple. Nipis, ringan, dan macam-macam lagi lah..Dah lah esok nak dapat gaji, tak baik tau mainkan jiwa dan perasaan kiteww.


Yang benar,
Kiteww-kiteww jer
Shah Alam.

Saturday, July 9, 2011

Tak Sabar Nak Tengok Sarkas Kat KL esok

ahh aku tak suka tulis pasal politik sangat, tapi..

Bersih, bersih, bersih. tak habis-habis.
Hakk ptuiihh!

Bikin panas sama rakyat Malaysia. Ambiga punya pasal, satu Kolumpo sesak. Kononnya menuntut pilihanraya yang adil, berselindung disebalik perkataan "Bersih" dan perjuangan Demokrasi. Pigidah. Semua orang faham ini kerja politik dengan agenda tertentu. 

Jangan dok kata la perhimpunan aman. Macam tak biasa je korang ni dengan situasi politik di Malaysia. Bila ada penglibatan parti politik khususnya Parti Keadilan dalam kelompok so call NGO ni, mesti akan ada kekecohan. Dah lupa ke kejadian kat Masjid Amru Al-As? Macam tu ke gaya nak buat perhimpunan Aman di jalanraya? Kalau dalam masjid pun tak boleh kawal diri, especially ketua AMK tu ape cite beb. Terkinja-kinja dalam masjid. Takde adab. 

Esok yang turun 100% pasti mostly bangsa Melayu. Sebab apa? Sebab kita mudah dipermainkan. Sama macam brader AC tipu orang melayu dengan gelang ajaib dia. Bersih ni umpama orang jual produk MLM yang kononnya berunsur Islamik pada harga yang tak munasabah. Tapi orang tetap beli, sebab percaya dengan tipu helah penjual dengan dalil-dalil dia. Macam Bersih ni, dah tau si pengerusi dia tu ada history yang kurang enak pada penganut Islam di Malaysia, tapi orang sokong gak. Sebab apa??? sebab salahguna term BERSIH, sebab DEMOKRASI. Kononnya lah kan.

Bersih ni nak perjuang demokrasi apa kejadah? Bila MB Selangor dah offer Stadium Shah Alam untuk buat perhimpunan, kenapa tak nak terima? Kalau benar nak buat secara aman, mereka sepatutnya dah terima tawaran tu. Dengan kawasan yang lebih luas, takda masalah nak kumpul beratus ribu orang pun. Tetapi mereka pandai, kalau rosak harta benda di Selangor, kerajaan PR Khalid yang kena tanggung. Jadi option terbaik, bikin provokasi dalam Kuala Lumpur. Lebih banyak Embassy ada, lebih banyak media international boleh cover. Ini taktik. Nanti sudah pasti ada mangkuk ayon pegang sepanduk "The World Is Watching" macam kes Mesyuarat Bawah Pokok kat Perak tu. 

Sekalung Tahniah kepada Anwar Ibrahim, mungkin ini je cara terakhir nak dapatkan Putrajaya yang pernah dia janjikan pada semua err..hampir 3 tahun dulu eh? So bila dia dapat je Putrajaya nanti, hari ke-2 tu minyak boleh turun 50sen ek? Yey yey sukanyerrr. Eh jangan lupa plak 16 Julai nanti tau.

Oh by the way, lepas BERSIH ni tamat.. aku nak buat proposal anjurkan satu demo aman Gabungan Perbicaraan Mahkamah Tanpa Tangguh-tangguh lagi Walaupun dah Kantoi ada Video (TANGGUH) ... nak berarak dari Apartment Tivoli Villa dan hantar memorandum kat Karpal Singh supaya jangan tangguh-tangguh lagi kes anak guamnya yang pernah disuruh Bertaubat itu.


Hambik. Puas hati aku. This will be my last post on this Bersih shit. Agenda politik gila Ahli-ahli YB Malaysia ni punya pasal, kucar-kacir satu Malaysia. Yang kaya tetap Anwar Ibrahim, Khairy Jamaludin, Ibrahim Ali, Ambiga, Mat Sabu & lain-lain. Depa duit lebat, rakyat jadi sesat. 

Kepada rakan-rakan yang tak pernah mengundi tapi sibuk nak pergi jugak esok, padan muka aku cakap siap-siap kalau kena tangkap dan tembak air pedih. Oh, tolong kira sekali berapa ramai orang Melayu, Cina dan India yang join esok ya? (minus Tian Chua tau..sebab dia memang konfem kat front page nanti)

#BELIABENCIPOLITIK

Thursday, March 3, 2011

Sedetik Lebih Kurang

Photobucket

Tajuk takde kena mengena. 

Normal la kan? Suka letak tajuk nak tarik perhatian orang, tapi isi lansung tak ada kena mengena. Get it?

Sekadar nak menulis ucapan terima kasih, sebab masih ada yang sudi datang baca blog ini. Nampaknya entri tentang kereta masih popular rupanya. Walaupun kat sini tak ada entri tips-tips membanyakkan traffic (untuk mendapat duit yang banyak), atau entri maki hamun, atau pun entri vlog tersipu-sipu malu. I'm not into that.

Bukan bermakna aku stop blogging, I've been blogging since SPM dulu pun (not here obviously), plus even ada domain sendiri (cuma dah expired lama dah). Bukan ketandusan idea, tapi kekurangan masa. Aku sebenarnya kagum dengan mereka-mereka yang begitu aktif blogging, twitter, join activity sana sini dan sebagainya walaupun ada anak bini dan ada komitmen kerja. Memang hebat.

So income Nuffnang akan menjadi lebih slow dari sebelum ini. Takde la kemaruk sangat. Apa yang dapat, kita terima dan syukur dengan rezeki tu. Bukan ke semua orang kata kita blogging ni sebab "ikhlas nak berkongsi" bukan nak "kejar traffic dan populariti" kan kan? ini ayat aku belajar dari otai-otai blogging nih.

Jadi kesimpulannya, terima kasih kerana masih ada yang sudi baca, dan komen. InsyaAllah akan ada update dari masa ke semasa bila dah settle down semua perkara.

Terima kasih, ありがとう!

//this is my personal opinion. no names mentioned in this post. so janganlah cepat melatah yer?

Thursday, December 9, 2010

Ayah Minta Tolong

Tadi aku dapat sms ni kat modem broadband aku. Ya, nombor broadband aku.

Kesian ayah kan?, takda sapa nak tolong dia kat balai police.

Kalau ada sesiapa yang nak tolong, ta payah call..sebab sekejap ayah call blik.

Hahaha..

LAME tactic. Kalau ada gak yang terkena mmg seriously dumb dumb.

Name:
Number: +6285223712453
Content:
Ini ayah Tolong bagi topped up 50RM ke numbor baru ayah 0128115902
ayah ada mslah di balai police.
ta payah call sekejap ayah call blik.
Time: 09/12/2010 10:38:28



Photobucket 

BOOOORINGGG

Thursday, November 25, 2010

Dah Lama Tak Berbahasa Jepun

O hai
Dah lama aku tak update Nihongo 101 aku. Aku pun hampir terlupa aku ada buat ruangan belajar bahasa. Maybe sebab hanya laptop di rumah ada language pack untuk tulisan Jepun. Tak install kat PC lain.

Rasa cam nak mula balik tulis entri Nihongo 101. Korang ada nak request perkataan Jepun tak? JPOP 101 pun aku dah lama tak sambung. Hmmm...

Photobucket
sungguh sopan kucing ini


Sore jya na!

Di Mana Babinya?

Photobucket
gambar kredit H.Metro

Sebelum apa-apa terjadi..soalan :
Di Mana Babinya?

Semalam Harian Metro (akhbar rasmi dR Rozmey) ada tajuk utama berkenaan "Sejadah Corak Babi". Apa lagi, bloggers copy paste pun beria-ia paste artikel tu dalam blog mereka. Pung pang pung pang dok cerita pasal corak yang kononnya berupa babi itu. Rata-rata komentar semua menyokong bulat-bulat cerita tu.

Tapi bila aku tengok balik, tang mana yang kecoh kata corak babi tu? Aku tengok pat lima kali nam kali tujuh kali lapan lima puloh enam pun, tak nampak babi pun. Serius. Apa yang aku nampak hanyalah corak abstrak yang biasa dilihat di sejadah.

Basicly, ini masalah tafsiran mata masing-masing je. Kalau babi yang dia nak nampak, maka otak dia akan kata babiiii je la sepanjang masa. Walaupun kita tau babi rupanya macam ni :

Photobucket
Sama juga lah dengan gambar-gambar ilusi optik yang lain. Macam tak biasa je korang ni. 
Contohnya gambar nih :

Photobucket
Apa yang korang nampak? Lampu ke G-String?
It's just your mind playing tricks on you


Aku tak faham kenapa benda remeh macam ni nak dijadikan headline besar. Lagi satu, pakcik tu beli sejadah dah 6 bulan. Bermakna selama 6 bulan, dia melihat sejadah tu dan dia tak rasa pun corak tu macam babi kan? Cuma bila ada anak saudara dia tafsirkan corak tu sebagai babi, otomatik dia pun nak kata corak tu babi. Rasanya begitulah kut ek?

Faktor godaan syaitan pun tak boleh diabaikan 100%. Setan kan suka ganggu kita. Memang dah KPI dia pun. Apatah lagi bila tiba waktu kita nak solat. Setuju tak? Time nak solat la dia nak menguapkan kita, sampai corak di sejadah pun dia boleh buatkan kita rasa was-was. Last-last kita lewatkan solat, paling kronik tak solat lansung.

Jadi apa yang aku nak katakan kat sini, tolonglah jangan cepat sangat melatah. Jangan sensasikan berita. Aku tau cerita macam ni trademark Harian Metro. Tapi dia punya kesan besar woo. Macam kisah video malaikat singgah di Kaabah tu. Ingat lagi tak? Silap hari bulan boleh tergugat akidah kita..

Baca dengan nada yang tenang dan fikir-fikirkanlah. Aku tak kata pendapat aku 100% betul, tapi kalau ada yang berpendapat lain, sila tinggalkan komen.


Photobucket
Ok..nampak cam babi ke cam kucing?


Kthnxbye

Pesanan Penaja :
Belilah sejadah yang bercorak mudah. Simple and plain. Sebelum beli, pastikan dah telilti corak sebelum membuat bayaran.

Saturday, November 20, 2010

Kenapa Aku Tak Nak Tengok Filem 2Alam

Tonton 2 Alam di panggung? No way man!
  1. Ada lagi banyak filem tempatan yang jauh lebih bagus dari 2 Alam.
  2. Menyampah dengan iklan gaya bongkak dan berlagak dR Rozmey.
  3. Boleh download filem 2 Alam tak lama nanti, itu pun belum tentu nak download lagi.
Sorry dR Rozmey (entah kenapa mesti d huruf kecil), ini semua salah kamu. Kalau kamu bersikap low-profile seperti penerbit filem lain di Malaysia, aku tak ada masalah lansung nak pergi tengok filem di panggung wayang. Tapi selepas apa yang kamu dah buat, aku lebih rela bayar RM10 dan tonton filem Appalam dalam bahasa tamil di panggung wayang.


Photobucket
nak gelak ketawa? klik untuk tumbesaran pecah pungkoq


Tsunami? Gegak gempita? RM40 Juta? Tolonglah balik ke pangkal jalan. Nak buat bisnes biarlah relevan sikit. Better tumpukan kepada bisnes Jusmate5 anda. Serahkan industri perfileman kepada yang pakar. 

Lepas ni apa? Pamela Anderson?... aku rasa ko maksudkan Lana Nordin kan? Hahahaha

Photobucket

Kthxbye.

Wednesday, November 10, 2010

Cium Bontot

Di suatu pagi yang indah..
Kaki melangkah ke petak yang menempatkan kenderaan ruji aku ke tempat kerja. kunci ditusuk dan diputarkan. Enjin pun ditala. Memandu ke tempat kerja.
Ok semacam je tatabahasa aku kali ni.

Sebenarnya kisah yang berlaku pagi tadi ketika menuju ke tempat kerja. Sedang aku menunggu di simpang traffic light yang sedang merah, tak semena-mena..

"Gedebuk!"

Mula-mula buat tak tahu. Ingatkah bunyi lori besar yang berada di lorong bertentangan. Sekali aku pandang kat rear view mirror, "apahal ramai orang belakang kereta aku ni?"

Sekali ada awek moto tergolek dot belakang kete aku. Konfius aku kejap. Hujan takde, ribut takde awek tu terbabas langgar belakang kereta aku. Lebih kurang macam ni lah..

Photobucket
Jalan 3 lane, semua lane penuh kereta 

Macamana berlaku masih menjadi misteri. Dari arah kiri moto tu datang, dan ditemui terbabas dalam keadaan macam tu. Awek penunggang motor tu cedera sikit, sebab kaki dia tersepit bawah motor dia. Pembonceng ok sempat selamatkan diri. Kesan perlanggaran kat kereta aku sangat minimal. Bermakna dia dalam kelajuan yang perlahan. Cuma aku masih tak faham kenapa dia jatuh. Ruang tu sebenarnya sempit, sebab ada kereta depan belakang.

Aku tolong sama dengan der der lain angkat awek motor tu sebelum sambung ke tempat kerja. Harap-harap awek berdua tu selamat dan mendapat rawatan di klinik.

Photobucket
tercalit sikit kesan tayar kat bumper aku. tapi takde kemek. 



Begitulah kisah cium bontot di pagi hari.

Kthnxbye.

Photobucket

Friday, October 29, 2010

Terkentut Sambil Menaip

Dulu-dulu

Ring-ring-ring!! (telefon kat ruang tamu berbunyi)

Amar (Boipren) : Hello..Assalamualaikum
Mak Awek : Waalaikumsalam.
Amar (Boipren) : Boleh saya cakap dengan Chinta (awek saya) ?
Mak Awek : Siapa ni? (kalau nasib tak baik suara dah tinggi time ni)
Amar (Boipren) : Saya kawan dia makcik, nama Amar
Mak Awek : Tunggu kejap ye...Chintaaaaaaaaaa!!! Kawan kamu ni..Amar talipooooonnnnn!

Berlari-lari ke telefon. Tapi kena cakap bisik2. Sebab mak ada dekat ruang tamu.
Lepas tu takleh lama-lama. Paling lama pun 10minit. Lebih dari tu, konfem kena maki.
Silap-silap Bapak tengah dengar dekat telefon lagi satu dalam master bedroom...

+ + + + + + +

Sekarang

Sudahh la sudahh ku harus pergiii..jangan kau tangisiiii (ringtone iPhone 4 si awek berbunyi)

Boipren : U, kenapa lambat angkat phone?? (sambil golek kat katil..to the left to the left)
Awek : Alaa U ni, I tengah FB chat tadi dengan my BFF la..very the bz (guling to right)
Boipren : U dah makan? (peluk teddy bear awek bagi beli kat Jusco)
Awek : Dah. U? (dok tenung gambar kat frame bentuk love tepi katil)
Boipren : Belum. I teringat kat U. Rindu giler ni. Tu yang call U..sian I tau (tutup muka dengan bantal)
Awek : Alalala keshian dia..U tak lapar ke? (muka monyok ala-ala concern)
Boipren : Lapar jugak, tapi lepas dengar suara U..jadi tak lapar pulak tauu (tersengih-sengih tahan perut berbunyi krukk krukk)

..berlarutan sampai 2.5jam. Itu pun sebab bateri phone nokia si boipren bunyi Tududuuu..
Berpeluh telinga gayut telefon. Pastu pegi kat facebook update status:

"Aww, sweet sangat u.." - terus si boipren comment : "i miss u lagi"
berbalas2 sampai 52 comments.

Oh tak lupa juga.. tweet "gayut tepon 2 jam lebey dengan hubby..oh i like" (ceh hubby konon)
si boipren pulak RT laju-laju.

Oh Em Gee! Pfffttttt! Pendek kata tak berenti.

Padahal, di dapur..Mak si awek dok ingat anak dia tengah belajar dan buat homework dalam bilik dengan kusyuk sekali. (konon-konon rajin tutup lampu bilik pasang study lamp..)

Dua-dua belum abis SPM pun. Caiss


Inilah realiti kehidupan sekarang. Scary kan?

Photobucket


//Tajuk entri adalah rekaan semata-mata. kthxbye

Thursday, October 28, 2010

Bukan Rayuan Gombal

Teeetttt! Takde lirik lagu dalam entri ini. WTF aku sendiri tak tahu menahu dari mana datangnya tajuk tu. Siapa taip pun aku tak pasti. Memang magika (demit tak sempat tengok lagi)

Oh, dah lama tak aktif blogging. Tapi sebenarnya sejak minggu lepas. It struck u deep man (speaking dah). Kebetulan pula ditambah dengan kombinasi kerja menjadi sibuk minggu ni. Projek tengah rancak, penat dan sebagainya.

Didyumishme? Oh stoppittt. Noneedtomishme. I'm just taking a break. My life is out there. Out in the open. Not here. Dalam dunia yang penuh pancaroba (cam lahanat je sandiwara aku kali ni)

kthxbye.
in the mean time, pergilah spam formspring aku. at least i have something to update later. HAHA

Photobucket
yez, I'z stuck wit werks..lots of werks

Wednesday, October 6, 2010

Hai Obat..Hai Obat (Hai-O)

Bangun pagi dengan berat sekali (berat badan aku ideal ok). Sarapan dengan berkhasiat. Kemudian sebelum keluar rumah, aku sambar satu botol berisi cecair hitam (bukan kicap kipas udang). Aku goncang, goncang..lalu dituangkan sikit atas sudu besar.

NGAP aku telan.

Photobucket
Ubat Batok Satu Sudu Besar Pagi-pagi

Kesudahannya...
memang tangkap lentoq aku hari ini. Mata layu rasa nak tido. Apsal la doktor bagi MC satu hari je?


Photobucket
Tahannnn...tahannn... rasa nak tido masa lunch..tapi laparrr plakk

Thursday, September 23, 2010

Kecelakaan Continues

Imagine. (background music : Imagine - John Lennon)

Bangun awal untuk sahur dengan gembira, menikmati hidangan telur mata kerbau diapit dengan roti gardenia fluffy. Dua keping daging kicap masakan mak aku masa raya diselitkan ala prosperity burger.

BlackBerry, mandi, Subuh dengan gembira. Terus bersiap-siap dan tak lupa memicit dua kali picu minyak wangi CK ke badan. Wah sungguh gembira dan bersemangat untuk ke tempat kerja.

Keluar dan mengunci pintu rumah. Menuju ke lif dengan gembira sehingga......

Ting! Lif sampai


Wait for it...


Photobucket
BWAAAARGHHHHH!!! 

ASAP! ASAP!

Waddehel. Pagi-pagi aku disambut dengan asap rokok. Ada la dalam 4 orang kut pemuda harapan bangsa dengan loghat yang terkenal, baru selesai merokok. Lif tu berbau kepam siot. Abu rokok masih segar di lantai lif. Nak tak nak aku dan wife kena masuk, sebab nak tunggu next lif memang lambat. Tengah morning rush kan.

Pffftt!! There goes my CK perfume smell!! Cilakaa aaa wehhh. Lif bukan tandassss!!!

Photobucket
Yeah Dude. Angry. ANGERY!

Saturday, September 18, 2010

Kecelakaan

It took 30 days to lose 3kgs.
Only 7 days to gain back 2.5kgs.

Shessh!

Thursday, September 9, 2010

No More Raya SMS For You

Transkripsi SMS Raya semalam :

Aku : Salam Aidilfitri Geng, Maaf Zahir Batin kalau ada salah silap semasa bekerja. Selamat bercuti dan jumpa di ofis nanti. Kalau nak lepak nanti roger2 lah. [152/160]

Ofismate : tq. [3/160]

Whut?
Mengecewakan.


Photobucket
No. No more raya SMS after that.

Monday, September 6, 2010

Tajuk Utama Akhbar 2 Syawal Nanti

Photobucket
source

Seperti biasa, bila aku tidak ada benda nak buat mulalah kepala otak jadi aktif. Macam cerita "Early Edition", aku nak ramalkan tajuk-tajuk akhbar utama negara masa cuti raya nanti. Jadi taklah aku culture shock membaca berita dalam negeri. Pagi tadi aku dah twit-twit kandungan yang sama. Saja nak jadikan entri blog.

Antara tajuk-tajuk yang pasti hangat. (sapa nak kaya, silalah guna keyword ini nanti. Mesti trafik up punya..haha)
"Warga Asing Penuhi Kuala Lumpur" - Berita Hairan
"Lebuhraya sesak dengan kereta, Kuala Lumpur sesak dengan warga asing" - Otosan Malaysia
"GSC Midvalley berbau kepam" - Haria Metrojaya 
"Bangla Berpesta di Kota" - Kosmos
Dan bermacam lagi. Tak percaya?.... Tak payah percaya. Ini sekadar hiburan untuk semua. Haha

Kesimpulannya keyword untuk Hari Raya nanti ialah "Warga Asing".

Thursday, August 26, 2010

Menyirap Dengan Brader Ni

Photobucket

Setiap kali aku nak click button refresh, atau pun back, atau pun home..mesti kena hover atas kepala brader ini. Kalau senyap tak mengapa, setiap kali hover keluar bunyi "Merdeka". Damn it's repetitive, dan agak terkejut kalau tengah browse dengan kadar volume yang tinggi.

Sebelum ini dah kena masa musim World Cup. Ada Brader yang terkinja-kinja beraksi kat tepi header Utusan tu buat volley bagai. Nasib baik tak keluar bunyi vuvuzela kuat gila.

Bukan tak suka dengar laungan "Merdeka". Tapi aku rasa patut reposition balik watak brader tu, atau pun make it sound once every page load. Takkan setiap kali hover nak menjerit "Merdeka, Merdeka". Letih lah pakcik tu, telinga aku pun letih juga nak dengar.

Setuju? Tak setuju takpa. Apa-apa pun, Selamat Hari Merdeka!

Smartphones Melahirkan Generasi Kurang Sopan?

Photobucket
Blackberry, iPhone, Android, WinMo dan sebagainya

Aku seorang pengguna smartphone. Ada kemudahan Wifi, Bluetooth, Mobile Office disamping fungsi-fungsi biasa dalam sebuah telefon bimbit. Lama-kelamaan aku perhatikan kewujudan smartphone ini membawa satu tabiat buruk dalam generasi muda sekarang. Ya, aku setuju ia satu kemajuan teknologi yang sukar dielakkan. Tetapi sudah kelihatan kesan jangka panjangnya.

Nanti aku ulas lebih lanjut. Sementara itu, nak tanya pendapat korang..setuju tak? Jom kita bincang cara baik. Nak tahu juga pandangan orang lain dalam hal ini.

Friday, August 6, 2010

Blackberry Dan Kehidupan Seharian

Blackberry. Kegilaan ramai remaja masa kini. Apakah kelebihannya digunakan dengan bijak? Kerana aku perhatikan ramai yang menggunakan Blackberry ini lebih banyak menghabiskan masa buka Facebook dan chatting dengan BBM Service. Pendek kata, lebih banyak masa dihabiskan dengan telefon Blackberry.

Aku merasa sangat pelik melihat gelagat rakan-rakan tak kira di pejabat mahupun di luar yang seolah-olah ketagih dengan Blackberry ini. Aku yang guna phone ada WIFI pun cepat rasa bosan surfing. Apalah nak nampak dengan skrin kecil, sakit mata adalah. Perlu ke "get connected" sentiasa? Macam tak ada life je..segala aktivity nak dilaporkan kepada dunia. 

p/s : Budak-budak sekolah pun dah ada yang guna Blackberry. Macam tak sesuai je kan. Setuju?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Related Posts with Thumbnails