Showing posts with label Summer. Show all posts
Showing posts with label Summer. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Musim Panas Jepun Memang Membunuh

TOKYO: Sekurang-kurangnya 66 orang maut manakala 15,000 lagi dirawat di hospital kerana tidak tahan dengan cuaca panas sejak dua bulan lalu di Jepun.

Suhu luar biasa tinggi bermula sejak berakhirnya musim hujan awal bulan ini dengan suhu mencapai 35 darjah Celcius atau lebih tinggi di 90 peratus daripada 920 kawasan yang dipantau pihak berkuasa. Laporan itu disiarkan oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun mengenai kesan kepanasan melampau sehingga Ahad lalu.

Peh, nasib baik aku dah pulang ke Malaysia. Summer time di Jepun memang menyeksakan badan. Panas terik dan kering. Rumah di Jepun bukan semuanya dibuat dari batu. Bahang dari dinding kayu+foam memang membakar. Termometer yang ada pada unit aircond di rumah aku dulu pernah "ERROR" sebab suhu dalam rumah melebihi 40 darjah celcius. Balik dari kuliah, kena bukak ventilation fan, bukak tingkap dan pintu, on aircond at least 10 minit baru boleh masuk rumah. Kalau terus terjah (especially time sakit perut), boleh pening kepala macam migrain.
lebih kurang begini layout rumah aku dulu

+ + + + + + +

Kawasan mencatat suhu tertinggi ialah daerah Tajimi di wilayah Gifu dengan 38.1 darjah Celcius diikuti Sakuma di wilayah Shizuoka (37.9 darjah Celcius).
Secara rasminya, suhu tertinggi pada bulan Julai direkodkan di Okazaki, wilayah Aichi dengan 37.7 darjah Celcius dan Kyotanabe di wilayah Kyoto, 37.3 Celcius.
Sepanas-panas Malaysia, rasanya tidaklah seteruk cuaca "Summer" di luar negara. Dengarnya di negara Iran, waktu bekerja bagi kilang hanya setakat 7am - 1pm sahaja. Kerana cuaca terlalu panas, bekalan elektrik kilang dihentikan selepas 1pm untuk memastikan bekalan elektrik ke rumah-rumah/hotel dan shopping complex yang hampir kesemuanya memasang air-cond.

p/s : jangan cerita tentang "panas neraka" ya.

SOURCE : gambar dari BBC
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Related Posts with Thumbnails