PARAGUAY vs JAPAN
[ 0 - 0 ]
Paraguay advance after winning 5-3 on penalty shootout
Japan menamatkan saingan World Cup apabila tewas kepada Paraguay dengan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan. Permainan agak bosan, bila kedua-dua bermain dengan selamba pada first half. Takut-takut agaknya. Shoot on goal pun tak banyak. Ada la satu dua percubaan dari Matsui yang terkena palang gol. Banyak betul bola kena palang dalam World Cup kali ini. Bola Jabulani tu memang suka palang gol kut. Paliang betul.
Japan tewas apabila pemainnya Yuichi Komano gagal menyempurnakan sepakan penalti. Paraguay menang 5-3 apabila semua pemain mereka berjaya menyepak dengan cool sekali.
Komano keliru tiang gol bola dan tiang ragbi
(original photo from soccernet.com)
Pemain Japan rasa tiang gol di South Africa sedikit rendah
daripada standard di Japan
(original photo from soccernet.com)
Penyokong sedang menanti kelibat Komano, mungkin PakYa (Yakuza)
pun sudah ramai menanti di luar stadium
(original photo from soccernet.com)
+ + + + + + +
SPAIN vs PORTUGAL
[ 1 - 0 ]
SPA | David Villa
Spain menepati ramalan apabila menang tipis dengan Portugal semalam. Gol kemenangan dijaringkan oleh David Villa selepas gerakan cantik di dalam kawasan penalti. Portugal pula bermain dengan 10 orang di minit akhir permainan apabila Ricardo Costa dikenakan kad merah. Jadi Spain akan bertemu Paraguay dalam pusingan suku akhir 4 Julai nanti. Subkidin jadi referee tak? Tapi rasanya kalau Suku Akhir pun tak kasi Live memang saja je RTM ni.
Ronaldo nak cover malu, buat-buat tido di tengah padang. Seolah-olah
sedang bermimpi menang dengan Spain
(original photo from soccernet.com)
+ + + + + + +
Sambil-sambil tu kita bergelak ketawa dengan video ini. Vuvuzela rules!! Haha
4 feedbacks:
habis sudah wakil asia, sat lagi balik bungkuih kain nooo
tak syok bila jepun kalah... tapi cukup suka bila portugal kalah... :)
sedih wakil asia dah terkulai..tp gembira actor terbaik capedevilla..rampah tahkta dari ronaldo
vuvuzela rules...haha
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan