Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Maybe it's time to..

Photobucket

Tuesday, October 11, 2011

Cerita Pasal Lagu A a a a aishiteru

Artis Indonesia memang cukup pakar dengan lagu-lagu berkonsepkan jiwang karat. Asal lagu yang catchy dan jiwang je mesti datang dari seberang. Apakah level of jiwangness mereka lebih mendalam dari kita? Contohnya la, lagu Ungu - Percaya Padaku, pastu yang terbaru Zivilia - Aishiteru. Mula-mula aku dengar lagu ni macam kelakor je bunyinya. A a a a aaa aishiteruu.. gitu ler lebih kurang. Macam tak cukup nafas je nak nyanyi. Tapi lama-lama dengar cam laayan pulak. Dengan gabungan bahasa jepun dalam lirik dia, pendek kata kreatif la. Aku ni pantang ada unsur Japanese, cepat je aku tertarik. Haha

Masa part jepun tu pun, mendalam maksudnya weh..

Kimi ga tooku ni itemo
Kono omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo, shinjiteru yo


Maksud lirik Jepun lebih kurang macam ni la :
Walaupun kamu berada jauh sekalipun
Perasaan ini tetap bersama
Percayalah, percayalah

Apa lagi, la la la la layan je lah lagu ni..

+ + + + + + +


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat kuharus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus
Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus
Bertahan saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru

Brige:
Saat kusendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani
Kenyataan hidup ini tanpa ghairah
Ou... o...
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni itemo
Kino omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo, shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... ku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru..


Wednesday, August 24, 2011

Maka..


maka..
Samir Nasri nak beraya di Manchester. Zakat jangan lupa bayaq tau

maka..
tinggal 2 hari lagi nak kerja sebelum pulang beraya

maka..
mood dah ke laut, masing-masing makan gaji buta je..(ish ish ish..tak baik tau)

maka..
kalau nak ke sabah, janganlah naik basikal.

maka..
gitu lah gamaknya

Monday, August 22, 2011

Hardcore, Softcore



Kanak-kanak sekalian,


Hardcore : Teras yang Keras

Softcore : Teras yang Lembut


Sekian. Terima kasih

Thursday, August 11, 2011

Kain Pelikat Juadah Berbuka


Ginilah gaya kalau dah kena bertugas di oversea waktu bulan puasa. Lainlah kalau study di obersea. Itu sudah lain pengalamannya, mereka memang dah stabil kehidupan di negara tempat diorang belajar tu, toksah mengada ok. 

Ini satu contoh situasi ketika nak berbuka. Nampak macam hape je kan? Tapi nikmatnya tak terhingga beb. Meh aku senaraikan bahan-bahan untuk mereka yang sibuk nak amik tau. Yang sebelah atas tu kain pelikat, itu pun nak kena ajar ke? Okokok next;

Dari kiri : Nasi segera cap apa ntah, kurma seplastik, rendang dalam tupperware, ayam masak merah brahim dalam tuppeware biru, seeweed (yang kaler gold tu), sambal ikan bilis, acar buah (tapi aku tak makan), air jus oren, air cafe latte yang tin biru tu, air peach yang kaler pink, dan buah-buahan pilihan hati. Fuih konyang beb. Nasi tak payah tambah pun..satu pek tu dah cukup konyang sampai waktu bersahur. 

Bak kata boboiboy, "Terbaekkk"

Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Batang Berjuntai Jadi Bestari Jaya

Sebab dulu selalu kena bahan kalau orang buat lawak.

Begini lawaknya;

"Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang berbulu dan boleh dijumpai di Batang Berjuntai"

Tapi itu dulu, sekarang dah jadi;

"Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang berbulu dan boleh dijumpai di Bestari Jaya"


Jawapan untuk kedua-dua versi di atas ialah Buah Rambutan.

Kthnxbai.

Tuesday, June 28, 2011

Patutlah, Dia Peod Rupanya...



"Mana ko tau?" tanya Fakrol.

"Abih, tiap-tiap bulan tak pernah miss announce kat twitter." jawab Fifi dengan selamba, sambil tunjuk aplikasi twitter pada smartphone mahal dia (baru beli guna duit gaji 3 hari lepas)


+ + + + + + +

Jadi kawan-kawan perempuan, tak perlu lah cerita pasal peod secara terang-terangan kat twitter (FB pun sama) tu. Tiap-tiap bulan plak tuh. Nanti satu kampung tau. Kalau nak sembang dengan kawan-kawan sepeod (timing dekat-dekat sama) sekalipun, gunalah DM.

Cer bayang, cer bayang..tetiba ada budak buat sales (follower twitter kau) tegur kat shopping complex,

"Haii akakk, dah pernah cuba brand ni tak? saya kasi trial sample eh..sambil kenyit mata" pehhh Fifi buat direct selling plakkk

p/s : Peod tu bukan bermaksud Price Elasticity of Demand tau.. (err ape kah itu?)

Thursday, June 23, 2011

Bersih Lah Sangat

Photobucket


Aku tak nampak apa-apa kebaikan daripada demonstrasi Bersih 2.0 yang nak buat 9 Julai nanti. Kecuali bagaimana ribuan bangsa Melayu (majoritinya umat Islam) dipergunakan oleh seorang peguam bernama Ambiga. Siapa Ambiga ni? Pegi la google sendiri.

Tengah hari tadi ada news update yang terdapat sebaran sms ugut bunuh si Ambiga ni. Hahaha lawak doh. Aku macam biasa dengar je kes sms ugut-ugut ni. Modus operandi sama macam Al-Sheikh dan family. Apa susah Ambiga, lari je ke kedutaan Turki.

Photobucket

Monday, May 23, 2011

Air Asia "Everyone Can Fly, But Not Everyone Can Access Our Server"

Big Sale la konon. 

Kalau orang takleh access macamana nak beli tiket? Ape kejadahnya weh. Bila dah taip segala macam details semua, bila tekan butang magik proceed dengan machonya................ ERROOOORRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!

Cuba lagi sekali,
taip segala macam details semua, bila tekan butang magik proceed dengan machonya................ ERROOOORRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!

Aaaahhh...
Cuba lagi sekali,
terus keluar anak-beranak lebah ni

Photobucket

Entah-entah Air Asia ni gila trafik kut. Saje buat sale gempak yang tak berapa nak gempak tu..Lepas tu tunggu trafik datang ke website dia. Hahahaha gila imaginasi tinggi..tapi tak mustahil ye tak..itu kut sumber income dia..wakakaka

Ahhh frust btol..abis satu ofis emo sebab takleh beli tiket Air Asia.

"Now Everyone Can Fly.. but not everyone can access our server"

Tuesday, May 17, 2011

Kerja di Hari Cuti

Photobucket


Tuesday, May 10, 2011

Teknik Menjawab Dengan Bos

Keje mencari nafkah kat bandar metropolitan seperti di Lembah Klang ni memang mencabar. Lambat sikit keluar rumah, sangkut dalam traffic jam. Lewat sikit balik dari ofis, sangkut traffic jam. Pendek kata dalam 24jam sehari, 2-3 jam dihabiskan atas jalan raya.

Masalah traffic jam ni menjadi punca ramai nak pulang ke rumah cepat. Jadi bila loceng waktu balik bunyi je, dah beratur kat punch card nak balik (waktu balik aku 5.30pm). Masalah di sini bila bos-bos mempersoalkan kenapa kita balik awal (padahal waktu pejabat dah abis kan?)

Mari lihat contoh perbualan :

Pekerja Contoh : "Balik dulu bos."
Bos Gaji 5 digit : "Aih, awal balik. Baru 5.30pm ni, aku dolu-dolu mana ada balik awal macam kau orang. Paling awal 6pm, lewat-lewat pun 7.30pm"

Aaa..kat sini ada pelbagai cara nak tangkis serangan Bos.

Jawapan straight to the point :
"Nak ambil anak kat nursery." - sambil buat mata besar macam Puss In Boots (Shrek)

Jawapan sinis tapi penuh fakta :
"Gaji saya dibayar sampai 5.30pm je bos." - sambil buat muka cebik tapi jelir lidah 1cm ke depan

Jawapan panjang lebar penuh kuajaq tapi betul :
"Bos cakap senang la, 10 tahun dulu bos keje mana ada traffic jam macam sekarang. Lagipun zaman bos dulu orang rumah tak perlu keje, tak payah hantar anak ke nursery. Sekarang ni dah jadi bos memang la tak kisah balik lambat. Sebab anak dah besar pegi skolah semua, dapat gaji mantap, balik rumah lauk semua dah siap sebab ada orang gaji lagi. Ada betul? Jadi bos toksahlah sibuk nak banding zaman bos kerja dulu dengan kami sekarang." - sambil buat donno je, pastu blah


Okeh, jawapan ketiga tu memang kuajaq. Tapi itulah hakikatnya. Bukan kita tak mahu kerja lebih masa, tapi realitinya, banyak perbezaan zaman mereka dengan kita. Bos-bos yang dah lama kerja ni, kebanyakkannya tinggal berhampiran dengan ofis. Berbanding kita-kita yang masih baru ni, ada yang menyewa jauh di luar lembah klang, ada yang kena naik tol turun tol, yelah mana nak jumpa rumah-rumah berhampiran tempat kerja..susah weh. Jadi bos-bos kenalah prihatin sikit. Jangan asyik nak sembur je, bagilah semangat kat pekerja..dan paling best sekali bagilah bonus.

Sekian.

*kisah di atas adalah rekaan semata-mata berdasarkan kisah benar (eh rekaan ke benar-benar nih?). Jangan mengada nak politikkan isu ni yer. Hahaha


Thursday, May 5, 2011

John Terry Pun Ditarik Gelaran Kapten England..


Sometimes, we have to think rationally not emotionally. Don't just deny and delay things up, be a man and prove it.

"Be a man, do the right thing!" - Russel Peters.


Tuesday, April 26, 2011

Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel

Photobucket

Tajuk sangatlah penting, sampai perlu diberi penekanan sebanyak dua kali. Especially bila ada perkataan bogel, KOSMO pun ada kala nak lawan Harian Metro juga. Jadi anda tidak silap, memang Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel. Macam chorus lagu yang perlu di ulang 2x.

Hujah Yang Mungkin Ada Betulnya

"Bila manusia sanggup menjadi broker penggadai KalimahNya semata-mata untuk keuntungan politik, tunggulah Allah akan buka aibnya satu persatu…"

Saturday, April 23, 2011

Merong Maha Wangsa





AKU BELUM TENGOK LAGI WOI!

Monday, April 18, 2011

Nak Bikin Flim Bukuit Kepuing Kena Ada Cek Ribu-ribu

Photobucket

Tak pasti kenapa masih ada orang suka tulis pasal earnings. Aku tak nampak pun entri macam tu sebagai satu "motivasi" kepada blogger baru. Dari sudut macamana aku tengok sekali pun, memang tak nampak. Mungkin motivasi kepada yang gila duit kut.

IMHO, aku rasa entri-entri macam tu dah tak relevan. Boleh menimbulkan fitnah serta unsur riak dalam diri sendiri. Apa yang kita dapat tu, rezeki masing-masing. Kalau niat nak bersedekah, sila lah ke masjid. Tak gitu?

Kthnxbai. #EhTerasaKe

Photobucket

Monday, April 11, 2011

Jadi Rakan Cop Secara Tiba-tiba

Photobucket

Thursday, March 31, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Photobucket

Bonus Tahunan

Photobucket

Tuesday, March 29, 2011

Sembang VLog

Photobucket

Related Posts with Thumbnails