Aku cukup kagum melihat entri mengenai top bloggers di blog GTO Eyriqazz ini. Lihat sajalah jumlah trafik harian top bloggers tu. 4 digit ke atas..all the way. Fuh! Tapi itu semua mungkin agak mustahil bagi blogger baru macam aku. Jadi aku tidak letakkan harapan tinggi setakat ini. Lagipun, lihat sajalah berapa lama masa di ambil oleh Top Bloggers untuk mencapai apa yang dicapai sekarang.
Jadi harapan pertama aku ialah untuk mendapat sekurang-kurangnya 100 unique visits setiap hari. Dan alhamdulillah, aku berjaya mencapai walaupun tidak konsisten. Dan setelah mencapai matlamat pertama itu, aku beralih pula untuk mendapat buffered earnings. Akhirnya berjaya juga mendapat 2 buffered earning dari Nuffnang minggu lepas, tetapi hasilnya tidaklah seberapa.
Terbaca pula entri oleh Eyriqazz tentang konsisten. Membuatkan aku terfikir, adakah blog FTN ini mempunyai loyal readers setiap hari. Mampukah blog ini menarik perhatian sekurang-kurangnya 100 unique visits setiap hari tanpa gagal? Itu semua cabaran buat aku.
minta izin ye bro Eyriqazz. nak cerita tentang konsisten jugak :)
Bermula sekadar untuk cuba-cuba, dan kurang yakin dengan kebolehan menulis blog. Tetapi setelah meneliti tips-tips yang dikongsi oleh ramai bloggers aku sudah mula merasai keseronokan blogging. Dan harapan aku untuk mencapai 4 digit unique visits hari ini. Aku sendiri seperti tidak percaya, mungkin kebetulan kerana beberapa isu yang popular hari ini. Walaupun ia mungkin hanya berlaku hari ini dan sukar berulang pada hari esok. Tetapi ia bakal menjadi satu motivasi penting bagi blog FTN ini.
Jadi, mampukah aku capai angka magik itu? Aku akan beritahu keputusannya esok, sebab malam ini aku nak tonton drama Asmaradana! Kesian Tiz Zaqyah kena kahwin dengan orang lain~