Wednesday, March 31, 2010

Berhati-hati Ketika Mengisi Minyak, Beri Lebih Perhatian Pada Sekeliling Anda

VIDEO REMOVED 
IN RESPECT TO THE FAMILY MEMBERS
AL-FATIHAH


Ini rakaman CCTV Ini kisah kejadian yang berlaku pada malam hari Ahad lalu di Taman Midah, Cheras. Mohd Yusri, 32 mati akibat dilanggar sebuah kereta yang terbabas lalu melanggar mangsa yang sedang mengisi minyak kereta Proton Iswaranya. Pemandu kereta yang merempuh mangsa merupakan seorang wanita berumur 23 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan. Maklumat dari orang awam, pemandu wanita itu dikatakan mabuk ketika kejadian. Punca sebenar masih disiasat. Harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada pemandu yang cuai sehingga menyebabkan kematian orang lain.

Al-fatihah kepada keluarga mangsa.



lokasi kejadian (tq Lang Cheras sebab hightlight)

Petikan dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 29 Mac - Seperti kebiasaan, rutin Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, adalah mengisi minyak keretanya di stesen minyak BHP di Jalan Cheras, Taman Midah. Namun malang menimpanya malam tadi, apabila tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta, Hyundai Getz yang terbabas ketika dia sedang mengisi minyak keretanya.

Akibat rempuhan tersebut, Mohd. Yusri cedera parah di kepala dan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kereta Hyundai Getz itu terbabas dipercayai setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di tepi jalan tersebut.

"Kereta dipandu seorang wanita berusia 23 tahun itu lalu meluru masuk ke stesen minyak tersebut dan merempuh mangsa yang sedang mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dari video cctv aku rasa kereta yang merempuh itu bukan Hyundai Getz, tapi Honda Jazz.
Nasib tidak ada apa-apa letupan berlaku, stesen minyak tu weh, jangan main-main.

UPDATE : Gambar Dari Saksi Kejadian (sumber dari email, credit kepada pemilik gambar)



Related Posts with Thumbnails