Showing posts with label Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Sudahlah..Ayat-ayat Cliche Korang Sudah Selalu Sangat = Boring!

"Semua salah saya kerana asyik sibuk sehingga terlewat menghadiri sesi ukur baju. Akibatnya gaun yang sepatutnya berada di paras lutut sudah berubah ke paras paha pula," ungkapnya.

Luah Zizie lagi, meskipun dia selesa dengan imej seksi semasa zaman anak dara kini, dia mahu melakukan perubahan terhadap imejnya secara perlahan-lahan.

"Niat di hati, saya sudah tidak mahu berpakaian seksi. Saya tidak cakap akan berubah sekelip mata atau secara drastik. Saya mahu perubahan itu berlaku perlahan-lahan."

Wah, sibuknya. Sampai nak ukur baju pun terlewat. Paras lutut jadi paras paha. Alasan yang sangat munasabah! Cet. Cakap sajalah nak pakai seksi. Nak tunjuk paha. Apa susah sangat sampai nak reka alasan-alasan mengarut macam tu?

Sunday, April 4, 2010

225,300 Undi Untuk Siti Nurhaliza - Artis Paling Popular Berita Harian 2009



Ya, dia menang lagi. *Sigh*


p/s : aku kecewa tengok Awie masih setia dengan subang di telinga..

Patutlah Slow Malam Ini, Semua Orang Sibuk Tengok Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian


Malam ini tak guna ping blog, atau promote di twitter. Sebab semua pasti tengah melangut depan TV LCD, TV Plasma, TV kat kedai mamak dan sebagainya kerana menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Jadi trafik blog merundum secara mendadak malam ini. Aku tak kisah sangat. Sebab aku pun sama-sama menonton di TV. Dan ketika aku menulis, artis feberet FTN iaitu Tiz Zaqyah baru saja naik ke pentas menerima anugerah. Kesian dia gugup. Nasib baik Rosyam Nor bijak buat lawak cover line.

Related Posts with Thumbnails