Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts
Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Entri Selepas Bangun Sesudah Sahur : Kenapa Nur Kasih Tak Membosankan Aku


Nuurrr..Nuuuurr Ya Kasihhhh (suara Yassin terngiang-ngiang di telinga)

Sahur tahun ini diceriakan dengan ulang tayang drama Nur Kasih. Walaupun masa itu siri drama itu sudahpun masuk pertengahan cerita. (mungkin kebetulan terkena bulan Ramadhan). Masuk kali ini sudah tiga kali rasanya menonton Nur Kasih di kaca TV. Kenapa tidak bosan?

Faktor Khabir Bhatia
Ini semua sedia maklum, dia ada golden touch. Karya dia mesti lain dan lain. Among the best directors selain arwah Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki dan lain-lain. Filem Sepi, Cinta dan Setem memang best! Cinematografi dalam filem-filemnya pasti ada keunikan tersendiri. Err..cuba try compare dengan Sembilu, Sembilu 2, Sembilu 3, Sembilu Lagi, Sembilu The Return, Sembilu 0 dan segala macam karya Yusof Haslam.

Runut Bunyi Yang Menggoda
Lagu Nur Kasih walaupun berkali-kali dengar, tapi tak menjemukan. Tak tau lah sama ada sudah dirancang atau tidak, lagu dan drama Nur Kasih sangat ngam sekali.

Dialog Tak Skema
Simple...untuk memudahkan cerita, mari kita bandingkan dengan dialog cerita Yusof Haslam. Nur Kasih vs Gerak Khas, Sembilu Kasih, Sembilu-bilu, Janji Diana, Janji Maniam, dan macam-macam lagi.

Dekat dengan realiti
Kenapa aku kata begitu? Sebab kebanyakan drama bersiri tempatan sangat plastik. Contoh paling mudah...hmm apa lagi kalau bukan drama Yusof Haslam. Biasanya ada rumah banglo yang besar dengan swimming pool, watak utama pandu kereta mewah, watak penggoda biasanya seksi skirt pendek ketat, banyak adengan di Disko, ada gengster yang tak reti pegang pistol dengan betul, ringtone telefon yang tipu sekali, dan banyak lagi.


Tengoklah intro cerita Sembilu Kasih ini. Kereta bajet mahal, nak cabriolet pula tu. Shot nak ambik kat Putrajaya manjang. Pastu rumah besar gila babeng. Nak introduce barisan pelakon pun macam catwalk fashion show. Sumpah geli.

Pelakon Baru Tapi Berkesan
Lupa nak tulis tentang para pelakonnya. Walaupun Tiz Zaqyah (seorang muka baru) tetapi menggalaskan tugas pelakon utama. Namun dia berjaya membawa watak Nur Aminah dengan mantap sekali. Fizz Fairuz, dan Remy Ishak pun berjaya membawa watak yang lain daripada watak-watak mereka sebelumnya. Tak sangka Fizz Fairuz yang selalu berlakon jadi gangster dengan perangai gila-gila boleh jadi seorang yang cool, down to earth dan bercakap dengan intonasi yang macho sekali.

Agaknya macamana versi Filem nanti ye

Sunday, May 30, 2010

Drama Arjuna Ganti Drama Jidin di Slot Aksi TV3

Drama Arjuna TV3 Slot Aksi
Drama Arjuna Setiap Isnin tau!

Wah, akhirnya esok drama Jidin yang aku tak paham itu bakal digantikan dengan siri drama baru, Arjuna. Daripada trailer/teaser di TV3, nampaknya macam menarik. Efek-efek CGI yang digunakan boleh diterima (untuk drama bersiri). Lebih menarik perhatian bila aku tahu drama ini diterbitkan oleh KRU Studios. Kita juga tahu yang KRU bakal mengeluarkan dua filem yang hebat. Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa. Jadi drama bersiri ini mungkin menerapkan serba sedikit elemen dari kedua filem itu. (mungkin la kan?)

Aku melihat perkembangan drama terutamanya yang ditayangkan di TV3 semakin hebat. Drama bersiri yang tak terlalu panjang, dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat, dan skrip yang berkualiti. Lihat sajalah kejayaan drama Nur Kasih, Na O Mei, Adamaya, Hotel Mania dan banyak lagi.

Nasib baik bukan dia ni Heroin!

Remy Ishak kembali lagi selepas Nur Kasih. Berganding dengan Nora Danish pula. Sebulan dua ini pasti banyak gossip tentang mereka berdua..heee


Sunday, April 4, 2010

Patutlah Slow Malam Ini, Semua Orang Sibuk Tengok Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian


Malam ini tak guna ping blog, atau promote di twitter. Sebab semua pasti tengah melangut depan TV LCD, TV Plasma, TV kat kedai mamak dan sebagainya kerana menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Jadi trafik blog merundum secara mendadak malam ini. Aku tak kisah sangat. Sebab aku pun sama-sama menonton di TV. Dan ketika aku menulis, artis feberet FTN iaitu Tiz Zaqyah baru saja naik ke pentas menerima anugerah. Kesian dia gugup. Nasib baik Rosyam Nor bijak buat lawak cover line.

Monday, December 21, 2009

(GOSSIP) Adam Pukul Siti Sara?

Agaknya, ramai yang memendam perasaan terhadap Siti Sara. Tiap kali dalam hati mesti terfikir, "Kenapa lah Adam tak tampar saja muka Siti Sara tu". Perangainya yang jahat suka menghasut boleh membawa kepada perpecahan Adam dan Nur Aminah. Nampaknya semua angan-angan sudah menjadi realiti.

Adam yang betul-betul memang hilang sabar dengan Siti Sara yang betul-betul. Ini semua salah satu adengan sebuah drama. Drama kehidupan yang betul-betul, tiada skrip dan arahan dari Khabir Bhatia. Ini betul-betul! Bukan dugaan!

Okay, ini cerita gossip lagi. Apa yang aku nak paparkan, hasil daripada bacaan di akhbar-akhbar tempatan dan juga blog-blog yang hangat macam Beautifulnara. Aku pun baru saja lepas baca tentang isu Remy Ishak dan Umi Nazeera dari blog bang Nara itu.

Aku bukan pengendali blog gossip yang hebat, tapi apa yang aku nak simpulkan di sini :
1. Kalau benar Remy Ishak memukul Umi Nazeera, maka memang dia seorang lelaki dayus.
2. Dunia artis ini tak habis-habis dengan cerita negatif. Cerai, Gaduh, Kaki Club, Seksi, Alkohol, Tangkap basah, Saman.
3. Sebagai artis, lebih-lebih lagi beragama Islam tolonglah bawa diri baik-baik sikit. Takkan mengharapkan cerita macam ini untuk jadi terkenal?
4. Lakonan dan Realiti jauh berbeza. Seorang yang membawa watak sangat alim dan sopan dalam drama tak semestinya begitu dalam realitinya. Tapi kenapa tidak diterapkan nilai-nilai baik itu dalam kehidupan? Sudah tentu anda menjadi seorang insan yang lebih baik.
5. Teknik menafi dan menukar cerita seperti teknik murahan. Pokok pangkalnya memang berlaku. (Macam kisah Zizie Izette)

Agak skema entri kali ini. Cuba menjaga bahasa dengan sebaiknya. Hehe





Images courtesy of Google.com
Captions are for fun purpose only.

Related Posts with Thumbnails