Saturday, May 1, 2010

Recap Seminggu Adamaya (EP 12 - 15) - Edisi Shah Rukh Khamis

Siri drama Adamaya minggu ini memang banyak twist. Ramai yang tidak puas hati dengan Dani. Kat Twitter, kat Facebook..semua nak komen tentang kesengalan Dani yang dilakonkan oleh Faizal Yusof. Antara yang aku perasan;
"Eee..geramnya dengan Dani tu"
"Maya, janganlah tergoda dengan Dani weh!"
Adam baik sangat! Aduhai Maya, sangat bengap kamu. Dani pula sangat tak guna! *emo* 
*Zara, pinjam quote hang ek..hehe

Semua pun tahu ia lakonan, tapi bukan main emosional sungguh (Termasuk aku dan wife). Teringat penangan drama Nur Kasih dulu. Nampaknya Adamaya bakal mengulang kembali rating yang hebat untuk drama tayangan TV3. Daripada performance dan pengaruh drama Adamaya ini, aku yakin TV3 akan bagi peluang lagi hebat berbanding drama Cinta Balqis yang mendapat ulang tayang episod terakhir. Aku jamin, TV3 akan buat ulang tayang kesemua episod Adamaya. Pasti ramai yang nak menonton balik.

Jadi sekadar nak tengok kembali babak-babak menarik dari Adamaya minggu ini. Jom layan gambar-gambar. (semua hasil screenshot dari TV3.com.my)

Malaun mana tiba-tiba nak bagi felolo losyer nih?

Amboi, bagi bunga kat isteri orang..sungguh bloody hell


Mama pegi dating dengan Dani, Aunty Sarah juga kena teman Amani

Comel betul Amani ni (lakonan Mia Sara Nasuha, 4 tahun)

Lisa pulak banyak enter frame, banyak fitnah nanti weh..

Kan dah gaduh..kat dapur pulak tu..gaduh la dalam bilik

Ala Maya ni, ape kelas tengok Aliff Firdaus wehh!

Aduh, pasti ramai akan geram tengok wajah ni!

Tiba-tiba muncul watak Shah Rukh Khamis - Plumber upahan

Ini part paling masyuk, bukan apa..sebab timing lagu kena..hehe

Aik, Adam bertukar jadi Iron Man???

Aiseh, aku terambil gambar Iron Man 2 pula!
(geram tak dapat book ticket..sudah full sejak hari Selasa!)

Begitulah sedikit recap episod Adamaya dalam bentuk bergambar. Nampaknya situasi Adam dan Maya makin intense. Dani pun makin laju mengejar Maya. Shahrom dan Sarah pula dah jadi satu cerita lain.

Tapi emo emo tengok drama ni, akhirnya bila ending tengok bloopers jadi gelak balik..hehe. Comel je Lisa buat muka bila tersalah dialog kan?

Ada sesiapa nak buat Facebook "I Hate Dani" tak?? tengok berapa ramai jadi fans..hahaha

p/s : Agaknya bagaimana kalau situasi Adam-Maya-Dani benar-benar berlaku pada korang? Apa korang akan buat?

SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails