Sunday, March 28, 2010

(TIPS PILIH DSLR) Minat Tapi Tak Tahu Yang Mana Satu


Trend zaman sekarang ialah DSLR. Ramai yang mahu memiliki DSLR. Tak pasti sama ada betul-betul minat, sengaja nak ikut kawan beli, nak guna sebagai snap tool atau mungkin duit banyak tak tahu nak buat apa. Itu terpulang pada masing-masing.

Tapi bila tiba masa nak memiliki satu DSLR, persoalan yang timbul ialah :
Yang Mana Satu?? Brand apa yang best? Apa beza yang itu dengan ini? Nikon? Canon? Sony?




Tengok betapa ramai pengguna DSLR sekarang

semua ada kamera Besarrr Punya!

Ok. Ini kisah pengalaman aku. Ketika aku pertama kali beli DSLR awal 2006 dahulu, tidak banyak pilihan seperti sekarang. Ketika itu 2 jenama yang popular ialah Nikon dan Canon. Sony belum muncul lagi. Pentax pun ada beberapa model saja. Olympus pun sama juga. Ketika itu, aku tak kenal ramai yang menggunakan DSLR. Kalau tak silap aku, dalam batch aku pun tiada yang membeli DSLR lagi ketika, aku antara yang pertama. Jadi tanpa banyak rujukan, aku ke kedai Kamera no Kitamura (website dalam bahasa Jepun). Masa itu ada model D70s, D50, D200, 400D, 20D kalau tak silap aku.

Ni kriteria pemilihan aku. (berbeza mengikut individu)

1. Budget
Pastikan budget dahulu. Shortlist semua model DSLR yang termasuk dalam had budget. Dalam kes aku, aku hadkan kepada bawah 100k YEN Jepun. Lebih kurang RM3000.

2. Shorlist model
Memandangkan budget aku hanyalah RM3000, ketika itu ada D70s, D50, 350D, 400D, 20D. D80 dan 30D baru launch ketika itu. Out of my budget!

3. Pergi Test!
Rajinkan diri pergi ke kedai kamera, atau pun showroom manufacturer misalnya gallery Nikon atau Canon. Test sendiri kamera-kamera yang termasuk dalam budget. Dalam kes aku, aku pergi test D70s, D50, 350D, 400D. Test bermaksud, pegang dan cuba hand grip, berat atau ringan, saiz dan sebagainya.

4. Baca User Review
Rajin-rajinlah google dan dapatkan user review mengenai model kamera yang berkenan di hati. Kalau ada kawan-kawan yang ada, lebih mudah. Tapi ketika itu aku tiada rujukan, jadi aku bergantung sepenuhnya pada online reviews.

5. Beli dan "master" kamera
Bila sudah buat pilihan, terus beli dan jangan pandang belakang lagi. Beli dan master kamera itu. Jangan sibuk bertanya tentang lens kalau fungsi ISO, Aperture, Shutter Speed pun belum faham lagi. Aku menggunakan kit-lens 18-55mm hampir setahun sebelum mula menambah koleksi lens dan sebagainya.

Kesimpulannya, tiada satu jenama pun yang perfect. Pada aku, setiap jenama ada kelebihan tersendiri. Perbincangan mengenai model mana lebih bagus tiada penghujungnya. Tepuk dada tanya selera. Kalau tangan anda selesa memegang, butang-butang senang diakses dan sebagainya teruskan membeli.

Apa yang penting, orang di belakang kamera, mata yang melihat serta kreativiti masing-masing. Jangan terkejut kalau ada fotografer National Geographic terkenal yang hanya menggunakan kamera Point and Shoot dan bukan DSLR tau!

Oh, kamera pertama aku ialah Nikon D50. Dibeli dengan hasil duit kerja part-time di kilang. Masih berkhidmat sehingga sekarang. I heart my D50

Related Posts with Thumbnails