gambar sekadar hiasan - ihsan Google
Nampaknya, ada satu lagi laporan berita mengenai kes remaja berkahwin tanpa restu ibu dan bapa. Kalau sebelum ini kes Halimaton hangat diperkatakan, namun akhirnya dia dilaporkan membatalkan hasrat untuk berkahwin dan mahu meneruskan pengajiannya di sekolah. Perkara tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan hari ini.
BALING 16 April - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rasyid, 15, yang sebelum ini lari mengikut teman lelakinya sudah tidak sabar untuk kembali ke bangku persekolahan secepat mungkin.Baguslah kalau betul adik Halimaton mahu meneruskan pengajiannya. Lebih baik tamatkan pelajaran dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Sekurangnya-kurangnya perjalanan hidup kita direstui kedua ibu dan bapa. Itu sangat penting! Harap-harap janganlah membuat "headlline" di surat khabar lagi selepas ini ya. Jangan jadi macam "Tuan Muda" pula.
Malah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Parit Panjang itu menangis kerana terlalu rindukan saat-saatnya bergelar pelajar.
Ibunya, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, perubahan anaknya itu untuk kembali belajar dinyatakannya dalam perbualan dengan kakaknya hari ini.
Berkenaan dengan laporan remaja berkahwin pula, hari ini terdapat laporan bahawa Nor Aziela Zulkafle yang berusia 18 tahun didakwa oleh ibunya melarikan diri kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya Che Mohammad Razalizai yang berusia 20 tahun di selatan Thailand.