Showing posts with label Halimaton Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Halimaton Kahwin. Show all posts
Saturday, April 17, 2010
Survey Macam Ini Pun Nak Buat Ke? Apa Punya Soalan Lah!
Sudah tentu jawapannya YA! Aduhai. Siapalah yang buat soalan tak perlu ditanya ini? Dah tak ada idea ke? Benar kes-kes berkaitan banyak berlaku. Macam kes adik Halimaton dan adik Nor Aziela ni. Tapi "come on" lah. Soalan bagilah mencabar sikit. Rugi duit sms je. Itupun kalau ada orang SMS. Aku rasa 100% tu mesti 1 undi je. 1 berbalas 0. Haha
Source : Diambil dari akhbar BH. sumber dari kamera phone aku.
Dah cuba FormSpring FTN? Tanyalah macam-macam!
Berkahwin Tanpa Restu Ibu dan Bapa, Berbaloi atau Tidak?
gambar sekadar hiasan - ihsan Google
Nampaknya, ada satu lagi laporan berita mengenai kes remaja berkahwin tanpa restu ibu dan bapa. Kalau sebelum ini kes Halimaton hangat diperkatakan, namun akhirnya dia dilaporkan membatalkan hasrat untuk berkahwin dan mahu meneruskan pengajiannya di sekolah. Perkara tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan hari ini.
BALING 16 April - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rasyid, 15, yang sebelum ini lari mengikut teman lelakinya sudah tidak sabar untuk kembali ke bangku persekolahan secepat mungkin.Baguslah kalau betul adik Halimaton mahu meneruskan pengajiannya. Lebih baik tamatkan pelajaran dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Sekurangnya-kurangnya perjalanan hidup kita direstui kedua ibu dan bapa. Itu sangat penting! Harap-harap janganlah membuat "headlline" di surat khabar lagi selepas ini ya. Jangan jadi macam "Tuan Muda" pula.
Malah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Parit Panjang itu menangis kerana terlalu rindukan saat-saatnya bergelar pelajar.
Ibunya, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, perubahan anaknya itu untuk kembali belajar dinyatakannya dalam perbualan dengan kakaknya hari ini.
Berkenaan dengan laporan remaja berkahwin pula, hari ini terdapat laporan bahawa Nor Aziela Zulkafle yang berusia 18 tahun didakwa oleh ibunya melarikan diri kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya Che Mohammad Razalizai yang berusia 20 tahun di selatan Thailand.
Saturday, April 3, 2010
Kenapakah Wahai Adik Halimaton Yang Pintar?
Macam tu ka tenung muka ibu? Garangnyierrr
LANGKAWI: Perbincangan selama tiga setengah jam antara keluarga pelajar, Halimaton Abd Rashid, 15, dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, di sini, yang berakhir awal pagi semalam, mencapai kata sepakat bersetuju pasangan itu berkahwin dalam tempoh terdekat.Dah baca? Apa perasaan korang semua? Sayu melihatkan seorang ibu yang dipinggirkan oleh anaknya semata-mata hendak bersama kekasihnya. Ia menjadi perbualan hangat di seluruh negara kerana Halimaton baru saja berusia 15 tahun, manakala kekasihnya, Mohamad Noor baru 19 tahun.