My Date Night. Semua orang pasti ada satu "Date Night" yang tidak boleh dilupakan. Termasuklah aku. Ini kisah ketika hendak menyambut hari jadi si dia yang ke ehem-ehem. (perempuan suka berahsia tentang umur..hehe). Hajat nak cari tempat yang ada suasana romantik sikit untuk sambut hari jadi. Sebagai seorang peminat fotografi tegar, aku mencari tempat yang ada scenery dan view malam yang menarik sebagai venue sambutan hari jadi si dia. Sambil-sambil tu boleh ambil gambar yang best-best dengan si dia sekali.
Survey punya survey, aku akhirnya mengambil keputusan hendak sambut hari jadi si dia di atas bukit. Untuk mencari view malam Kuala Lumpur yang cantik. Di mana lagi kalau bukan Look Out Point di Ampang. Aku memilih satu restaurant makanan ala-ala arab. Aku tak ingat nama restaurant itu.
ini photo yang aku sempat rakam dari tempat kami dinner
(seriously)
Menunya boleh tahan, dan berpatutan harganya. Memandangkan ianya "special night", aku order yang grand sikit (bagi kami la). Pizza, dan segala bagai air yang sedap-sedap. Salah satunya kalau tak silap aku Strawberry Milkshake. Sedap weh.
Tapi the best part of the night ialah semasa aku keluarkan hadiah dari dalam beg kamera aku. Suprise, suprise. Mesti dia tak expect ada hadiah. Hehe. Siap ada kotak dan reben lagi. Hadiahnya? Tak perlulah aku cerita. Biarlah rahsia. Walaupun bukan barang kemas Habib Jewel ataupun kunci kereta Mercedes SLK, namun keikhlasan itu penting. Rasanya sambutan hari jadinya itu berjalan dengan lancar, seperti yang dirancang. Nasib baik tidak sesat masa hendak ke sana.
Mungkin akan kembali ke tempat itu lagi. Mana tahu boleh mengimbau kembali kenangan itu?
Bagus juga ada contest untuk Nuffnang special screening Date Night ini,
dapat juga aku ingat kembali kisah "Date Night" aku dan si dia itu.
Hendak join? Klik saja link yang ada tu