Monday, January 25, 2010

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Blog Pun Badan Binasa


screenshot sebagai bukti
klik untuk imej besar
(credit kepada blogger yang print screen)


Sejak dua hari ini, seorang lagi blogger bakal berdepan dengan masalah apabila salah satu posting dalam blognya menjadi sasaran rakyat Malaysia terutamanya warga Johor. Ini adalah contoh apabila kebebasan bersuara disalahgunakan. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber yang tanpa sempadan, apa yang kita catatkan menjadi bacaan jutaan(billion kut) pengguna web di seluruh dunia.

Kebelakangan ini juga terdapat beberapa orang yang sudah didakwa akibat 'kenakalan' di laman web. Lawak ada batasnya, dan ada juga caranya. Apabila melibatkan sensitiviti orang lain, sudah pasti akan menimbulkan masalah.

Fikir-fikirlah sebelum menekan butang post. Sebelum menulis status di Facebook, Twitter, Blog atau sebagainya. Walau apa pun niat kita, pastikan kita fikir dulu akibatnya. Kalau nak "syok" sendiri, lebih baik tulis diari saja.

Apabila kita bersalah dengan individu, cepat-cepat minta maaf. InsyaAllah diterima kalau kita ikhlas. Tapi apabila kita menghamburkan kata-kata tak sopan terutamanya kepada orang yang sudah tiada, kemudian menimbulkan kemarahan kepada berjuta-juta orang, memohon maaf di blog rasanya tidak cukup. Mungkin mengambil masa untuk semua terima kemaafan kamu. Apatah lagi di saat ini semua masih berkabung dengan kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Kita tengok sajalah tindakan pihak berkuasa seterusnya.

Apapun, berhati-hatilah ketika blogging. Bukan bermakna kita hiprokrit, tapi berbahasalah dengan sopan dan beradab.

to AdukaTaruna whatever your intention is (jadi popular?), get ready to face the music. "Nasi sudah menjadi Bubur!"


Agaknya, lepas ni akan jadi tabiat di kalangan blogger...
1. Tulis posting 'panas'
2. Delete post bila menjadi isu
3. Tulis permohonan maaf
4. Ulang kembali 1-3

Apakata cuba praktikkan...
1. Fikir sebelum post perkara 'panas'
2. Delete sekiranya tidak sesuai...SEBELUM tekan POST!
3. Hidup seperti biasa dengan tenang.
4. Ulang kembali 1-3

2 feedbacks:

lizz said...

dia tersilap langkah. aku as rakyat johor rasa nak geget je. kikiki. tp, kita ada undang2..biarlah mereka yg jatuhkan hukum.

FTN said...

zaman sekarang ni kena bijak sikit. silap langkah mmg padah.
walaupun dah jatuh hukum undang2 M'sia, tp nak berdepan dgn rakyat tu yang parah..
hehehe

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails