Salam 1Manchester. nak 6Manchester pun boleh.
Tips untuk mengelak ditipu agen MLM? mudah saja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Keyakinan diri
2. Kesabaran
3. Pendirian yang teguh
4. Berani membantah
5. Sebiji smartphone dengan data plan atau tablet/ipad
Cara-cara :
Gunakan teknologi terkini yang korang agung-agungkan tu. Android smartphone? Blackberry? iPad? iPhone?Google je nama produk yang "kawan-kawan" baik korang tu cuba promote. Lebih afdal layari laman web Aidid Muaddib dulu. Kalau takde entri pasal produk tu, beralih pula ke google.com. Kalau ada search result dengan kata-kata yang meragukan jiwa lara anda, sila gunakan keyakinan diri, berani membantah dan jauhkan diri daripada "kawan" korang tu. Kemudian dengan sedikit kesabaran, buat research bila balik rumah. dapatkan fakta supaya lebih mudah nak troll "kawan-kawan" korang tu dengan kawan-kawan lain. Elakkan diorang meracuni minda kawan-kawan, lebih-lebih lagi ahli keluarga korang.
Sekian. Selamat mencuba
Showing posts with label Scam. Show all posts
Showing posts with label Scam. Show all posts
Thursday, October 27, 2011
Monday, May 16, 2011
Dapat Email daripada Saif Al Islam Ghadaffi, anak president Libya
Aku tak tipu weh, terkejut siot. Anak Muammar Ghadaffi mintak tolong dengan aku weh. Ini semua NATO la nih, pegi bom-bom semua kat Libya, kat mana dia nak simpan duit juta-juta dia. Sampai nak offer kat aku. Kesian dia. Sapa-sapa nak tolong, try la reply emel dia..wakakakkaka
My names are Saif Al Islam Ghadaffi, the son of the present president of Libya.
I am contacting for an urgent assistance. As you can read and see in the media, my family is presently undergoing tough time in the hand of the masses due to his long stay in power as the president of Libya for over 40 years now. Although there is no way you can satisfy human being, my father has done so many things to better the life of our people and unfortunately they never appreciated his effort.
Please read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1208434/Gaddafi-son-buys-10m-Hampstead-mansion.html
The International community has reached a resolution for immediate seizure of our assets both in US and the UK.
I want to request your humble assistance to receive a total sum of $45.5 million US dollars which we have succeeded in moving the cash to an undisclosed Area.
You will receive this fund directly and keep in a safe keep while I shall come down to meet you for necessary investment as may be suggested by you. You should kindly let me know your percentage as we will be ready to share whatever percentage for your assistance.
Please reach me on my private email address:
Regards.
Saif Al Islam Ghadaffi
E-mail: saif-al_ghadaffi@email.com
Thursday, December 9, 2010
Ayah Minta Tolong
Tadi aku dapat sms ni kat modem broadband aku. Ya, nombor broadband aku.
Kesian ayah kan?, takda sapa nak tolong dia kat balai police.
Kalau ada sesiapa yang nak tolong, ta payah call..sebab sekejap ayah call blik.
Hahaha..
LAME tactic. Kalau ada gak yang terkena mmg seriously dumb dumb.
Name:
Number: +6285223712453
Content:
Ini ayah Tolong bagi topped up 50RM ke numbor baru ayah 0128115902
ayah ada mslah di balai police.
ta payah call sekejap ayah call blik.
Time: 09/12/2010 10:38:28
Tuesday, July 27, 2010
Penyakit Tayang Duit
Penyakit tayang duit. Siapalah pelopornya? Makin banyak pula kemunculan gambar-gambar duit di Facebook. Ada banyak lagi gambar, tapi tak mahulah aibkan wajah orang. Jadi kita tunjuk yang tak nampak muka. Rasanya semua dah tau, ini adalah "marketing strategy" oleh mereka yang mempromosi MLM syarikat mereka. Pada aku ini semua menipu orang ramai. Henti-hentikanlah buat gambar sebegini. Sudahlah tag orang sesuka hati di Facebook, dapat sumpah seranah je. Ingatlah, tiada yang mudah di dunia ni. Dah ramai kena tipu weh!
Tuesday, April 13, 2010
(TIPS) Berhati-hati Dengan Website Phising, Maklumat Anda Dalam Bahaya Jika Terpedaya
Hati-hati beb, ini semua email penipuan!
Sekarang sudah jadi zaman perbankan secara online. Semuanya boleh dilakukan "on the go". Transfer duit, bayar bil, check statement dan macam-macam lagi. Dan sebab zaman sudah maju, ramai yang nak ambil peluang melakukan penipuan.
Tiap-tiap hari dalam inbox aku pasti ada banyak email yang membuat scam. Terutamanya mengenai perbankan online. Aku pengguna M2u yang aktif. Aku membayar semua bil secara online. Mudah dan cepat. Tetapi kita harus berhati-hati bila mendapat email-email scam kerana sekarang penjenayah siber sudah bijak dan boleh menipu kita dengan mudah jika tidak berhati-hati.