Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Apo Khabar Abang Simbah Asid?

Photobucket

+ + + + + + +

Apa cerita agaknya brader simbah asid tu. Sehari dua ni takda lagi kes terbaru dilaporkan. Except some notty peeps kat twitter spreading rumours. Suka fitnah-fitnah ya korang ni. Belajar dengan siapa tu? Setakat ini masih belum ada tangkapan tetapi difahamkan pihak polis sedang berusaha menjejak penjenayah pyscho terbabit. Kesian polis, tak cukup tangan. Sebab nak kena jaga budak-budak melompat kat jalanraya buat demo..hari-hari nak ada demo. Dalam masjid pun nak demo. Semua polis kena pegi. Kalau tak siapa nak suraikan semua budak-budak yang susah nak paham bahasa tu?

Apa pun, wanita-wanita di Malaysia (khususnya Lembah Klang) masih perlu berjaga-jaga. Pastikan anda alert keadaan sekeliling. Jangan tayang lurah seksi atau pakai skirt 20cm atas paras lutut, sebab itu secara otomatik mengundang ramai penjenayah, bukan saja yang suka curah asid, malah yang bernafsu binatang. "Pakaian cermat, anda selamat."


Monday, May 16, 2011

Profil Acid Splasher - Be On The Lookout

Photobucket
lelaki ini mungkin pyscho


Nama glamour : Pencurah Asid @ Pensid
Umur : Belum tua lagi
Asal : Wad bersalin
Status : Single and available maybe not available
Kenderaan kegemaran : Motosikal, EX5 bernombor plet curi WPV 4963
Bahanapi pilihan : BHP Infiniti 2x
Makan kegemaran : makanan berasid seperti spagetti, anggur, oyster dan sebagainya.
Minuman kegemaran : minuman berasid seperti air berkabonat
Hobi : Rempit & siram asid
Cita-cita : Delivery boy

Tujuan menyimbah asid :
Sebab pakai susuk, kena jaga pantang. (macam filem susuk tu)

+ + + + + +

Ok ok. Detail pasal penjenayah sorang sebenarnya ni masih blur. Cuma fotofit ni sudah dikeluarkan oleh PDRM minggu lepas berdasarkan maklumat orang ramai dan footage CCTV. Please be very careful especially wanita seluruh dunia, ku ingin kau tahuu..huuuuweehuuuuuu. Kalau ada motosikal yang tetiba menghampiri korang dalam keadaan mencurigakan, take cover! Even kalau bawak kereta, pastikan cermin tak diturunkan habis. Biar separuh or better takyah turunkan tingkap, guna aircond. 

Harap-harap pihak polis, pihak berkuasa, orang ramai dapat cooperate dan membanteras kegiatan songsang pencurah asid ini. Kesian mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa asid. Setakat ini mangsa-mangsa terkena asid terdiri daripada wanita.

Saturday, April 10, 2010

Budak 2 Orang Yang Ganas, Pakai Parang Ragut Mangsa di Taman Mutiara


KUALA LUMPUR 9 April - Seorang wanita terpaksa memanjat pagar rumah jirannya semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada serangan seorang peragut ganas yang nekad mengejarnya sehingga ke dalam kawasan rumah.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi semalam, Mary Rose a/p Joseph James, 63, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mutiara, Jinjang di sini selepas berjoging.

Peragut makin mengganas. Berani membawa parang menaiki motor dan meragut mangsa di taman perumahan. Waktu siang hari pula. Oleh kerana curiga dengan kehadiran mat motor yang berlegar-legar di taman perumahan itu menyebabkan mangsa Mary Rose, 63 yang selesai berjoging memanjat pagar rumah jirannya.


Tuesday, March 9, 2010

Kalau Budak 11 Tahun ini Normal, Patutnya Tak Buat Hal Macam ini



Gambar ini bukan hasil portraiture shoot ataupun gambar studio untuk passport. Kalau korang perasan, latar itu mesti selalu nampak dalam cerita CSI. Ini gambar penjenayah. Penjenayah muda yang baru saja berusia 11 tahun. Tatkala kawan-kawan lain yang sibuk memikirkan tentang ps3, kartun transformers, ben10, main bola petang-petang dan sebagainya tapi berbeza pula budak ini. Dia berani menggunakan senapang untuk menembak kepala teman wanita bapanya yang mengandung 8 bulan. Tapi hajat aku menulis bukan sebab cerita budak belum akil baligh ini. Kalau sesiapa yang berminat nak membaca kisahnya, tolong guna enjin carian dan taip Jordan Brown.

Aku nak bawa perhatian korang semua kepada satu laporan berita ini. Dipetik dari Harian Metro. Biasalah, cerita yang panas-panas sudah tentu dari situ. Kisah yang ada sedikit persamaan dengan mukadimah tadi. Kes jenayah yang melibatkan budak-budak belum baligh (mungkin sudah kut?) berusia antara 11 dan 12 tahun. Tapi sebelum itu, nak ajak korang bayangkan sikit. Cuba bayangkan wajah budak berumur 11 tahun... sudah? Comelkan? Ada yang tembam, ada yang kurus, ada yang pakai spek tebal, dan macam-macam. Tapi dalam banyak-banyak budak comel ni, ada pula yang gila seks. Ish ish, aku tak tipu. Sebab kat Kuala Terengganu ada budak 11 tahun yang gila seks!

KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.

Terkejut tak? Tak sangka begitu "maju" budak-budak sekarang. Berani sungguh. Bahana video lucah. Tapi dari mana mereka mendapat video lucah? Dan mengapa ahli keluarga lain tidak tahun kewujudan video lucah didalam rumah itu.

Bila jadi kes-kes macam inilah yang aku rasa ada baiknya juga bila mak bapak periksa bilik anak-anak, periksa beg sekolah anak-anak macam dulu-dulu. Sekurangnya bila ada benda-benda yang tak patut budak 11 tahun tengok boleh ditapis awal-awal. Jangan bagi anak-anak keluar sewenang-wenang. Takut mereka singgah ke cybercafe pula.

Apapun, harapnya kes sebegini merupakan kes terpencil di Malaysia. Dengan kata lain, budak dua orang ini "special case", dan budak-budak 11 tahun lain di Malaysia adalah normal. Mereka sepatutnya bermain, tengok kartun dan bergembira dengan kawan-kawan. Cuba tengok gambar di bawah ini, ceria bukan?

gambaran budak-budak 11 tahun macam ini yang ingin kita tengok


Taknak la macam ini..tengok pun tak lalu. Mandom semacam je muka. Budak-budak kena happy. Tonton Spongebob sudah! Dan tak perlu gatal tangan pergi membeli aksesori merepek di kedai-kedai yang merepek. Beli aiskrim pop sudah!

bukan gambaran 11 tahun yang macam ini!


Wednesday, January 6, 2010

(TERKINI) 4 Sekeluarga dibunuh dengan kejam di N9


(ihsan Kosmo)


Lagi kisah jenayah pembunuhan di negara kita menggemparkan semua di pagi Selasa. Di mana perikemanusiaan mereka ini? Kenapa begitu tergamak membunuh sesama manusia? Apa yang boleh diselesaikan melalui pembunuhan?

Terbaru kisah empat sekeluarga yang mati dalam keadaan mengerikan di Negeri Sembilan. Lebih menyedihkan seorang dari mangsa mati dengan kepala terputus. Di laporkan seorang daripada ahli keluarga berusia 20-an hilang dari tempat kejadian.

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia
Entah di mana silapnya, empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di tangan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam.

Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa – putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada.

Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya masing-masing berusia 90, 80 dan 76 tahun selain gadis berusia 22 tahun. - UTUSAN

Petikan dari akhbar The Star
TAMPIN: Four members of a family, including an elderly couple, were brutally murdered in their adjacent homes in Kg Batang Rokan, Gemencheh, about 40km from here, yesterday.

Atan Daud and his wife Sofiah Katas, both in their 80s, their son-in-law Ismail Awang, who was in his 60s and his daughter Siti Khatijah Ismail, 22, suffered severe slash wounds and were believed to have died on the spot from their injuries.

Their mutilated bodies were found by Ismail’s younger daughter, Siti Mariam, 18, when she returned from school at about 2pm.

Atan’s daughter-in-law Maznah Tukiman, 47, who rushed from her house at Felda Serting, said Siti Mariam first saw Siti Khatijah lying motionless on the porch of their house.

“When she walked closer, she saw a knife sticking out from her sister’s back. There was blood everywhere,” Maznah said.

Siti Mariam then ran to her grandparent’s home next door and had another shock when she saw their bloodied bodies.

“She also stumbled upon Ismail’s bloodied body in the hall. She then ran off to seek neighbours’ help,” she added.

It is understood that the siblings’ mother Habshah was away at work in a nearby factory at the time of the murders. Her colleagues brought her home immediately after learning of the tragedy.

It is learnt that the police were looking for Ismail’s son Rashidi, 20, who is missing.

The siblings’ uncle Mohammad Atan, 42, who rushed over from Nilai when informed of the murders, said he had no clue why anyone would want to commit such a heinous crime.

“This is shocking. My parents never had enemies. Why would anyone want to kill my brother-in-law and niece?” asked Mohammad, who works as a technician at a factory in Nilai.

Both Habshah and Siti Mariam were too distressed to be interviewed.

Neighbours described Atan, a former imam and village headman, as a humble man.

A friend also said Atan was unwell when they last met on Friday.

“He suffered from a kidney ailment and was unable to even get up. He also had to undergo dialysis thrice a week,” said Bujan Emban, 63.

Police brought in tracker dogs and a forensic team was also despatched to the scene from Seremban. However, their work was hampered by a downpour the entire evening.

Meanwhile, state OCCI Asst Comm Zaki Masroh said police found a weapon which was possibly used in all the murders. - THE STAR

SOURCE : UTUSAN, THE STAR


KOMEN FTN : Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sama ada si pembunuh itu ada masalah mental, ataupun berada di bawah pengaruh dadah/alkohol. Masalah tidak dapat diselesaikan melalui pembunuhan. Nyawa tidak boleh ditukar ganti..

Related Posts with Thumbnails