Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Ambil Gambar Dengan Anak Tekak?

Photobucket

Hi, nama saya Justin Quinnell. Saya suka amik gambar guna anak tekak saya. Ini merupakan satu perspektif yang tak pernah lagi orang buat. Eh kejap, saya tak amik gambar pakai anak tekak. Tapi gambar saya seolah-olah diambil dari anak tekak. Sebenarnya saya guna kamera pin hole sebesar 3 inci. Sila tengok gambar self-portrait saya dengan kamera di dalam mulut seperti di atas tu ha.

Power kan saya punya gambar? Eh bukan..saya nak kata unik. Tapi #notetomyself, saya kena jumpa doktor gigi lepas ni. Banyak najis di celahan gigi. Saya pun hampir terkesima masa tengok gambar-gambar yang saya snap. Gile ah kan.

Photobucket
Rupanya dalam cereal ada hantu

Photobucket
Nasib baik saya dongak atas sikit.

Photobucket
Hampir termakan budak ini


photos from : www.pinholephotography.org - by Justin Quinnell

Sunday, October 10, 2010

Aku Suka Tilt-Shift Efek Kat Video Ni


Kool gila video dari Sam O'Hare. Shot with Nikon D3s, and guess how many frames did he shot? over 50,000!! Macho sehh... boleh baca tentang projek dia ni at aerofilm blog

Monday, July 19, 2010

Pesanan Kepada Wedding Photographers : Check Your Surroundings!


Antara tugas penting seorang fotografer perkahwinan ialah untuk survey dulu keadaan persekitaran tempat majlis berlansung. Antara salah satu sebab mengapa kenalah rujuk video di bawah. Bukan saja menjadi bahan lawak di Youtube, gambar-gambar wedding itu pun ada risiko rosak dan belum kira equipment beribu tu.

Jadi pesanan kepada semua Wedding Photographers termasuk diri aku sendiri, please check your surroundings! Plan your walkabouts. Hehe

Sunday, June 13, 2010

Penat Selepas Seharian Heret Kamera


Maaf, hari ini tiada update tentang World Cup. Nak tengok match antara Germany dan Australia pun tak tentu boleh bangun ke tak. Penat seharian bekerja. Hari ini aku ada job shooting wedding, sebagai back-up photographer kepada seorang kawan. Seronok dapat jumpa ramai selebriti terutamanya dari Hot FM. Oh ya, ini wedding reception Anne dan pasangannya Nik. Nantikan lebih banyak gambar di blog photography aku ya!

Mereka sangat sweet dan friendly! Ok penat, esok kerja pula! Huh

Tuesday, May 25, 2010

Edisi Gambar Rawak #1 : Bumi Kenyalang

Asalnya nak cuba untuk Project Alpha contest, tapi rasa malas pula. Sebab tak sempat dan tiada idea. Jadi aku godek-godek laptop, sambil nak siapkan job editing yang masih tertangguh.

Anyway, korang ingat tak entri aku lebih kurang sebulan lepas? Kalau tak ingat, boleh baca entri kat sini. Aku dan famili ceria pergi bercuti di Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam. Lama aku perap gambar-gambar dalam HD aku. Hari ini tiba-tiba terasa nak edit sekeping dua untuk di tempek di blog ini. Layanlah sedikit gambar-gambar dalam edisi pertama Gambar Rawak di blog ini.

Tempat penginapan kami

View dari roof top


Thursday, April 15, 2010

Apple MacBook Baru - Kini Dengan Sistem Pemprosesan Yang Dikemaskini


Apple. Bukan sebiji buah epal. Ia komputer idaman para fotografer di dunia. Termasuklah aku. Aku menyimpan hasrat nak memiliki sebuah Apple MacBook sejak setahun lalu. Tapi atas pelbagai sebab dan keperluan yang lebih penting, aku terpaksa tangguhkan dulu impian aku.

Kini Apple MacBook Pro sudah dikemaskini. Terdapat beberapa "upgrades" untuk model MacBook Pro. Dari bentuk luarannya tiada perbezaan. Sama seperti MacBook Pro yang ada sebelum ini. Kemasan unibody aluminium yang cantik dan ringan membuatkan ia nampak tahan lasak. Jangka masa bateri juga masih sama iaitu antara 9-10 jam untuk setiap caj. Sangat sesuai untuk mobile works. Patutlah ramai fotografer memilih Apple.

Saturday, March 20, 2010

Sedikit Gambaran Daripada Pengembaraan Aku Di Putrajaya Pagi Tadi

Salam Semua pembaca FTN. Pagi tadi aku telah berjaya pergi ke Putrajaya untuk memuaskan nafsu fotografi aku. Bertolak seawal 7.10am, rupanya sudah penuh parkir di berhampiran tapak event. Nasib baik terjumpa satu, dan terus bergegas ke kawasan belon panas.

Aku paling excited nak ambil gambar Balloon Darth Vader. Memang cun sangat. Kreatif siapa yang reka belon tu. Walaupun pengunjung yang sangat ramai, sampai bertolak-tolak nak ambil gambar dan cuaca agak kurang baik (mendung sikit) namun aku dan wifey gembira. Sempat berjumpa beberapa rakan fotografi lain.

Enjoy dulu beberapa gambar untuk malam ini. Yang lain dan lebih jelas akan dipapar di blog yang satu lagi. Hehehe


Friday, March 19, 2010

Kalau Nak Tengok Balloon Besar Berkepala Darth Vader, Ayuh Ke Putrajaya


Acara ini kembali lagi tahun ini. Dengan lebih banyak penyertaan dan belon panas yang unik. Kalau tak sempat pergi tahun lepas, jangan lupa singgah ke Putrajaya. Sudah bermula sejak semalam dan akan berlansung sehingga Ahad. Aku pasti ke sana esok. Kalau boleh nak pegi Khamis, Jumaat tapi kerja la weh!

pishh posshh pisshh poshh..I'm your father luke!
(photo from google.com)


Jadi apa lagi, kemaskan segala peralatan kamera anda dan ayuh ke Putrajaya!

Ni sedikit koleksi yang aku sempat rakam tahun lepas. Tahun ni pasti lebih banyak!

1st Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2009; Fire UP!


p/s : kalau nak tengok gambar-gambar lain, boleh la ke sini.

Related Posts with Thumbnails