Friday, June 4, 2010

I Munch, I Watch, I Like : Up Close With Mister Potato Rice Crisps!

Ini bukan kaunter tiket bas ye (beratur nak dapat tiket)

Minggu lepas aku dan wife telah mendapat jemputan untuk menonton tayangan khas Prince Of Persia : Sands of Time di Cineleisure Kota Damansara. Bukan itu saja, kami juga mendapat bekalan special Mister Potato Rice Crisps, edisi terbaru dari Mister Potato. Tentang kehebatan movie POP:Sands of Time itu tak perlulah aku ulas panjang, memang best sangat. Sebagai peminat fanatik siri game Prince of Persia sejak zaman game 2D lagi, aku cukup tertunggu-tunggu filem ini. Hero macho (wife aku suka), Heroin cun (aku suka), jadi filem ini sesuai untuk semua. Haha


+ + + + + + +

Okay, cukup tentang movie. Kali ini aku nak bawa korang up close and personal dengan Mister Potato. Sempena dengan special screening POP : Sands of Time, Nuffnang memberi 2 tong/silinder/pek Mister Potato Rice Crisps untuk dinikmati/dibelasah ketika menonton filem. Memang best terutamanya bila mendapat tiket free dan makanan free. Air pun diberikan. Memang best join event Nuffnang. Ini baru kali kedua.

Ribuan yang ingin mendapatkan Rice Crisps termasuk Bean Moreno

Selepas setia beratur dengan sopan tanpa potong queue, aku berjaya mendapatkan Rice Crisps dan secara selamba aku sempat membuat sedikit kajian/review.

Extra Tall! More chips!! Dah macam Twin Towers, tapi boleh dimakan!

Misteri nasi dalam Rice Crisps! Sebab itu Less Fat!

Ada sikit feel yang berlainan ketika makan Rice Crisps. Yang pastinya texture yang berbeza kerana ramuan utamanya ialah beras! Ya Beras! Tanpa MSG, 20% less fat dibandingkan dengan conventional potato chips,  bebas Kolestrol & Trans Fat serta tiada pewarna tiruan! Sekurang-kurangnya kita boleh belasah Mister Potato Rice Crisps tanpa segan-silu sambil menonton Project Alpha Season 2 (amboi-amboi), atau pun World Cup 2010 yang bakal tiba tak lama lagi.

Ada 4 perisa kesemuanya. Sour Cream & Onion (my fave!), Hot & Spicy, Flame Grilled BBQ, and of course the all time favourite Original. Semuanya lazat-lazat belaka dan sudah pasti mempunyai rasa dan feel yang berbeza dari potato chips lain. Sesuatu yang patut dicuba oleh semua. Mudah saja nak notice Rice Crisps di kedai, cari saja tong berwarna putih yang striking ini.

Apa lagi! Dapatkan Mister Potato Rice Crisps terbaru!
Lanyak sampai lebam di musim Piala Dunia nanti

Terima kasih Nuffnang for the screening invites dan 
bekalan Mister Potato Rice Crisps!


p/s : lepas makan Rice Crisps, pastikan buang dalam tong ya!
Keep Our City Clean!


Final words from me  :

3 feedbacks:

Atika Ramlan said...

hehehe..nampak gambar kita yg wlpun kecikkkk

maslinamansor said...

tak try lagi... tapi mungkin nak try...

Theeggyolks said...

how i wish i can join the screening :(

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails