Monday, June 7, 2010

Bila Terlalu Taksub, Semuanya Betul


Tonton video di atas. Aku dapat daripada facebook Gaza TV News. Lihat betapa taksubnya rakyat yang menyokong tindakan kejam tentera Zionis. Apakah maksud mempertahankan diri? Begitu angkuh mereka menyokong penuh tindakan menyerang kapal bantuan. Mereka juga memanggil aktivis sebagai "Terrorists".

Apa nak dihairankan. Keturunan Israel mungkin sudah didik untuk membenci Islam. Hidup mereka untuk menjahanamkan rakyat Palestin. Sekarang kekejaman mereka semakin jelas. Dan begitu juga jelasnya ketaksuban rakyat mereka. Pembunuhan aktivis yang tidak bersenjata adalah OK pada mereka. Berdas-das tembakan dilepaskan, ada yang ditembak di muka dan sebagainya..itu semua juga OK pada mereka.

+ + + + + + +

Berhati-hati lah ketika menyokong sesuatu tindakan. Jangan disebabkan terlalu taksub kita sebulat suara menyokong tanpa berfikiran rasional. Kalau salah, katakan salah. Berani suarakan pendapat anda. Jangan taksub! Jangan dayus!

4 feedbacks:

amin said...

kekejaman jelas masih lagi tak mengaku

Hazzy Ishak said...

CNN tali barut mereka, langsugn tak boleh percaya

maslinamansor said...

Kalau dikatakan menyerang, tembak sekali pun dah cukup.

Tapi kalau dah berkali2, apa maknanya?

Jard The Great said...

mereka golongan yg tak sedar diri dan bongkak.. huhu

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails