Friday, June 25, 2010

Italy Kalah Bergaya, Japan Lanyak The Danes

Bekas Juara World Cup 2006, Italy terpaksa pulang awal apabila tewas dengan Slovakia malam tadi. Slovakia bermain dengan baik dan mendahului Italy 2-0 di babak pertama menerusi jaringan Vittek. Italy cuba bangkit merapatkan jurang menerusi Di Natale, tetapi Kopunek (ya sebut betul-betul..Ko-punek), menjaringkan gol ketiga yang cantik sekali daripada lontaran ke dalam sekaligus menutup peluang Italy untuk mara. Nampaknya hajat Italy nak buka booth jual pasta ketika Final nanti nampak suram.

Amat memalukan bagi bekas Juara itu, kerana lansung tak menyerlah dalam kempen World Cup kali ini. Italy yang biasanya terkenal dengan kehebatan pertahanan serba tak menjadi kali ini. Macam dah kena bayar je? Apakah mereka nak menyalahkan Vuvuzela juga atas kekalahan ini? Italy mungkin berkongsi flight dengan France nanti. Mungkin ada player yang stay sebab nak cuba tiup Vuvuzela pula di perlawanan akhir?

Cannavaro dah lapar, main pun dah tak fokus
(original photo from soccernet.com)


semua player Italy lapar rupanya
(original photo from soccernet.com)

+ + + + + + +

Sementara itu, Japan melangkah bergaya apabila menewaskan Denmark 3-1! Dua gol Japan dihasilkan dari set-piece freekick yang cantik. Aku tahu Endo, Shimizu dan Nakamura pakar tendangan free-kick, tapi Honda yang menjaringkan gol dulu daripada tendangan free kick. Gol kedua juga dari free-kick oleh Endo. Bukan main lagi Japan kali ini. Jualan Sushi pasti naik mendadak. Mesti ada special edition Sushi Honda ke, Sushi Endo ke. Silap-silap HONDA Motors Co. pun akan keluarkan edisi khas motosikal Honda Freekick 125z. Tengoklah nanti. 

Kebiasaannya, TV Japan akan menggila dengan berita ini. 7 hari 7 malam, berita di TV takkan cerita kisah lain. Politik ke, hiburan ke, semua tolak ke laut. Fokus pada muka Honda ni. Jangan-jangan mereka dah bagi gelaran "Nihon no Messi". Haha.


7 hari 7 malam, TV Jepun akan tayang muka mamat nih, 
kalah Kimura Takuya tau. Serius aku tak tipu
(original photo from soccernet.com)


Keputusan penuh semalam :

Paraguay seri dengan New Zealand [0-0]
Slovakia tewaskan Italy [3-2]
Japan tewaskan Denmark [3-1]
Netherlands tewaskan Cameroon [2-1]

+ + + + + + +

Jangan lupa undi ye! 


p/s : baru perasan email dari Nuffnang, aku menang hadiah Project Alpha rupanya..bila la nak collect hadiah di office Nuffnang tu..ada siapa-siapa boleh tolong? hehe

3 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

laporan bola kali ni memang kelakar. mcam2 idea eh

maslinamansor said...

jepun... jepun...
Korea selatan... Korea selatan...

Matjoe said...

2nd free kick tu chantek

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails