Hari ini bermula saingan kumpulan B dan C dimana perlawanan awal ialah di antara South Korea dan juara EURO 2004, Greece. South Korea sebagai wakil Asia pertama memulakan kempen Piala Dunia kali ini. Dengan bersandarkan pemain tengah Manchester United, Park Ji-Sung, serta penyerang sensasi mereka Ahn Jung-Hwan, South Korea pasti memberi saingan hebat kepada Greece.
Bagi pasukan Greece pula, Georgios Samaras serta Giorgos Karagounis bakal menjadi tumpuan malam ini. Apakah pasukan Greece mampu melakukan kejutan seperti yang berlaku di EURO 2004?
Dengan kelajuan pemain-pemain, aku rasa South Korea boleh menewaskan Greece.
FTN predict : South Korea tewaskan Greece [1-0]
+ + + + + + +
Satu lagi perlawanan pasti menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak, kerana Argentina akan berentap melawan the Super Eagles, Nigeria. Seluruh dunia pasti menagih sentuhan hebat dari bintang sensasi Argentina seperti Lionel Messi, Gonzalo Higuain, serta Carlos Tevez. Tiga pemain penyerang yang sedang menyerlah di dalam liga yang mereka sertai. Apakah Maradona akan menurunkan ketiga-tiga penyerangnya dalam perlawan ini?
Nigeria juga tidak ketinggalan memiliki barisan pemain hebat seperti Obafemi Martins, Nwankwo Kanu, John Utaka serta Yakubu. Kelebihan Nigeria pasti terletak pada kelajuan pemain-pemain mereka. Pasukan Nigeria yang terdiri daripada pemain-pemain muda pasti berharap bimbingan pemain berpengalaman Kanu untuk memberi saingan kepada Argentina.
Bomoh kata Argentina menang, pasti dia dah jampi habis-habisan. Tapi aku rasa Argentina terlalu kuat dan tak perlu bantuan bomoh. Bomoh hujan pun tak perlu, sebab South Africa panas je aku tengok. Tapi teringin nak melihat Nigeria beri saingan kepada Argentina. Masih terkenang kelibat Jay Jay Okocha. Dia punya skill dribble memang top class. Hopefully dapat tengok banyak fancy play malam ini.
FTN predict : Argentina tewaskan Nigeria [3-1]
+ + + + + + +
Perlawanan terakhir awal pagi ini adalah dari Kumpulan C, England menentang USA. England dibawah kendalian Fabio Capello pasti ingin membuka langkah kanan selepas persembahan kurang meyakinkan dalam sessi pemanas badan sebelum Piala Dunia tempoh hari. Tanpa kehadian David Beckham, barisan tengah England akan dibarisi Frank Lampard, Steven Gerrard, Joe Cole, Aaron Lennon dan lain-lain.
Bagi USA pula, pemain Clint Dempsey, Carlos Bocanegra, dan London Donovan akan menjadi tumpuan. USA mungkin tidak mempunyai masalah untuk mara ke pusingan seterusnya kerana diletakkan dalam kumpulan yang agak mudah.
Aku mungkin tidak akan menonton perlawanan ini. Kerana perlu bekerja keesokkan harinya. Haha
FTN predict : England tewaskan USA [2-0]
2 feedbacks:
England please menang!
please!!
aku tak tau dapat tgk ke tak,sebab esok pagi ada training~
T___T
yg penting Korea mesti ditonton, ada AJH tu!!
yeay!!! (drooling)
yeah! korea dah dua gol leading greece..yg penting tggu game Argentine!
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan