Wednesday, June 2, 2010

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Serangan Zionis Terhadap Flotilla Gaza



1. Rejim Zionis menceroboh kapal-kapal bantuan di dalam perairan antarabangsa, melanggar undang-undang antarabangsa dan membunuh orang awam dan seterusnya melalukan jenayah perang!

2. Kerajaan Zionis Israel memberi kelulusan terhadap penaklukan kapal bantuan oleh sekumpulan komando elit rejim itu. Mereka dilengkapi dengan senjata automatik untuk menyerang orang awam yang berada di atas kapal bukan mengawal keadaan. Apa saja alasan yang diberikan, Rejim Zionis Israel perlu dipertanggungjawab atas tindakan menghantar komando dan membahayakan nyawa ramai pihak (termasuk seorang bayi) secara melulu.

3. Zionis Israel tidak berhak mengawal perairan di Gaza seolah-olah itu taklukan mereka. Mereka tidak berhak menghalang konvoi bantuan ke Gaza. Tindakan rejim itu membuktikan mereka masih berdegil dan mahu meneruskan penaklukan Palestin! Rejim Zionis sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan oleh undang-undang antarabangsa!!

4. Rejim Zionis membuat tuduhan kapal bantuan menyeludup senjata api untuk dibekalkan kepada pejuang Hamas. Tetapi realitinya tiada lansung senjata api kerana semua bekalan telah pun melalui pemeriksaan menyeluruh sebelum berlepas dari negara masing-masing.

ISRAEL ADALAH TERRORIST YANG SEBENAR-BENARNYA!!

Gambar demo di KL hari ini. (sumber The Star)

p/s : harap-harap dunia terus mengecam keras tindakan kejam zionis ini. Kenapa dunia amat takut kepada negara yang kecil (tidak wujud pun) ini?? PBB perlu lebih tegas (walaupun dah berkali-kali dunia kecam!)


SOURCE : imej daripada demonstrasi di Downing Street semalam. Sumber di sini

Related Posts with Thumbnails