Tekan dulu lagu, pastu baru sambung baca
(baru ada feel macam kat Afrika)
+ + + + + + +
Weh, esok dah nak mula World Cup 2010. Kat Afrika Selatan tu. Sudahkah korang bersedia?? Hah, dah mula la nih nak post entri tentang bola.
Download Schedule World Cup (versi excel) - credit to original owner/creator
Kepada yang tak mampu memiliki ASTRO seperti aku, jangan khuatir stesen TV kegemaran Datuk Yusof Haslam mendapat hak penyiaran untuk Piala Dunia 2010 ini. Kalau tak percaya, tengok jadual siaran di bawah. Walaupun tak semua dapat tengok LIVE, jadilah daripada tak dapat lansung. Harap-harap RTM tak tayang drama-drama skema Polis termasuk yang Memey jadi Polis Trafik tu masa musim Piala Dunia 2010. Tak sesuai lansung! Lebih baik tayang highlights dan rancangan khas Bola Sepak.
Lukas Podolski - 25, penyerang Germany.
(gambar nak pancing sokongan feminin)
Oh, jadual boleh lihat seperti di bawah. Aku pinjam dari blog Lompat Tikam. Link ada di bawah gambar tu. Ada jadual lengkap siaran lansung, siarang tertunda/ulangan, serta pengacara sekali. Nasib baik Hasbullah Awang jaga opening match. Mesti dia nak cerita sampai asal-usul pemain nanti. Pasti syiok!
Klik untuk tumbesaran
kredit to Lompat Tikam
Pasukan yang bakal menggegarkan Piala Dunia
Jadi sebelum sepak mula esok, pastikan anda sudah membaca peringatan khas ini. Penting untuk elakkan persengketaan dan salah faham. Tetapi kalau semuanya minat tengok Piala Dunia, pasti harmoni. Dengan syarat, semuanya menyokong Germany. Haha
Kalau ada suami isteri yang sokong team berasingan, make sure gaduh-gaduh tu depan TV je. Itu pun kalau lawan sesama team yang disokong. Tapi jangan pula sampai bawa dalam bilik ye hehehe
p/s : yang menonton di luar rumah tu, berhati-hati lah. Pastikan bawa kereta ada lesen memandu ya
SOURCE : segalanya google.com, serta blog Lompat Tikam
Boleh tanya tarikh lahir Podolski di FormSpring FTN
>> kalau suka tekanlah LIKE
4 feedbacks:
wah... penyokong kuat german nie... :)
rasanya semua blog laki cite pasal bola kot. he he he
saya sokong pengadil!!
>maslinamansor
hehe biasa2 je..saje bikin havoc kat blog :P
>Hazzy
hahah konfem! sebab idea lain susah nak cari..
maksu sokong Malaysia, pengadil utama
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan