Thursday, June 17, 2010

SAGA Snap & Win Contest : Esok Hari Terakhir!


Esok hari terakhir untuk hantar penyertaan ke peraduan SAGA Snap & Win anjuran PROTON, sudahkah korang hantar gambar? Hadiah cukup lumayan tu, manalah tau ada rezeki kan? Tapi nampaknya, ramai pro-fotografer tunggu saat akhir untuk submit. Hari ini saja aku lihat banyak entri yang cukup hebat. Memang aku yakin mereka pro-fotografers, dengan jalan cerita yang lengkap, lighting yang cantik, segalanya cukup! Rasa macam mereka dah confirm menang. Tapi tidak mengapa, minggu depan akan dijalankan sessi undian secara online. Undian terbanyak akan berpeluang ke saringan akhir nanti oleh juri professional. Ewah, macam rancangan realiti pula..

Aku rasa kecewa juga, tak dapat cari masa nak shoot satu gambar yang ada jalan cerita. Kerja pun balik lewat. Tak mengapalah, kita cuba sehabis baik. Nanti minggu depan, jangan lupa vote gambar aku tau.




2 feedbacks:

MsXeRoZ Nicole said...

Good luck~ menang besar tau! haha

Nina Nurziana said...

good luck!! ;)

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails