Semua pembaca, followers FTN dan rakan-rakan blogger.
Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua pembaca dan followers blog it's From The News (FTN) ini kerana beberapa sebab yang akan saya kemukakan di bawah.
Seperti yang kita semua maklum, tidak lama lagi, satu fenomena akan melanda seluruh warga dunia. Fenomena itu bukanlah "Rahsia Tarikh Lahir Anda", ataupun filem terlebih promo "2 Alam" dR. Rozmey dan rambut cecah dahinya. Fenomena itu ialah Piala Dunia FIFA 2010 yang bakal bermula Jumaat ini.
Sejajar dengan fenomena sukan terhebat itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak pembaca merasa bosan dengan kehadiran entri-entri yang menjurus kepada bola sepak, keputusan perlawanan, gambar-gambar dan segala perkara yang relevan dengan bola sepak dunia.
Untuk tidak menghampakan semua, saya akan cuba menyelitkan kisah-kisah gossip isteri-isteri/girlfriend/bekas isteri pemain bola sepak sebagai bahan penarik kaum-kaum lelaki yang tidak tahu tentang perkembangan bola sepak tetapi hanya mahu melihat gambar wanita hot dan menarik.
Abigail Clancy
ini contoh je. Peter Crouch punya tau.
Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog (sila kawal emosi anda), dan jika bernasib baik pada waktu bonus gambar-gambar separuh bogel pemain hebat seperti Christiano Ronaldo, Fernando Torres, Podolski dan lain-lain akan dipaparkan. Jangan lupa untuk tekan "save target as" dan jadikanlah wallpaper PC anda.
Christiano Ronaldo
ini contoh saja. contoh tau.
Akhir kalam, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya kandungan blog FTN selama sebulan akan datang membosankan, dan tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian alam. Jangan lupa menyokong pasukan kegemaran anda walaupun anda tidak tahu nama mereka. Bagi yang menyokong Germany, tahniah kerana anda hebat! Jangan lupa dapatkan jadual perlawanan Piala Dunia dalam format excel di sini untuk kemudahan anda. Pastikan anda lebih up-to-date dari bos anda!
i'm sorry tauu
Yang benar,
M. Faizal
it's From The News
+ + + + + + +
Dalam perkembangan lain, kepada peminat fanatik bola sepak yang suka menonton perlawanan bola sepak di rumah dalam keadaan separuh bogel, bolehlah mendapatkan seluar dalam pasukan kegemaran anda dengan harga RM34.90. Sambutan gol anda akan lebih meriah lagi dengan seluar dalam pasukan kegemaran anda. Walaupun anda lari separuh bogel di luar rumah, orang ramai tidak akan mendakwa anda tidak siuman atau gila apabila melihat bendera pasukan kegemaran anda. Mereka pasti berkata
"oh, dia peminat Brazil rupanya; itu rival aku!"
Satu saja peringatan kepada pihak berkuasa, sila tingkatkan pemantauan, khuatir kalau ada aktiviti luar tabii seperti parti gay yang menggunakan seluar dalam World Cup sebagai tema mereka.
beli bang, jangan tak beli..barulah peminat sejati
(caption tidak kena mengena dengan sesiapa)
SOURCE : original story here
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!
11 feedbacks:
**Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog**
Uuweekkkkkkkkk!!
Sila kawal emosi anda
huh..penuh cte bola la nanti..hee
tp sbb ada pemain bola ensem2 aku sanggup dtg cnie selalu..lalalal :P
papehal gwa nak berita paling pantas dlam dunia dekat blog lu kayh
gyahahaahahahahaah~
>gooseberries
hehehe tengs!
>hellioz
Lebih pantas dari kucing hang..haha
lerrr, bende ni pon nak mintak maap. hahaha
>Matjoe
hehehee sekali sekala nak juga entri menghangitkan..kekeke :D
seluar kecik tu buat bday present pun best gak kan?
HA HA HA
hadoi2, silakan bagi liputan penuh akan piala dunia. gambar i am sorry tu buat aku gelak tu tatahan betul huhu
Cisss!
oh tidakkkk....!
aku tengok bola sebab nak tgk mamat2 ensem aje, siyes!wakakaka
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan