Aku tak minat sangat team Jepun untuk Piala Dunia 2010 nanti. Dulu sokong sikit-sikit sebab yelah, dah terpengaruh duduk di sana. Nak jaga hati kawan-kawan Jepun..haha. Dulu memang best sebab ada Nakata, Nakamura, Inamoto dan lain-lain. Pemain-pemain dia sekarang tak berapa kenal, mungkin sebab aku dah tak tengok TV Jepun. Kalau di sana dulu, hari-hari tunjuk muka diorang sudah tentu boleh hafal kan? Di sana semangat Nasionalisma tinggi, jadi apa saja yang berkaitan Jepun pasti jadi keutamaan.
Okay, berbalik kepada lagu ini, dinyanyikan oleh kumpulan yang sangat terkenal di Jepun (sama hebat dengan SMAP) iaitu EXILE. Anggota kumpulannya ramai, ada 14 orang semuanya. Sebab ia gabungan penyanyi dan penari sekali. Tapi ahli utamanya terdiri dari 7 orang. Aku tak berapa suka pun lagu ini, cuma kagum dengan kualiti video clipnya. Macam main game FIFA pula. Ini versi original dekat 6minit. Ada satu lagi versi pendek dalam 2 minit. Apa pun good luck kepada pasukan Jepun, di harap jangan score gol sendiri banyak sangat masa World Cup 2010 nanti. Gambare Nippon!
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!
Suka? Tekan lah LIKE
3 feedbacks:
berangan nak pegi jepun tp duit takdak :(
u got nice n3..peep my latest here Check it Out!
pernah baca buku ada mengatakan yang orang Jepun amat menyesal terhadap sesiapa yang dari Malaysia.
Itu kerana peristiwa dimana mereka begitu kejam terhadap orang2 tanah melayu...
p/s: errr... ada kena mengena tak... :)
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan