Chile menepati ramalan apabila menewaskan Honduras 1-0. Namun Chile sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar tetapi finishing kurang memuaskan dari barisan penyerang menggagalkan Chile menambah jaringan. Gol Chile dijaringkan pada minit ke-32 apabila bola yang dihalang pemain pertahanan Honduras terkena pemain Chile dan menuju ke gawang gol.
0 - 1
Goal : CHI | Beausejour (34')
+ + + + + + +
+ + + + + + +
Ini keputusan luar jangkaan. Spain tewas kepada Switzerland pada perlawanan pertama mereka! Apa sudah jadi dengan taktik Spain. Walaupun Spain menguasai sepenuhnya perlawanan itu, namun gagal menjaringkan gol. Switzerland pasti boleh berbangga kerana strategi bertahan mereka berjaya malah dapat menewaskan pasukan pilihan Spain. Perlawanan seterusnya, Spain PERLU menang untuk mengembalikan reputasi mereka.
0 - 1
Goal : SWI | Fernandes (52')
+ + + + + + +
+ + + + + + +
Ramalan aku salah sama sekali. Uruguay membelasah tuan rumah South Africa dengan 3-0. Diego Forlan menjaringkan dua gol sebelum Pareira menambah pada minit akhir perlawanan. Penjaga gol South Africa pula dikenakan kad merah pada minit ke-82. Nampaknya kedudukan South Africa agak kritikal kerana perlawanan seterusnya menentang France.
0 - 3
Goal : URU | Forlan (24')(80'), Pereira (90')
4 feedbacks:
tahniah pada pemenang
;)
macam mana spain boleh kalah ni, malam ni south korea ngan argentina mesti seronok tengok ni
Nasi Lemak Pancake?
Chile memang pedas....!!! sokong chile semalam..
Tapi yang tak syoknya spain kalah. :(
Hazzy >
Yeah. Walaupun Germany tak main semalam, tapi saya seronok tengok Chile main.
Sharinginfoz>
Hahaha, camne leh kalah? Tu la yang pelik tu.
maslinamansor >
Red Hot Chile Peppers! Hehehe
kekalahan Spain mmg mengejutkan!
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan