Wednesday, June 2, 2010

Dunia Sudah Berbicara, Tapi Apa Kesudahannya?

Sedar tak sedar sudah masuk bulan Jun. Masa makin cepat berlalu. Tahun 2010 sudah hampir tiba separuh hayatnya. Entri bulan Jun nampaknya bermula dengan isu besar kekejaman rejim Zionis terhadap aktivis bantuan kepada Gaza. Seluruh dunia mengecam tindakan gila itu, tetapi lansung tiada kesudahannya. Zionis masih angkuh, liga Arab masih berdiam diri, Amerika tetap setia dengan sekutunya, Mesir masih menutup jalan sempadan, PBB tidak berfungsi, namun perjuangan untuk keadilan Palestin masih tetap diteruskan.

Lihat sajalah kemarahan dunia. Sampai bila Palestin akan terus sengsara?

Protest di Madrid, Sepanyol

Protest di Brussels, Belgium

Protest di Central London, UK

Protest di Damascus, Syria

Protest di Nicosia, Cyprus

Protest di Copenhagen, Denmark

Protest di Champ Elysees, Paris

Protest di Tessaloniki, Greece

Protest di Baghdad, Iraq

Protest di Rome

Protest di Kuala Lumpur


Marah? Geram? Jika ada perasaan itu, maka anda seorang yang prihatin. Semoga mereka yang masih meneruskan misi terutamanya yang berada di kapal Rachel Corrie dan lain-lain, selamat hendaknya dan dilindungi Allah. Bimbang Israel akan guna taktik jahat yang sama iaitu memutuskan hubungan, dan buat berita palsu "tentera diserang oleh aktivis".


Source : All pics courtesy of CharlotteObserver.com & Utusan Malaysia


+ + + + + + + + + + +

nota kaki : 
1. sedang mencari template sesuai untuk blog ini. ada idea? 
2. tarikh 2 Jun adalah hari istimewa seseorang yang sangat istimewa untuk saya

Related Posts with Thumbnails