Wednesday, June 2, 2010

Laporan Sebenar Yang Rejim Zionis Cuba Selindungi; cerita Ashwad Ismail

Petikan transkrip perbualan Ashwad Ismail dan Zairul Ariffin di Astro Awani.

Ashwad Ismail

Ashwad Ismail ialah jurukamera Astro Awani yang bersama-sama menyertai misi bantuan ke Gaza. Beliau merupakan antara yang ditahan oleh rejim Zionis ketika dalam perjalanan ke Gaza. Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Abdul Latip telah pun dibebaskan oleh Israel.

Dipetik dari blog Sultan Muzaffar
Ashwad : Ketika saya habis, saya berlintas langsung melalui siaran langsung untuk Awani 745, dan malam itu saya menghantar email kepada barisan editor kita di Astro Awani untuk bersiap sedia untuk Awani 745 keesokan harinya pada hari Isnin.

Tetapi pada jam 11 malam kami sudah bersiap sedia sepenuhnya di mana kami mendapat laporan tentera-tentera Israel dengan segala keperluan pertahanannya mengepung kami daripada sepatutnya 40 batu ke kawasan masuk ke kawasan perairan Israel tetapi mereka memperluaskan ke kawasan ketenteraan hingga 68 batu jadinya setibanya kami dalam kawasan perairan.

Israel mula mengepung 11 malam, 2 pagi Israel mula menghampiri dan 4.30 pagi mereka menyerang dari segenap pelosok , termasuk 14 bot kesemuanya 8 kapal tentera laut, 19 bot tentera navy dan juga komando, 3 helikopter Apache dan sebagainya turun dari dek atas dek tepi, kiri kanan di mana kawasan kita adalah kawasan NGO-NGO kita kawasan kerjasama NGO Malaysia dan Indonesia seramai 24 orang, 20 orang kesemuanya menjadi front liner dibahagikan tepi dek kapal dan mereka diserang bertubi-tubi dan alhamdulillah saya dan jurukamera Shamsul terselamat dari tembakan di mana peluru hidup digunakan.

Hanya di sebelah dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya. Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah Zaiful dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku dan saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami membawa orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan.

SOURCE : blog sultan muzaffar

photos source here

photos source here


Zionis memerlukan 8 kapal tentera laut, 19 bot tentera bersama komando, 3 helikopter Apache hanya untuk menahan sekumpulan aktivis yang tidak bersenjata? Lansung tidak munasabah. Sudahlah menggunakan peluru hidup, zionis berani mengatakan bahawa tentera mereka diserang dahulu??

Dunia oh dunia, adakah anda tertipu dengan "cerita" rejim laknatullah ini..??

Related Posts with Thumbnails